Kemas Kini Ranked Musim 10
Hei semua! Ranked Musim 10 hampir tiba dengan beberapa perubahan serba baharu, serta beberapa kemas kini kepada Legendary Queue! Kami akan berkongsi semua kemas kini dan menjawab beberapa soalan lazim supaya anda bersedia untuk masuk queue dan mendaki ke tempat teratas papan pendahulu sejurus selepas kemas kini ini dikeluarkan!
Peringkat Baharu Ranked Musim 10
Kemas kini utama yang pertama untuk ranked ialah kami telah menambahkan peringkat baharu di atas Challenger: Sovereign! Bagi mereka yang mencari cabaran, kami berharap mendaki ke peringkat baharu ini akan menjadi matlamat yang boleh anda capai sepanjang Musim 10! Kami menambahkan Sovereign ke dalam ekosistem ranked untuk memberi anda perjalanan yang lebih menyenangkan sepanjang pendakian anda. Anda akan dapat naik rank daripada Challenger kepada Sovereign sebaik sahaja anda memperoleh 100 markah, dan sebaik sahaja anda mencapai rank baharu ini, sudah tiada had lagi pada jumlah markah yang dapat diperoleh
Kemas Kini Fortitude Ranked
Dengan penambahan rank baharu, kami juga membuat beberapa pelarasan pada peringkat lain untuk menyelaraskan pengalaman ranked keseluruhan supaya semua orang akan mengalami pendakian yang lebih lancar dan kompetitif! Untuk melakukan hal ini, kami akan membuat pelarasan pada jumlah Fortitude Ranked yang diperlukan untuk mendapatkan Shield Kekalahan Ranked:
Peringkat | Fortitude Asal | Fortitude Baharu |
Iron | 50 | 250 |
Bronze | 100 | 300 |
Silver | 150 | 350 |
Gold | 200 | 400 |
Platinum | 300 | 450 |
Emerald | 400 | 500 |
Diamond | 500 | 550 |
Master | 600 | 600 |
Grandmaster | 600 | 600 |
Challenger | 600 | 600 |
Sovereign | 600 |
Di samping itu, kami juga mengurangkan Fortitude Ranked yang dapat diperoleh secara menyeluruh:
Peringkat | Perlawanan Pertama Harian (LAMA) | Perlawanan Pertama Harian (BAHARU) |
Iron | 25 | 10 |
Bronze | 30 | 15 |
Silver | 35 | 20 |
Gold | 40 | 25 |
Platinum | 45 | 30 |
Emerald | 50 | 40 |
Diamond | 50 | 50 |
Master | 50 | 50 |
Grandmaster | 50 | 50 |
Challenger | 50 | 50 |
Peringkat | Rating S (LAMA) | Rating S (BAHARU) |
Iron | 30 | 15 |
Bronze | 30 | 15 |
Silver | 30 | 20 |
Gold | 30 | 30 |
Platinum | 40 | 40 |
Emerald | 50 | 50 |
Diamond | 50 | 50 |
Master | 50 | 50 |
Grandmaster | 50 | 50 |
Challenger | 50 | 50 |
Peringkat | Rating A (LAMA) | Rating A (BAHARU) |
Iron | 20 | 10 |
Bronze | 20 | 10 |
Silver | 20 | 15 |
Gold | 20 | 20 |
Platinum | 25 | 25 |
Emerald | 30 | 30 |
Diamond | 30 | 30 |
Master | 30 | 30 |
Grandmaster | 30 | 30 |
Challenger | 30 | 30 |
Peringkat | Markah Terendah Prestasi Perlawanan (LAMA) | Markah Terendah Prestasi Perlawanan (BAHARU) |
Iron | 3 | 2 |
Bronze | 3 | 2 |
Silver | 3 | 2 |
Gold | 3 | 3 |
Platinum | 4 | 4 |
Emerald | 5 | 4 |
Diamond | 5 | 5 |
Master | 5 | 5 |
Grandmaster | 5 | 5 |
Challenger | 5 | 5 |
Peringkat | Markah Tertinggi Prestasi Perlawanan (LAMA) | Markah Tertinggi Prestasi Perlawanan (BAHARU) |
Iron | 15 | 10 |
Bronze | 15 | 10 |
Silver | 15 | 10 |
Gold | 15 | 10 |
Platinum | 20 | 20 |
Emerald | 25 | 20 |
Diamond | 25 | 25 |
Master | 25 | 25 |
Grandmaster | 25 | 25 |
Challenger | 25 | 25 |
Terdapat satu lagi perubahan terakhir, iaitu Fortitude Ranked Penyertaan Proaktif yang anda terima dalam semua peringkat akan ditukar daripada 10 kepada 5!
Legendary Queue
Seperti yang kami nyatakan dalam Pratonton Patch, kami juga membuat beberapa pelarasan pada Legendary Queue. Queue ini adalah untuk yang terbaik daripada yang terbaik bagi mendaki ke puncak dan mempamerkan kemahiran mereka, dan kami merasakan terdapat beberapa pelarasan kualiti hidup yang boleh kami lakukan untuk menjadikannya lebih berprestij!
