/dev: Item Tank Baharu dalam Patch 4.1
Helo semua, saya Nick “Endstep" Frijia” seorang pereka dalam pasukan Sistem dan Balance untuk Wild Rift, kembali untuk bercakap tentang beberapa item baharu dan perubahan lain untuk sistem item tank. Walaupun beberapa penambahbaikan item tank telah disampaikan dalam Patch 4.0, Patch 4.1 akan membawakan tiga item baharu dan beberapa perubahan untuk sesetengah item tank klasik kami.
AMARANTH TWINGUARD
Pada masa ini, tank yang ingin mendahului dalam permainan mereka tidak mempunyai pilihan sebenar dalam kedai untuk membantu mereka memberikan impak yang besar pada permainan. Mage dapat membeli item seperti Rabadon's Deathcap atau Void Staff dan Marksman dapat membeli Infinity Edge atau Lord Dominik's Regards. Item-item ini memberi mereka peluang untuk melaksanakan taktik besar bahkan mengambil alih sepenuhnya permainan. Amaranth Twinguard merupakan item kemuncak untuk tank (serupa dengan Deathcap untuk mage) yang membolehkan tank melipatgandakan keberkesanan mereka semasa pertempuran selagi mereka boleh bertahan cukup lama untuk mendapatkan manfaat Endurance.
- Jumlah kos: 3200g
- Dibina daripada: Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 1400g
- 55 Armor
- 55 Magic Resistance
- PASIF - Endurance: Semasa bertempur dengan champion musuh, mendapat satu stack Endurance setiap saat. Apabila anda mencapai 5 stack Endurance, saiz anda membesar dan anda mendapat 20% Tenacity serta armor dan magic resistance anda meningkat sebanyak 30% sehingga anda keluar daripada pertempuran dengan champion.
MANTLE OF THE TWELFTH HOUR
Kadangkala, komited dengan pasukan anda dan mati demi perjuangan merupakan perkara yang betul untuk dilakukan sebagai seorang tank. Walau bagaimanapun, kami berpendapat terdapat sedikit ruang untuk menambahkan item tank yang menjadikan lebih mudah untuk bergerak dan melarikan diri daripada situasi nyawa rendah yang rumit. Mantle of the Twelfth Hour memberikan satu burst pemulihan, movement speed, dan slow resistance apabila nyawa anda rendah untuk memberi tank harapan untuk melarikan diri atau mengejar satu lagi kill.
- Jumlah kos: 2900g
- Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 1100g
- 200 Nyawa
- 50 Armor
- 50 Magic Resistance
- PASIF - Lifeline: Jika anda akan menerima damage yang akan merendahkan nyawa maksimum anda di bawah 35%, heal sebanyak 200 + 50% daripada nyawa bonus anda dalam masa 3 saat, dan mendapat 50% Slow Resistance serta 30 Movement Speed selama 3 saat. (Cooldown 90 saat)
SEARING CROWN DAN SUNFIRE CAPE
Pada masa ini, Sunfire Cape adalah satu-satunya pilihan untuk tank yang ingin memilih damage yang lebih agresif terhadap champion. Walau bagaimanapun, ia juga berfungsi sebagai satu-satunya item tank yang menawarkan kuasa clear wave dan jungle yang bermakna, yang meletakkan item ini dalam ruang yang digunakan oleh dua bidang berbeza pada masa yang sama. Hal ini menyukarkan kami untuk menjadikannya jelas kuat untuk salah satu daripada bidang tersebut, jadi kami memberikan Sunfire satu adik. Searing Crown akan ditambahkan dalam Wild Rift, dan ia akan menjadi pilihan baharu anda apabila anda mahu membakar musuh anda sehingga garing. Dan Sunfire kini akan menjadi pilihan anda apabila anda ingin memulangkan paku buat keras yang berapi pada Red Brambleback. Secara asasnya, jika anda ingin membunuh champion, Searing Crown harus menjadi item pilihan anda. Dan jika anda ingin farm, Sunfire Cape sepatutnya lebih baik daripada sebelum ini.
- Jumlah kos: 2700g
- Bami’s Cinder (1300g) + Chain Vest (900g) + 500g
- 300 Nyawa
- 50 Armor
- PASIF - Fiery Touch: Mengenakan damage dengan Attack atau Ability akan membakar sasaran selama 3 saat, mengenakan [1.6% untuk melee / .8% untuk ranged] daripada nyawa maksimum sasaran sebagai magic damage setiap saat.
ABYSSAL MASK DAN THORNMAIL
Di samping item baharu dan perubahan pada Sunfire Cape, kami juga membuat perubahan pada Abyssal Mask dan Thornmail untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik ke dalam sistem item tank baharu. Abyssal Mask akan melihat amplikasi generiknya dibuang untuk pasif baharu yang membolehkannya menyimpan satu peratusan magic damage yang diterima, yang boleh dilepaskan sebagai letupan ke atas musuh apabila penggunanya immobilize sasaran. Boom! Perubahan ini bertujuan untuk menjadikan Abyssal sebagai item yang agresif dan berorientasikan damage dalam kalangan item magic resistance.
Kami akan menjadikan Thornmail lebih murah dan membuang sesetengah nyawanya untuk menjadikannya pembelian Grievous Wounds yang jelas dan bukannya item tersendiri yang terlalu berkuasa sehinggakan Grievous Wounds tidak menjadi pertimbangan utama semasa membelinya. Selain itu, kami akan merendahkan kadar armor pada pantulan damage dan menambahkan kadar nyawa bonus agar Thornmail tidak terlalu berkuasa pada champion dengan steroid armor seperti Rammus, dan lebih mudah diakses oleh kebanyakan tank.
Kami tidak sabar-sabar untuk melihat kesan item baharu dan perubahan item ini, jadi silalah hantar maklum balas anda kepada kami. Kami juga akan sentiasa memantau kesan item-item ini dan bersedia untuk melakukan perubahan jika diperlukan.
Buat masa ini, setakat itu sahaja daripada kami dari pasukan Sistem dan Balance! Kami sedang menyiapkan beberapa lagi kemas kini untuk masa hadapan dan kami perlu kembali kepadanya, tetapi sebelum kami pergi mungkin kami boleh membe-reave-kan satu atau dua petunjuk. Terima kasih kerana membaca dan semoga berjumpa lagi!