/dev: Item Baharu dalam Patch 3.1

Patch 3.1 membawa pilihan item untuk fighter baharu!

Hai! Izinkan saya memperkenalkan diri saya, Sean "Zekramen" Mason, pereka ramah anda daripada pasukan Systems and Balance untuk Wild Rift. Saya berbesar hati untuk bercakap tentang item fighter baharu yang kami keluarkan dalam patch 3.1. Kami berasa bahawa sistem item fighter secara keseluruhannya memerlukan pelarasan dan kami tidak sabar untuk melihat semua strategi baharu yang akan muncul di Rift semasa patch ini.

Kemas kini ini termasuk dua item baharu bersama-sama dengan rework untuk Death’s Dance. Mari teruskan!

DIVINE SUNDERER

3_28_22_WR_DivineSunderer.jpg

Dengan pengenalan Divine Sunderer, champion yang menumpukan pada Attack Damage kini mempunyai pilihan Spellblade tambahan yang bersaing dengan Trinity Force. Apabila memilih Divine Sunderer berbanding Trinity Force, anda akan menggantikan raw damage dan mobiliti dengan nyawa, sustain dan keupayaan untuk menghadapi musuh tank yang lebih tinggi.

Mundo akan sentiasa pergi ke mana-mana yang dia suka, tetapi Divine Sunderer boleh membantu anda apabila anda cuba menghalang lelaki gila itu daripada merayau-rayau.

  • Jumlah Kos: 3300g
    • Dibina daripada Sheen (900g) + Jaurim’s Fist (1200g) + Kindlegem (1000g) + 200g
  • 400 Nyawa
  • 20 Attack Damage
  • 20 Ability Haste
  • PASIF UNIK—Spellblade: Selepas menggunakan ability, serangan anda yang seterusnya dalam 10 saat akan mengenakan 10% daripada nyawa maksimum sasaran sebagai physical damage bonus (7% jika serangan itu ranged). Jika sasaran ialah champion, heal sebanyak 7% daripada nyawa maksimum sasaran (3% jika serangan itu ranged). (Cooldown 1.5s)

HULLBREAKER

3_28_22_WR_Hullbreaker.jpg

Split-push untuk mencapai kemenangan, bukanlah satu pilihan yang paling munasabah untuk pemain. Jadi kami ingin memperkenalkan satu item yang akan membantu anda dalam perkara tersebut dan memberi anda cara lain untuk menamatkan permainan anda.

Hullbreaker ialah item yang tepat jika anda seorang pemain yang gemar split-push lane, sambil memusnahkan tower dengan rakan-rakan minion anda yang penuh buff. Item ini memberikan anda dan minion anda resistance serta damage bonus terhadap struktur. Item ini juga memberikan anda sejumlah besar attack damage dan nyawa, membantu anda memenangi pertarungan menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu perjalanan split-push anda. Kami tahu Hullbreaker akan mempunyai lebih sinergi dengan beberapa champion seperti Jax dan Tryndamere berbanding champion lain, tetapi kami tidak sabar untuk melihat champion lain yang anda akan cuba gunakan item ini.

Mari kita pergi musnahkan kapal... err tower!

  • Jumlah Kos: 3000g
    • Dibina daripada B.F. Sword (1500g) + Jaurim's Fist (1200g) + 300g
  • 300 Nyawa
  • 55 Attack Damage
  • PASIF UNIK - Boarding Party: Semasa tiada champion sekutu berdekatan, mendapat 10 − 50 armor dan magic resistance (berdasarkan level), dan mengenakan 20% damage bonus kepada struktur. Minion besar berdekatan mendapat 50 − 170 armor dan magic

DEATH’S DANCE

3_28_22_WR_DeathsDance.jpg

Sebelum patch ini, Death's Dance cemerlang dalam memberikan fighter damage dan sustain yang padu semasa teamfight yang panjang dan pertempuran rawak di Jungle. Gaya permainan itu sesuai dengan fighter; walau bagaimanapun, kami berasa keupayaannya untuk melawan semua jenis damage dengan satu item tidak begitu sihat untuk permainan ini mahupun adil kepada pekedai; bekalan dan permintaan itu sesuatu yang nyata di Rift, tahu?

Untuk mempromosikan kepelbagaian binaan yang menarik, kami telah rework pasif Death's Dance untuk melawan physical damage sahaja sambil memberi ganjaran kepada pemain gigih yang suka kekal dalam pertempuran.

  • Jumlah Kos: 3000g
    • Dibina daripada Chain Vest (900g) + Caulfield’s Warhammer (1200g) + 900g
  • 35 Attack Damage
  • 40 Armor
  • 15 Ability Haste
  • PASIF UNIK - Cauterize: 35% daripada physical damage yang diterima (15% jika champion yang dilengkapi adalah ranged) sebaliknya akan dikenakan kepada anda untuk 3 saat sebagai true damage.
  • PASIF UNIK - Dance: Takedown champion akan menghilangkan baki jumlah damage Cauterize dan memulihkan 15% daripada nyawa maksimum anda untuk 2 saat.

Kami teruja untuk mendengar maklum balas anda, jadi sila kongsikan mana-mana klip, build baharu dan VOD anda dengan kami. Seperti biasa, kami akan sentiasa perhatikan kesan item-item ini dan akan melakukan pelarasan jika diperlukan.

Itu sahaja untuk perubahan kepada sistem item fighter dalam 3.1! Terdapat banyak lagi kemas kini menyeronokkan yang kami mahu kongsikan dalam masa terdekat, tetapi saya tidak mahu me-rune-sakkan kejutan itu. Sehingga itu, jumpa anda dalam Rift!

- Riot Zekramen