Perbincangan Wild Rift - 18 Disember 2020

Minggu ini, kami akan berkongsikan keutamaan pasukan: mengeluarkan permainan kepada pemain baru dan rantau baru juga meningkatkan pengalaman untuk pemain sedia ada dalam pelbagai cara.

Hei semua! Brian ‘FeralPony’ Feeney di sini, pengarah rekaan Wild Rift kini kembali untuk membincangkan tentang keadaan semasa Wild Rift dan fokus kami juga mengapa kami berbuat demikian.

Ketika kami terus mengeluarkan Wild Rift ke serata dunia, keutamaan kami masih lagi lebih kurang sama. Pertama sekali, kami sedang bekerja keras untuk mengembangkan ke kawasan baru—seperti yang anda boleh lihat, baru-baru ini kami telah membuka Open Beta kepada beberapa rantau baru. Mengeluarkan permainan kepada lebih ramai pemain masih lagi keutamaan kami sebagai satu pasukan.

Kami juga bekerja keras untuk memperbaiki pepijat yang menghalang beberapa pemain daripada memasuki permainan atau memuat turun permainan. Sebahagian daripada isu ini telah diselesaikan tetapi kami akan tetap beri perhatian.

Keutamaan kedua adalah kualiti pengalaman bagi wilayah dan pemain yang baru masuk. Perkara ini termasuklah latensi dan masa giliran ke kualiti perlawanan juga banyak lagi. Kami tahu ramai daripada anda merasa kecewa terutamanya dengan matchmaking dan anda boleh menjangkakan pengalaman yang lebih baik di sana. Oleh kerana matchmaking agak sukar untuk disimulasikan, data langsung yang kami terima daripada para pemain adalah sangat berharga. Kami menghargai bantuan dan kesabaran anda ketika kami menyelesaikan masalah dan membuat penambahbaikan.

Bagi berkongsi beberapa keputusan awal, kami telah membuat beberapa usaha pelarasan bagi mengurangkan tempoh masa menunggu, mengurangkan perbezaan di antara rank dalam perlawanan dan mengurangkan permainan berlainan rantau. Anda boleh menjangkakan kami untuk melancarkan peningkatan dengan kerap semasa kami membuat pelarasan daripada data langsung. Walaupun hasilnya nampak memberangsangkan, kami tahu terdapat banyak lagi kerja yang masih perlu dilakukan.

Pasukan gaya permainan juga sedang bekerja keras pada beberapa perubahan gaya permainan berfokus pada itemization. Perubahan ini bukanlah sebesar yang terkini pada sistem item pada League of Legends PC tetapi kami rancang untuk melancarkan beberapa item menarik dan perubahan sistem. 

Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!

- Brian dan pasukan Wild Rift