Semua yang anda perlu tahu tentang Wild Rounds: SMASH

Event komuniti terbesar tahun ini sudah hampir tiba! Ketahui lebih lanjut tentang event ini, tempat dan cara anda boleh tonton dan banyak lagi.

Event komuniti Wild Rift terbesar akan berlangsung pada bulan hadapan! Wild Rounds: SMASH akan kembali pada 14-16 November di Vietnam! Para pencipta dari berbilang rantau dan pemain pro dari China akan berkumpul untuk bersaing secara 1v1, 5v5 dan banyak lagi. Terdapat juga berbagai aktiviti di lokasi, Sesi Soal Jawab Dev secara langsung dan banyak lagi. Pentas sudah tersedia, pemain telah bersedia, mari selami setiap satu butiran acara ini.

Maklumat Event

Event Utama

Event utama untuk Wild Rounds: SMASH ialah perlawanan pertandingan 5v5 dan 1v1/AAA ARAM. Maklumat tentang cara event ini akan berlangsung dikongsikan di bawah.

Pengaktifan Di Lokasi

Sepanjang pertandingan ini, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar event pada hujung minggu tersebut!

Para hadirin akan dapat bertemu dengan dev kami dan menyertai Sesi Soal Jawab, untuk bertanya soalan tentang patch terbaharu, patch akan datang atau sebarang soalan hangat lain yang mungkin mereka ada tentang Wild Rift!

Terdapat juga pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk makanan bertema, perjumpaan cosplay, permainan dan banyak lagi! Ikuti saluran ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang event ini dan pengaktifan secara bersemuka.

Maklumat Event Utama

Wild Rounds: SMASH akan menampilkan dua format berbeza. Format pertama ialah 5v5 kami. Ini akan terdiri daripada dua trek. Trek pro akan menampilkan dua pasukan bintang terkemuka pro, dengan pemenang akan ditentukan selepas satu siri best of five. Terdapat juga trek pencipta. Ini akan menampilkan enam pasukan pencipta yang akan bersemuka dalam perlawanan round-robin tunggal. Dua pasukan teratas kemudian akan maju ke peringkat akhir untuk menentukan juara melalui satu siri best of three.

Format kedua kami merupakan 1v1 dan AAA ARAM. Mod 1v1 dan AAA ARAM akan digabungkan pada tahun ini dalam perlawanan Berganti-ganti Pasukan. Setiap pasukan akan menggunakan campuran 1v1 dan AAA ARAM setiap kali mereka berhadapan sesama sendiri. Kami akan ambil lapan pasukan dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan, setiap pasukan dalam kumpulan akan bermain satu perlawanan round robin, dengan pemenang setiap perlawanan akan mendapat satu mata. Setiap perlawanan terdiri daripada tiga permainan 1v1 dan satu permainan AAA ARAM, dengan pemenang akan mendapat markah yang sepadan. Satu markah akan terkumpul untuk setiap permainan 1v1 dan dua markah akan terkumpul untuk setiap permainan AAA ARAM. Dalam suatu perlawanan, pasukan yang mendapat tiga markah atau lebih akan memenangi perlawanan tersebut. Pasukan teratas dari setiap kumpulan kemudian akan mara ke peringkat akhir.

Peringkat akhir akan terdiri daripada tiga perlawanan 1v1 dan satu permainan AAA ARAM. Markah akan dihitung menggunakan cara yang sama dengan pusingan sebelumnya. Sama juga seperti pusingan sebelumnya, pasukan yang mendapat tiga mata atau lebih dahulu akan memenangi perlawanan tersebut. Pasukan pemenang terakhir akan menjadi juara perlawanan Berganti-ganti Pasukan!

Peserta/Pasukan dari setiap rantau

Pemain kami dapat melayakkan diri melalui penyertaan dalam pertandingan serantau Wild Rounds rantau mereka, atau telah dijemput. Berikut ialah pasukan yang layak: 

Pasukan Pencipta Brazil: WCP - Wild Capivaras

  • Aspira

  • Pacheco

  • Emerok

  • Tealz

  • Shumas

  • Piloniten

Pasukan Pencipta China: WRLK

  • Heyun

  • Jiepen

  • Xiaji

  • Long

  • Zhige

  • You

Pasukan Pro China: WRLB

  • Anran9

  • Xzhang

  • Jiangzhi

  • niuniu

  • Soldier

  • Yuli

Pasukan Pro China: WRLR

  • DY

  • xin

  • smy

  • Huiba

  • SkyFL

  • xizi

Pasukan Pencipta Korea: Taesan

  • Kwon Dae Won

  • Hararang

  • Rim Gwang Chul

  • Karlo

  • Acrobat1

Pasukan Pencipta Filipina: Chikmit (CKT)

