Wild Rift Real Talk: Julai 2021

Mirross berkongsi fokus pembangunan semasa untuk pasukannya. Baca lebih lanjut untuk maklumat terkini tentang keadilan dalam matchmaking, lag dan ping spike, win trading, dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di Wild Rift.

Hai semua, ini Mirross.

Sudah lama sejak Real Talk terakhir kami, dan kami ingin memberi maklumat terkini tentang beberapa bidang pembangunan yang anda tanyakan kepada kami baru-baru ini. Terima kasih kepada anda semua yang memperdengarkan suara anda, dengan menghantar maklum balas dan pengalaman peribadi anda semasa bermain Wild Rift. Seperti sebelum ini, bukan ini saja yang sedang kami usahakan, tetapi kami mahu membincangkan rancangan kami untuk beberapa perkara yang amat penting. Jadi, mari kita bincangkannya!

LAG DAN PING SPIKE

Salah satu fokus terbesar kami pada masa ini adalah untuk menangani masalah lag dan “999 ping” yang sering anda lihat dalam permainan anda. Ini merupakan keutamaan nombor satu kami sebagai sebuah pasukan, kerana kami tahu betapa mengecewakannya apabila ia terjadi ketika sedang di dalam pertarungan pasukan

  • Baru-baru ini kami memperkenalkan ciri Sambungan Dual 4G/Wi-Fi yang boleh anda akses di menu Setting. Ciri ni menggunakan kedua-dua data mudah alih dan Wi-Fi anda untuk memperkuatkan sambungan anda dan memastikan anda tetap stabil sepanjang permainan. Kami tahu bahawa pilihan ini tidak tersedia untuk semua orang, jadi tolong gunakan ini hanya jika anda mampu menggunakan data sekitar 3.5 mb setiap permainan.
  • Kami masih mencari lebih banyak cara untuk menyelaras dan mengoptimumkan permainan dan infrastruktur kami di belakang tabir untuk cuba mengehadkan kekerapan dan kesan lag spike ini. Ini termasuk perubahan di bahagian pangkalan data, penghalaan yang lebih tepat, serta membina infrastruktur yang baharu di seluruh dunia.

    KEADILAN DALAM MATCHMAKING

    Selaras dengan penyebaran populasi ranked di Wild Rift (dengan ramai pemain mencapai tahap tertinggi permainan), kami mendapati beberapa masalah dalam matchmaking permainan, iaitu waktu queue panjang di tahap skill yang tinggi, serta keadilan perlawanan secara keselurahannya. Ini yang akan kami tumpukan seterusnya.

    • Dalam Patch 2.4, kami akan membuat perubahan kepada perlawanan MMR tinggi untuk mengurangkan masa queue dengan lebih ketara.
    • Kami juga ingin membuat rombakan yang lebih besar kepada sistem matchmaking kami dalam Patch 2.5. Kami ingin mencapai situasi yang membolehkan kami membuat perlawanan yang lebih adil dalam masa yang lebih singkat, tetapi ini akan memakan masa lagi sebelum ia boleh tersedia.
    • Kami berusaha untuk menunjukkan ketelusan pada masa anda memasuki perlawanan yang nampaknya "tidak seimbang", dengan menambahkan lebih banyak konteks ketika salah satu rakan sepasukan anda sebenarnya hanya mendaki tangga ranked dengan cepat!
    • Kami berusaha meningkatkan ketepatan dan kepantasan pengesanan skill kami, yang akan menghasilkan perlawanan yang lebih adil dan menarik.
    • Patch demi patch, kami akan terus membuat perubahan kepada algoritma matchmaking kami untuk menyeimbangkan dan mendapatkan kedudukan pilihan anda, memastikan perlawanan sama rata, bermain dengan pemain tempatan, dan memastikan waktu queue pendek. Ini akan selalu berubah bergantung pada rantau, waktu, dan lain-lain lagi, tetapi kami masih berusaha untuk menjadikan pengalaman ini lebih adil dan dapat dijangkakan.

      WIN TRADING DAN MATCH FIXING

      Win trading dan match fixing sedang mempengaruhi sebilangan kecil papan pendahulu, dan kami baru mengumumkan gelombang ban yang lebih kerap dengan hukuman lebih lanjut bagi mereka yang cuba menentukan keputusan permainan.

      • Seterusnya, kami menumpukan usaha untuk menjatuhkan hukuman untuk tingkah laku ini dengan lebih segera.
      • Selain itu, kami akan lebih fokus dalam menghukum feeding yang disengajakan (dan bentuk-bentuk kalah lain yang disengajakan) yang mempengaruhi lebih banyak pemain berbanding gerakan win trading yang lebih teratur.

      PERKARA LAIN YANG PERLU DILAKUKAN

      Satu kawasan yang anda akan nampak banyak usaha kami ditumpukan sehingga akhir tahun ini adalah pada memperbaiki cara anda dapat menjelajah Wild Rift di luar permainan asas 5v5. Ia adalah penting untuk tidak membebani permainan ini dengan sistem-sistem yang tidak perlu, tetapi kami juga tahu Wild Rift masih kekurangan beberapa ciri sosial teras, serta lebih banyak cara untuk berkembang, memperoleh kandungan baharu, dan menunjukkan penguasaan anda. Kami masih belum membuat keputusan berkaitan kesemua butiran dan waktunya, tetapi anda boleh melihat yang berikut hingga akhir tahun ini:

      • Dalam Patch 2.4, kami membuat perubahan kepada ranked, termasuk perubahan kepada beberapa aspek perkembangan. Maklumat lanjut akan tiba sepanjang bulan Julai.
      • Juga di dalam Patch 2.4, Wild Pass akan kembali dengan pelbagai peningkatan; termasuk tiada lagi masa kosong antara setiap pass baharu. Maklumat lanjut di dalam diari /dev Julai akan datang.
      • Dalam Patch 2.5, kami akan melancarkan satu set ciri sosial baharu untuk membuat aktiviti bermain bersama lebih menyeronokkan.
      • Untuk masa hadapan, kami sedang berusaha dalam menyediakan lebih banyak ganjaran untuk bermain Ranked, dan memberi anda lebih banyak matlamat dalam perjalanan anda selain peringkat dan bahagian akhir musim anda.
      • Kami masih memikirkan semua perkara selain ini, tetapi kami mempunyai banyak pasukan yang mengusahakan ciri baharu seperti ini di Riot.

        Itu sahaja daripada saya buat masa ini. Terima kasih kerana bermain, dan semoga berjaya menentang Ruination!

        Mirross