Pertama, kami akan mengubah suai Mata Legendary supaya ia memaparkan Mata Legendary terkumpul anda, bukannya hanya nama peringkat. Kami tahu mungkin sukar untuk mengikuti semua nama peringkat untuk Ranked dan Legendary Queue, jadi kami fikir ini akan membantu memudahkan anda mengetahui dengan tepat kedudukan anda dalam kalangan semua pemain. Sebagai contoh, jika anda mengaktifkan Legendary Queue buat kali pertama, anda akan bermula di peringkat Commander IV. Jika anda memperoleh 50 mata semasa permainan anda, paparan anda kini akan menunjukkan 850/1000. Dan jika anda mencapai peringkat Legend, paparan anda akan menunjukkan 4000 mata! Sila ambil perhatian bahawa pelarasan ini tidak mempunyai kesan ke atas keperluan untuk setiap peringkat ranked—perkara ini akan kekal seperti sebelum ini.
Kami juga menambahkan paparan pada halaman profil dan kad profil untuk pemain Legend yang akan menunjukkan jumlah Mata Legendary yang telah diperoleh. Jadi apabila rakan-rakan melawat profil anda, mereka akan dapat melihat pencapaian anda dan sejauh mana anda berjaya mendaki! Selain itu, kami mencipta ikon berbeza untuk pemain yang mencapai 1000 teratas, 100 teratas dan 10 teratas peringkat Legend. Ikon ini juga akan sepadan dengan bingkai ikon dan bingkai skrin pemuatan, dan rank anda akan dikemas kini sekali setiap hari. Jadi teruskan mendaki untuk memastikan kedudukan dan ikon baharu anda kekal!
Memandangkan Legendary Queue bertujuan untuk pemain yang ingin mempamerkan kemahiran mereka, kami mempunyai peraturan dan keperluan sebelum anda boleh masuk queue. Tetapi pada masa ini peraturan itu agak sukar dicari, jadi kami juga menambahkan butang peraturan kejohanan di penjuru kiri sebelah atas antara muka masuk Legendary Queue, yang akan kelihatan kepada pemain di Guardian dan ke bawah. Anda akan dapat melihat semua peraturan dan garis panduan penting Legendary Queue pada bila-bila masa yang anda mahu!
Soalan Lazim
Dengan penambahan rank baharu, adakah terdapat pelarasan kepada mana-mana rank lain?
- Ya! Dengan penambahan Sovereign, kami akan menurunkan keperluan kenaikan untuk Master kepada Grandmaster daripada 40 markah kepada 30 markah. Kami juga akan membuang keperluan rank untuk kenaikan antara Grandmaster dengan Challenger. Jadi anda kini akan dinaikkan serta-merta daripada Grandmaster kepada Challenger apabila anda mempunyai 60 markah!
Bagaimana pula dengan papan pendahulu? Adakah Grandmaster masih akan dipaparkan atau adakah hal itu akan berubah kerana terdapat rank baharu?
- Pemain teratas dari rantau anda dalam Challenger dan Sovereign akan memasuki papan pendahulu Challenger dan rank mereka akan dipaparkan dalam permainan. Kami tidak lagi akan memaparkan Grandmaster kerana penambahan rank baharu ini. Seperti biasa, rank akan dikemas kini sekali setiap hari.
Pada musim-musim sebelum ini penetapan semula telah berlaku, adakah terdapat penetapan semula ranked sebelum Musim 10 bermula?
- Ya! Oleh sebab pelarasan yang kami laksanakan, kami ingin memastikan semua orang mempunyai permulaan yang baharu dan peluang untuk maju melalui rank serta mencapai matlamat mereka. Jadi, kami akan melakukan penetapan semula lembut yang sedikit berbeza berbanding dengan musim lepas, yang akan diumumkan tidak lama lagi, jadi sila nantikan pengumuman penetapan semula rank yang akan datang!
Bagaimana pula dengan Legendary Queue? Adakah terdapat penetapan semula untuk Legendary Queue pada musim ini? Adakah Legendary Queue akan sama seperti biasa?
- Ya, terdapat penetapan semula untuk Legendary Queue sebelum musim seterusnya bermula. Walau bagaimanapun, hal ini akan berbeza berbanding dengan musim-musim sebelumnya. Pada masa lalu, pemain yang melebihi 850 Mata Legendary akan ditetapkan semula kepada 850 Mata Legendary dan diberikan bonus Mata Legendary, bergantung pada jumlah kemenangan yang diperoleh. Tetapi kami mendapati bahawa penetapan semula ini akan membuatkan pemain terpaksa bermain lebih banyak permainan daripada yang diperlukan untuk mencapai rank mereka yang sepatutnya. Jadi musim ini anda akan ditetapkan semula kepada divisyen yang berbeza dan bonus Mata Legendary tidak lagi akan diberikan. Penetapan semula adalah seperti yang berikut:
Mata Legendary | Mata Legendary Musim 8 - Musim 9 selepas Penetapan Semula Musim | Mata Legendary Musim 8 - Musim 9 untuk Kemenangan Diperoleh | Mata Legendary Musim 9 - Musim 10 selepas Penetapan Semula Musim | Mata Legendary Musim 9 - Musim 10 untuk Kemenangan Diperoleh |
0 - 849 | Tidak Berubah | Tiada Boost | Tidak Berubah | Tiada Boost |
850 - 1599 | 850 | Tiada Boost | 850 | Tiada Boost |
1600 - 2399 | 850 | 20%, 10 permainan | 1000 | Tiada Boost |
2400 - 3199 | 850 | 30%, 15 permainan | 1200 | Tiada Boost |
3200 - 3999 | 850 | 40%, 20 permainan | 1400 | Tiada Boost |
4000, ∞ | 850 | 50%, 25 permainan | 1600 | Tiada Boost |