/dev: Memilih Posisi Anda

Main dengan cara anda bersama Keutamaan Posisi.

Sedia untuk bermain dengan cara yang anda mahukan dengan lebih kerap? Masuk: Keutamaan Posisi.

APAKAH ITU KEUTAMAAN POSISI?

Kami dengar keluhan anda, agak susah ketika champ select dan hendak menentukan siapa yang bermain di lane mana dan champ apa yang mereka ambil. Buat masa ini, ianya terserah kepada anda untuk menentukanya dalam masa yang singkat dengan komunikasi yang terbatas. Menyusahkan. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini, kami mahu setiap posisi jelas kepada semua dalam champ select dan memberikan anda lebih pilihan dimana anda bermain.

Patch22_PositionPref1.jpg

Sebelum anda mulakan perlawanan, susunkan posisi keutamaan anda (solo, jungle, mid, duo, support) dari paling diingini ke paling kurang diingini. Dari situ, matchmaking akan mengutamakan posisi mengikut pilihan anda sebanyak mana yang mungkin. Anda masih boleh mendapat mana-mana posisi disebabkan oleh fair matchmaking, posisi yang popular dan saiz queue tetapi sekurang-kurangnya anda boleh memilih keutamaan posisi walaupun anda tidak mendapat pilihan teratas.

Jadi kami mahukan sistem keutamaan posisi yang memberi anda pilihan yang sebanyak mungkin:

Mahu beritahu kami posisi mana kegemaran anda? Kami boleh lakukannya!

Mahu mengutamakan kelima-lima posisi? Boleh saja!

Mahu terus auto-fill dan main? Silakan!

Akhirnya, tak kira apa yang anda pilih, kami akan memastikan anda dapat posisi pilihan anda sekerap yang mungkin.

JADI APA YANG BARU?

Sistem ini hanyalah satu ujian, jadi kami akan menyediakan queue berbeza yang dipanggil Position Lab, diisi dengan pemain setaraf kedudukan semasa anda. Ujian ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan anda dalam queue ranked biasa, dan kedudukan anda selepas ujian ini selesai.

Kami akan memberikan Blue Mote kepada semua pemain yang bermain Position Lab sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memanfaatkan masa anda!

Kami masih menjangkakan waktu queue lebih panjang dari biasa kerana tidak semua mahu bermain dalam queue eksperimental ini. (Tapi kami harap anda akan mencubanya!)

Patch22_PositionPref2.jpg

Apabila party anda memilih queue Position Lab, anda akan lihat satu simbol baru pada emblem pemain anda dalam lobby. Walaupun ia tidak diperlukan untuk bermain, mengklik emblem ini akan membenarkan anda pilih keutamaan posisi. Kami akan menggunakan maklumat ini sewaktu mencari match anda!

Jika tidak pasti dengan pilihan anda, lihat beberapa champion yang telah anda gunakan untuk cari posisi mana yang sesuai untuk anda pilih. Pilih sahaja posisi yang digunakan oleh champion kegemaran anda!

Selepas satu perlawanan adil dijumpai, setiap pemain akan diberi satu posisi; anda boleh lihat posisi anda di bulatan di bawah ikon anda di champ select. Untuk memudahkan lagi, anda boleh tapis senarai champion dengan posisi dan lihat champion yang dipilih untuk posisi anda.

APA PERBEZAANNYA DENGAN LEAGUE PC?

Perbezaan paling ketara adalah dalam Wild Rift, anda boleh pilih urutan keutamaan anda untuk semua posisi. Walaupun kami tidak dapat menjamin anda tidak akan dapat posisi yang tidak diingini, kami berharap untuk anda mendapat posisi kedua teratas dalam kebanyakan permainan. Jika akan tidak dapat, kami akan menggunakan tetapan keutamaan anda untuk memilih pilihan ketiga dan keempat. Kami harap ini dapat menjadikan permainan lebih seronok untuk anda bermain posisi yang dipilih!

Juga, disebabkan memilih lima posisi adalah lebih sukar berbanding dengan dua, kami menyimpan keutamaan anda dari satu sesi ke sesi lain. Anda boleh menetapnya sekali dan tidak perlu mengubahnya lagi. Atau, anda boleh mengubah setiap kali selepas perlawanan.

BAGAIMAN PULA DENGAN “TOP” DAN “BOT”?

Disebabkan map di Wild Rift boleh diterbalikan, kami tidak memanggil top dan bottom lane “Top” dan “Bot” kerana tidak semua pemain yang akan melihatnya sebegitu! Oleh kerana ini, ikon untuk “Top” dan “Bot” juga tidak berfungsi. Mari lihat pada nama posisi baru, ikon dan cara ia berfungsi!

Patch22_PositionLab.jpg

  • Solo lane:
    • Kami menggunakan ikon kapak untuk menggambarkan aspek “solo” lane ini dan champion yang kental dan tanky yang pergi ke lane tersebut. Kami juga meletakkan element ikon yang serupa dengan Baron, membawakan sifat raksasa ungu besar itu.
  • Jungle:
    • Kami rasakan ikon jungle klasik adalah berkuasa dan sesuai dengan gameplaynya. Hati-hati dengan brush itu!
  • Mid lane:
    • Ikon mid lane berbentuk tiga kepingan yang mengutamakan segmen tengah—bersama dua lane lain disebelahnya. Kami mahu mengutamakan pada kelancaran dan juga kerserba-bolehan, memberi gambaran cara main mid laners: roaming, bantu lane lain dan play yang terbaik.
  • Duo lane:
    • Ikon duo baru meneruskan trend membelahkan bentuk berdasarkan pada nombor yang diberikan. Ikon dibentuk seperti dua pistol yang mungkin anda akan dapat lihat dalam duo lane. Jika anda perhatikan dengan lebih, anda boleh lihat sedikit ikon Dragon.
  • Support:
    • Ikon support klasik: kukuh, boleh diharap dan tabah. Support yang bagus akan menyatukan satu pasukan. Teruskan!

JADI PATUTNYA SISTEM INI MESTI MENARIK DAN SEMPURNA DAH, KAN?

Erm… tidak. Tunggu, datang balik!

Ciri ini masih lagi baru, jadi kami menjangka terdapat beberapa yang perlu dinilai. Kami akan melaras secara berterusan Keutamaan Posisi berdasarkan pada data yang telah kami kumpul dan juga maklum balas anda, jadi teruskan memberi maklum balas!

BERAPA LAMA UJIAN INI DAN KENAPA SAYA PERLU BERMAINNYA?

Kami akan menjalanai Lab ini selama beberapa hari bermula dalam Patch 2.2. Jika anda sukakan ciri ini, kami mahu memasukannya ke dalam Ranked secepat mungkin. Lagi banyak daripada anda yang menggunakannya, lebih banyak data yang kami dapat dan lebih cepat kami dapat masukkan ciri ini.

Ambil perhatian untuk pemain di Amerika: kami tidak akan menjalankan ujian ini di rantau anda. Disebabkan server ini masih baru, kami tidak mahu membelahkan queue terlalu banyak. Walau bagaimanapun, kami akan pastikan untuk beritahu anda jika terdapat perubahan.

Kami harap anda boleh tolong menyediakan Keutamaan Posisi bersama kami untuk digunapakai dan beritahu kami pendapat anda.