/dev: Kemas Kini Ranked Patch 2.4
Hai! Saya Josh “Nextdoor” Menke, pereka permainan dalam pasukan penglibatan Wild Rift. Terdapat beberapa kemas kini utama yang akan datang kepada Ranked dalam Patch 2.4, jadi pasukan kami nak berkongsi cara kami membuat keputusan-keputusan ini.
KENAPA PERLAWANAN PROMOTION DIBUANG?
Baru-baru ini kami telah mengumumkan rancangan untuk membuang Perlawanan Promotion untuk Musim 3. Setelah membandingkan niat kompetitif Perlawanan Promotion dengan data penglibatan dan kemahiran, kami mendapati bahawa ia hanya membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada para pemain. Di rank yang rendah, kami nampak kekalahan dalam promotion akan menyebabkan pemain berhenti mendaki rank dengan kebarangkalian yang lebih tinggi daripada biasa. Anggapan kami ialah pemain menilai Perlawanan Promotion lebih daripada perlawanan biasa, jadi kehilangan Perlawanan Promotion terasa lebih teruk dan membuatkan mereka malas bermain lagi.
Di rank tinggi pula, kami nampak promotion akan menyebabkan pemain berhenti bermain di ranked lebih kerap daripada yang disangkakan. Kami syak pemain rank yang tinggi berasa bimbang mereka akan jatuh semula ke Emerald dan terpaksa bermain semula Perlawanan Promotion mereka setelah baru mengatasi halangan yang sukar. Dengan membuangnya, kami dapat mendorong pemain untuk terus bermain setelah mencapai Diamond dengan pengetahuan yang jika mereka jatuh pun, mereka hanya perlukan beberapa kemenangan sahaja untuk kembali.
Secara keseluruhan, kami rasakan Perlawanan Promotion di Wild Rift pada masa ini sampai tahap ia menyebabkan lebih banyak gangguan dan kekecewaan daripada membantu. Kami akan terus memantau keutuhan kompetetif keseluruhan dan kualiti penglibatan Ranked. Secara amnya, kami menilai integriti kompetetif berdasarkan tahap setiap rank adalah sejajar dengan kemahiran dan prestasi pemain sebenar mengikut data kami. Kami tak jangkakan apa-apa perbezaan dengan perubahan baharu ini, tetapi jika ada, kami akan mencari jalan agar pengalaman bermain ranked tetap menarik dan kompetitif.
- Riot Nextdoor, Pereka Permainan Utama
KENAPA HANYA ADA 3 BAN DAN BUKAN 5?
Hai, Ed “MartianSpider” Knapp di sini, ketua pereka permainan untuk Sekitar Permainan Wild Rift. Saya ingin bercakap dengan anda tentang pengenalan ban kepada queue Ranked yang telah lama dinantikan!
Kami percaya versi terbaik league kompetitif termasuk ban, sebaik-baiknya 10 ban. Namun, dengan jumlah champion yang dikeluarkan sekarang, kami bimbang dengan jumlah 10 ban, hasilnya mungkin kebanyakan champion kegemaran pemain akan di ban, dan banyak perlawanan akan terasa "sama saja." Kami ada berbincang tentang melepaskan ban lebih awal, dengan 1 atau 2 ban setiap pasukan, tetapi kami tahu ini akan mengecewakan kerana hanya sebilangan kecil pemain dalam satu perlawanan akan berpeluang memberi ban. Kami belajar daripada pengalaman bahawa ini akan menyebabkan peningkatan ketoksikan dalam perlawanan dan kami tak mahu ada yang mengalaminya. Inilah sebabnya kami telah memutuskan untuk 3 ban. Sekarang, kebanyakan pemain dalam setiap perlawanan akan mempunyai peluang untuk ban lawan yang paling tidak digemari mereka atau champion OP yang mereka tidak mahu lawan. Kami rancang untuk memperkenalkan 10 ban setiap perlawanan sebaik sahaja barisan champion cukup besar untuk menyokongnya!
Kami juga ada membuat beberapa perubahan lain untuk menyokong ban. Kami telah mengubah syarat pemilikan champion untuk memulakan Ranked. Sekarang, pemain mesti memiliki 16 champion, termasuk rotasi champion percuma untuk digunakan, untuk queue dalam Ranked. Ini untuk memastikan bahawa tidak ada perlawanan yang gagal kerana semua champion seseorang pemain disekat. Kami ada mempertimbangkan untuk hanya meningkatkan syarat champion hingga 16 tanpa champion percuma untuk digunakan, tetapi ini akan menyebabkan beberapa pemain ranked tidak boleh menyertai Ranked selepas patch, dan kami tidak mahu meninggalkan sesiapa pun sehelai sepinggang.
Kami sangat teruja untuk mengimplementasikan ban kepada anda semua, jadi beritahu kami apa pendapat anda tentangnya!
- Riot MartianSpider, Ketua Pereka Permainan
APA LAGI YANG BERUBAH?
Kami ingin mempermudahkan penyampaian peraturan Ranked. Pada masa ini, paparan Fortitude tidak memberikan petunjuk yang jelas kepada para pemain sekiranya Perisai Kehilangan Peringkat mereka aktif atau tidak. Skrin akhir permainan yang telah kami kemas kini sepatutnya menyelesaikan masalah ini. Pengoptimuman lain, seperti menyusun soket berlian dari kiri ke kanan, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan kemajuan dengan sekilas!
Kami juga membuat sedikit perubahan kepada cara mendapatkan LP dari Diamond ke atas supaya lebih lancar dan konsisten sepanjang musim.
Itu sahaja daripada kami buat masa ini. Kami ingin mendengar pendapat kamu tentang perubahan ini dan tidak sabar untuk bersembang dengan kamu tidak lama lagi. Dengan itu, semoga berjaya dalam mendaki Ranked dalam Musim 3!