/dev: Rammus, Rift to Rift

Kemas kini Rammus ke League PC dan Wild Rift adalah lebih cepat daripada copy-paste.

Rammus: Separuh perisai dan separuh 'dillo, memecut laju . Gaya permainan pantas Rammus sangat memberi semangat kepada kitorang di Wild Rift, dan dengan penyiaran terkininya dalam patch 2.2, kitorang mahu selami mengapa kitorang melarasnya daripada apa yang korang ketahui daripada (hampir) 12 tahun kehadirannya dalam League PC. Lebih luas lagi, kitorang juga akan membincangkan tentang cara kitorang membawakan champion daripada PC ke peranti mudah alih korang.

Dalam Wild Rift, perubahan utamanya akan nampak seperti ini:

  1. Rammus kini menyertai pertempuran secara pasif, dan ability pertamanya (Powerball) memberi kelebihan kepadanya, menjatuhkan musuh ke belakang apabila ia bertembung dengan musuh
  2. Ultimate baharu Rammus, Soaring Slam, melontarkan dia ke udara dan menghentam tanah, menghasilkan gegaran berdasarkan pada kelajuan Powerballnya

Ketika mempertimbangkan Rammus untuk satu permainan beberapa tahun dahulu, kitorang tertanya-tanya: Boleh tak kita berikan pemain satu perasaan seolah-olah diorang “memandu” Rammus di sekeliling peta? Berikut adalah mengapa ia penting: League PC dan Wild Rift, kedua-duanya adalah League of Legends. Fantasi champion sepatutnya konsisten (Janna tidak akan menjadi bruiser tiba-tiba, sebagai contoh) dan anda patut boleh beralih di antara permainan dengan mudah tanpa perlu mempelajari semua cara champion dimainkan. Fantasi Rammus adalah untuk bersiar-siar di sekitar Rift dan memandu kereta berduri merupakan cara terbaik untuk menyampaikannya. Okey. Sekarang macam mana?

Kadang-kadang, mengekalkan fantasi satu champion bermakna menyampaikan gaya permainan yang sesuai untuk setiap platform. Sebagai contoh, pasif Fizz PC “ignore unit collision” tidak masuk akal dalam Wild Rift kerana tiada unit yang dapat dilanggar. Bagi Wild Rift, ini biasanya jatuh dalam salah satu daripada tiga kategori:

Dead buttons: Tiada “dead buttons” pada skrin yang anda tidak boleh tekan, bermakna mengelak ability pasif tanpa komponen aktif (seperti Denting Blows Vi)

Control opportunities: Menggunakan kawalan serentak dengan lebih banyak peluang untuk mempamerkan skillshot

Design opportunities: Menyesuaikan diri dengan map kecil Wild Rift, permainan yang lebih singkat atau peluang menginovasikan kit champion lama

Perubahan Rammus terletak di antara dua ini: Kawalan serentak meletakkan korang dalam kerusi pemandu untuk “drift” dalam Wild Rift dan lompatan besarnya datang daripada keinginan untuk menambahkan saat-saat penting pada gameplaynya. Rammus asyik tersekat akibat map terrain dan unit yang sedang bertempur, jadi Soaring Slam memberikan dia peluang untuk membebaskan diri, membuka peluang untuk play yang menarik, tidak seperti kit lamanya.

Rammus_0.jpg

Kemas kini juga bukanlah satu hala sahaja. Khususnya untuk kategori ketiga 'design opportunities', apabila pasukan Wild Rift meghabiskan masa pada champion lama, pasukan League PC akan mempertimbangkan sama ada ia akan berfungsi sebagai naik taraf untuk PC juga. Kemas kini Rammus juga dilancarkan dalam patch 11.8 pada League PC dengan pelarasannya yang tersendiri yang selaras dengan versi Wild Rift:

  1. Tanpa kawalan serentak, League PC membuat keputusan untuk tidak melaksanakan pasif rolling baru Rammus di Wild Rift.
  2. Soaring Slam versi PC memiliki kelebihan di tengah-tengah yang mengenakan damage tambahan (seperti ult Ziggs) jika Rammus menggunakannya sejauh mungkin, dengan tambahan pada mengenakan kesan Powerball apabila Rammus melakukan kombo Power Slam
  3. Pasukan PC mahu mencari jalan untuk menambahkan variasi kepada gameplay Rammus—lebih mudah untuk menang apabila dilaksanakan dengan baik dan penalti lebih teruk apabila tidak dilaksanakan dengan baik.
  4. Dalam peringkat terakhir penambahan, kitorang membuat keputusan untuk tidak menambahnya ke Wild Rift. Map lebih kecil bermakna julat skala movement speed Soaring Slam menjadi lebih kuat pada WR berbanding di PC, jadi kami rasakan ia tidak memerlukan apa-apa tambahan.

Fakta menarik: Rammus bukanlah champion pertama pasukan PC bekerjasama dengan Wild Rift untuk mengemas kini sistem pada champion League PC. Beberapa perubahan terkini dalam PC yang asalnya direka dan diuji pada Wild Rift: Pertambahan anak panah Volley Ashe dengan kenaikan rank; pergerakan dash ability ketiga Diana; dan Molten Shield Annie boleh digunakan pada sekutu dan beberapa perubahan lain.


Kami teruja untuk memiliki dua MOBA bagi menciptakan peluang gameplay baru untuk champion League, bekerjasama dengan lebih kerap dan kebanyakan daripada mereka telah diseru ke Wild Rift. Selamat berguling!