Sistem Antipenipuan kami akan dinaik taraf pada patch 6.1!

Sistem Antipenipuan kami akan dinaik taraf pada patch 6.1!

Hei semua,

Kami telah mendengar maklum balas anda tentang penipuan dan penggodaman peta, dan kami telah terus berusaha untuk menjadikan Wild Rift pengalaman yang lebih adil pada setiap patch. Pada 6.1, kami akan melancarkan lebih banyak kemas kini kepada sistem antipenipuan kami, iaitu Embedded Vanguard (atau singkatannya mVG). 

Perkara yang penting ialah bermula sejurus selepas pelancaran patch 6.1, jika kami mengesan penipu dalam perlawanan, perlawanan itu akan ditamatkan tanpa pengagihan kemenangan atau kekalahan dan penipu itu akan dilarang. Tetingkap timbul juga akan dipaparkan untuk memaklumkan anda apabila anda berada dalam perlawanan yang terjejas.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah itu Embedded Vanguard dan cara perkara itu memberi kesan kepada pengalaman Wild Rift anda. Ini sesuatu yang mudah dilepas pandang, tetapi kami bercakap secara ringkas tentang mVG yang digunakan dalam Wild Rift, VALORANT Konsol dan Mac OS pada Ogos lalu. Embedded Vanguard ialah produk pendamping Vanguard untuk platform yang kami boleh "membenamkan" keselamatan terus ke dalam klien permainan dengan selamat. Tidak seperti pengalaman League PC, sistem pengendalian mudah alih tidak memerlukan kami menjalankan mVG pada setiap masa untuk mengekalkan pengalaman persaingan yang adil, jadi apabila anda menutup sepenuhnya Wild Rift, mVG tidak akan berjalan lagi. 

Seperti biasa, setiap kali kami memperkenalkan ciri baharu ke dalam Wild Rift, pasukan Sokongan Pemain kami sedia membantu, jika anda menghadapi sebarang masalah, sila maklumkan kepada kami.  

Kami akan membuat susulan dalam patch ini dengan maklumat lanjut tentang keberkesanan mVG dan perkara yang akan kami lakukan pada masa hadapan. Sehingga itu, jumpa anda di Rift.