  • RauxTv

  • Tontey

  • CKT Tactical

  • Taymlaps

  • Helios

  • G4BO

Pasukan Pencipta Turkiye: Turkish Delights (TD)

  • Creed

  • Barış G

  • Bambi

  • Togzilla

  • Pazienza

  • ZEAN

Pasukan Pencipta Vietnam: Vietnam Chosen (VNC)

  • TG Scor

  • Xuân Vũ

  • Koozy

  • Hoafininh

  • D2C

  • Zimi

Reka Bentuk Trofi

Tahun ini kami menyediakan trofi khas yang kami tidak sabar menantikan untuk dijulang oleh pemenang. Kami ingin bekerjasama dengan rakan-rakan kami di Vietnam untuk mereka bentuk trofi ini supaya ia dapat merangkumi Vietnam dan komuniti Wild Rift secara keseluruhan. Sebagai permulaan, kami memastikan trofi mempunyai 3 bentuk bulat, yang mewakili komuniti yang memainkan Wild Rift dan cara kami sentiasa membesar dan berkembang maju. Inilah juga sebabnya mengapa 3 lingkaran itu semakin menaik, kerana kami terus membesar dan berkembang maju bersama-sama. Anda juga akan menyedari bahagian tengah merupakan logo Wild Rift kami yang terkenal. Ini kerana kami semua berhimpun untuk bermain Wild Rift, perkara yang mengumpulkan dan menyatukan kami semua. Akhir sekali, dan pasti tidak kurang pentingnya, bahagian bawah menampilkan simbol rantau tuan rumah, yang akan berubah setiap tahun. Seperti yang kami nyatakan, tahun ini kami bekerjasama dengan Vietnam dan simbol istimewa yang mereka pilih tahun ini ialah gendang gangsa Vietnam Đông Sơn - burung Lạc. Burung Lạc merupakan artifak Vietnam purba yang melambangkan kebebasan dan keazaman. Kami berbesar hati kerana dapat menyerlahkan simbol istimewa ini dan tidak sabar untuk terus menonjolkan setiap rantau tuan rumah setiap tahun.

Drop YouTube

Jika anda menonton strim langsung YouTube kami, anda akan berpeluang memperoleh pelbagai drop, seperti peti skin common rawak dan banyak lagi! Jadi pastikan anda tidak terlepas, bersoraklah demi pasukan kegemaran anda dan peroleh beberapa ganjaran pada masa yang sama.

Untuk memperoleh Drop, anda mesti memautkan Akaun Riot anda kepada akaun platform tontonan anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk memautkan Akaun Riot anda kepada YouTube anda di bawah:

YouTube

Cara Menonton

Wild Rounds: SMASH akan menyiarkan semua aksi dan mungkin juga beberapa kejutan istimewa. Siaran utama kami di saluran YouTube kami akan menampilkan 8 orang pengulas. Bacalah maklumat di bawah untuk maklumat lanjut tentang semua cara anda boleh tonton.

Saluran Rasmi Wild Rift 

Wild Rift YouTube - Siaran utama 

Jadual Siaran 

Hari 1, 14 November 

  • Strim bermula pada: 4:00 PTG GMT+8 MYT 

Hari 2, 15 November 

  • Strim bermula pada: 3:00 PTG GMT+8 MYT 

Hari 3, 16 November 

  • Strim bermula pada: 4:00 PTG GMT+8 MYT 

Bakat Siaran 

Temui bakat dalam siaran kami yang luar biasa untuk siaran saluran utama kami: 

  • iTzSTU4RT

  • Raafaa

  • Guiang Gaming 

  • RikuTV 

  • Infinity

  • Crazy Apple

  • Creoles TV

  • Dadum

Penstrim Bersama Ditampilkan

Selain strim rasmi, kami juga akan membenarkan ramai pencipta kami yang berdedikasi dan bersemangat untuk menstrim bersama event tersebut. Perhatikanlah saluran serantau anda apabila masa event semakin hampir untuk melihat individu yang akan melakukan strim bersama!

Saluran Rasmi Wild Rift

Untuk maklumat terkini tentang Wild Rounds: SMASH atau semua perkara tentang Wild Rift, pastikan anda mengikuti saluran kami:

X: @wildrift

Facebook: PlayWildRift

Instagram: @playwildrift

YouTube: wildrift

Laman web: wildrift.leagueoflegends.com

TikTok: @wildrift