Wild Rift Real Talk: Mac 2021
Hei semua,
Saya tidak berkesempatan untuk bersembang dengan anda semua lagi, jadi saya rasa sekarang merupakan masa yang baik untuk saya ucapkan hi!
Saya Alan “Mirross” Moore—pengarah permainan Wild Rift; saya mengetuai pembangunan permainan. Bersama dengan kenalan yang anda sudah berjumpa seperti Michael "Paladin" Chow, Brian "FeralPony" Feeney dan Christina "ObiWunKenobi" Wun, saya bekerjasama dengan semua pasukan Wild Rift dan mengarah bahagian keseluruhan pengalaman pemain.
Dengan Regional Open Beta berlanjutan, kami mahu memberikan ketelusan ke dalam keutamaan pembangunan kami, jadi berikut adalah bidang utama yang kami akan melaburkan sebahagian besar masa kami. Bukan ini saja yang sedang kami usahakan, tetapi kami mahu mengetengahkan beberapa perkara.
MENANGANI ISU-ISU KRITIKAL
Kami tahu bahawa ada beberapa pengalaman yang mengecewakan untuk sebilangan daripada anda sekarang ini, dan berikut adalah keutamaan penting untuk kami menangani:
MATCHMAKING
Matchmaking adalah bahagian yang selalu kami laraskan dari masa ke semasa tetapi satu perkara yang ingin kami lakukan dengan lebih baik adalah untuk memperketatkan rank antara pemain dalam permainan yang sama. Kami rasakan bahawa sedikit variasi boleh diterima, memandangkan pemain pada rank yang berbeza boleh memiliki Matchmaking Rating yang sama (atau MMR, sistem yang berfungsi di sebalik tabir yang memadankan perlawanan) dan kami mahu terus menjadikan permainan lebih adil pada masa hadapan. Tujuan kami adalah supaya anda jarang sekali, jika pernah, berada dalam permainan di mana terdapat jurang yang lebih dari satu peringkat (cth silver ke gold) dalam permainan.
Berikut adalah apa yang sedang kami usahakan untuk menjaga keadilan matchmaking di Wild Rift:
- Memastikan tahap kemahiran antara dan di dalam pasukan adalah sama rata supaya perlawanan menjadi adil
- Memastikan masa matchmaking pendek jadi anda dapat masuk ke dalam permainan dengan cepat
- Mencipta perlawanan bersama pemain yang berdekatan dengan anda, supaya anda dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan mendapat latensi yang lebih rendah
- (Sedang dijalankan) Memberi anda lebih banyak pilihan untuk posisi dalam permainan, jadi anda dapat bermain posisi yang anda selesa, atau mencuba sesuatu yang baru
Itu versi mudahnya. Pada hakikatnya, terdapat banyak sistem mini dan pertimbangan (cth waktu sehari, populasi queue) dikerjakan di sebalik tabir yang harus kami mengambil kira apabila membuat perlawanan, jadi penting bagi kami untuk bekerja dengan perlahan dan berhati-hati apabila mengubah sesuatu. Pengoptimuman kecil dalam satu bahagian boleh menyebabkan perubahan besar bagi bahagian yang lain.
Bagi mengekalkan proses yang seronok, cepat dan adil sebelum memasuki ke dalam permainan, kami harus terus mengimbangkan keempat-empat aspek di atas. Pada masa ini, kami berjaya mengurangkan jarak rank supaya perbezaan dua peringkat dalam satu perlawanan yang sama tidak kerap belaku tetapi kami faham kadang kala ia masih berlaku. Kami akan terus memperketatkan parameter rank selagi ia tidak memberi kesan pada salah satu faktor lain di atas, serta memperbaiki masa queue panjang untuk pemain berkemahiran tinggi.
LATENSI
Lag memang tidak bagus, dan boleh mengubah permainan Wild Rift daripada mendebarkan kepada menyakitkan hati. Kami tahu bahawa terlalu ramai daripada anda asyik mendapat permainan ping tinggi, atau ping spike dan ini adalah sesuatu yang kami sedang perbaiki. Latensi sangat berbeza di setiap rantau, berubah mengikut lokasi anda bermain dan terjejas oleh penyedia perkhidmatan internet atau rangkaian setempat anda. Perkara ini menyukarkan kami untuk menilai situasi setiap individu dan menggunakan penyelesaian untuk semua masalah. Oleh itu, kami mempunyai beberapa peningkatan yang disasarkan disini.
Terdapat banyak pengoptimuman yang kami mahu lakukan. Sebahagian daripadanya adalah khusus untuk rantau tertentu dan yang lain adalah peningkatan yang lebih luas. Perkara tersebut termasuklah membuat server baru dimana ianya masuk akal untuk dilakukan, meningkatkan logik backend yang menentukan server permainan mana yang anda sambungkan, serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan untuk mengoptimumkan laluan yang anda ambil.
Terdapat beberapa isu yang masih kami selidik secara aktif bagi memahami dengan lebih baik sebelum kami boleh membaikinya—termasuk ping spike tinggi berkala yang dilihat oleh beberapa pemain.
MENIPU
Kami mahu semua jelas: Tiada tempat bagi Penipu di Wild Rift (melainkan anda Twisted Fatewisted Fate). Walaupun kami tahu bahawa memerangi penipuan adalah sesuatu yang susah dan berterusan, kami berusaha dengan tekun di sebalik tabir untuk menangani penipu, cheats, dan mereka yang membuatnya. Kami tidak akan selalu membangkitkan hal ini kerana kami tidak mahu memberikan terlalu banyak maklumat mengenai pengesanan dan tindakan yang kami ambil. Jika anda ditangkap menipu dalam Wild Rift, anda akan di ban dari permainan ini selamanya.
KANDUNGAN BARU
Walaupun kami mempunyai sebahagian besar pasukan yang fokus menangani isu-isu utama, kami masih mahu memastikan terdapat sesuatu baru untuk dimainkan dalam permainan! Berikut adalah beberapa perkara lain yang sedang dilakukan oleh pasukan kami.
MELANCARKAN RANTAU BARU
Fokus utama kami sekarang adalah untuk memastikan permainan tersedia kepada seramai pemain yang boleh. Melancarkan rantau baru merupakan satu usaha besar ratusan Rioters sedunia, merentasi bahagian pembangunan, kejuruteraan, penerbitan, lokalisasi dan banyak lagi. Dengan pelbagai pelancaran Open Beta dari kami setakat ini, kami pasti yang kami telah membuat kebanyakan prosesnya lebih lancar dan lebih dipercayai sejak beberapa bulan ini, tetapi setiap set pelancaran akan didatangi bersama cabaran dan kekangan baru pada pasukan kami. Kami masih sedang bekerja pada pelancaran serantau kami yang seterusnya di Amerika.
CHAMPION
Kami fikir champion adalah kandungan asas dalam Wild Rift. Setiap champion harus berasa seronok, unik, berkualiti tinggi, dan tulen dengan cara bermain di League PC. Kami menghabiskan ribuan jam untuk membangunkan dan menguji champion sebelum mereka dikeluarkan, dan masih lagi dapat mengeluarkan angaran dalam dua champion setiap bulan pada 2021. Kami juga berpendapat bahawa keseimbangan permainan agak bagus dengan masa yang terhad untuk membuat perubahan keseimbangan besar.
SAAT PENTING
Akhirnya, kami menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan “saat penting” tertentu sepanjang tahun. Perkara ini didatangi dalam bentuk patch besar dengan banyak ciri (nantikan Patch 2.2!), event besar dalam permainan seperti Yordle Expedition atau Lunar Beast, ataupun sesuatu yang lebih hebat lagi melibatkan League PC atau permainan lain di seluruh ekosistem League.
LANGKAH SETERUSNYA?
Secara keseluruhan, kami akan menjaga ketelusan, jadi teruskan menghantar maklum balas anda melalui media sosial. Jika anda mengalami bug atau isu server, sila hantarkan laporan anda ke support-wildrift.riotgames.com supaya kami dapat mengumpulkan maklumat yang sebanyak mungkin.
Terima kasih kerana membaca,
Mirross