/dev: Item Baharu dalam Patch 2.6

Bersama patch 2.6 tiba sistem item yang dikemas kini melalui shield spell dan gaya permainan support.

Hai sekali lagi! Mike “RogueFool” Breese di sini sedia bersembang tentang kemas kini sistem item Patch 2.6 yang akan datang. Sudah lama berlalu sejak post terakhir saya, yang menyatakan tentang pratonton di balik tabir, dan harapan kami untuk melangkaui jangkaan anda. Saya di sini untuk menunaikan janji itu dan memberikan anda pratonton bagi beberapa perubahan yang boleh anda manfaatkan dalam patch Wild Rift yang seterusnya.

Pada level yang tinggi kami ada dua set perubahan: shield spell, dan lebih banyak item support.

SHIELD DIRI SENDIRI

Pernahkah anda bergelut menentang Veigar, atau dihumban ke dinding oleh Blitzcrank musuh? (Jangan bimbang, kami pun pernah mengalaminya.) Atau anda dah penat masuk sebagai Kha'Zix dan cuba mendapatkan pilihan untuk menang permainan tetapi terus kena polymorph? Jika ya, Spell Shield mungkin pilihan yang tepat. Dengan pengenalan Banshee’s Veil dan Edge of Night, kami berharap dapat memberikan alat kepada pemain untuk melindungi diri mereka daripada ancaman ini.

BANSHEE’S VEIL

Mage memang kekurangan alat pertahanan yang baik terhadap pengamal magic yang lain. Banshee's Veil membolehkan mage melabur dalam beberapa pertahanan untuk diri mereka pada kos Ability Power yang berkurang sedikit. Pertahanan ini datang dalam bentuk Magic Resist, dan juga shield spell yang akan menyekat ability seterusnya yang mungkin akan menghentam anda. Ini menjadikannya hebat untuk melindungi diri anda daripada kombo burst musuh, atau mengelakkan beberapa crowd control utama.

  • Jumlah Kos: 3000g
    • Dibina daripada Needlessly Large Rod (1440g) + Negatron Cloak (900g) + 660g
  • 70 Ability Power
  • 40 Magic Resist
  • 10 Ability Haste
  • PASIF UNIK - Annul: Memberi shield spell yang menyekat ability musuh yang seterusnya.

EDGE OF NIGHT

Edge of Night ialah item seumpama Banshee’s Veil. Memberi Spell Shield kepada assassin dan sesiapa sahaja yang mencari Armor Penetration untuk melindungi daripada tusukan, tetapi lebih penting lagi memberi mereka sedikit masa apabila melompat dalam 1v5 untuk membunuh Jhin.

  • Jumlah Kos: 3000g
    • Dibina daripada Serrated Dirk (1000g) + Jaurim’s Fist (1200g) + 800g
  • 250 Nyawa
  • 50 Attack Damage
  • PASIF UNIK - Annul: Memberi shield spell yang menyekat ability musuh yang seterusnya.
  • PASIF - Gouge: 10 Armor Penetration

MEMPERKUAT SUPPORT

Kami mahu memberikan sokongan kepada support. Lagipun, apalah nasib kita tanpa shield, heal, dan penglibatan support untuk menyelamatkan kita? Sebagai permulaan, kami akan memperkenal dua item baharu yang ditumpukan pada peningkatan gaya permainan support: Hextech Megadrive dan Ixtali Seedjar.

HEXTECH MEGADRIVE

Hextech Megadrive adalah tentang menguatkan item aktif anda. Ia membolehkan anda mengurangkan cooldown item aktif anda melalui penggunaan mahir heal dan shield anda, dan apabila anda melumpuhkan lawan. Jika anda mahu menghantar lebih banyak ghost menyeramkan untuk menangkap lawan yang melarikan diri, dapatkan heal Redemption tambahan semasa team fight, atau dapatkan shield Locket lain untuk menyelamatkan rakan pasukan anda daripada burst detik terakhir, kami fikir Hextech Megadrive mungkin item yang pasukan anda perlukan untuk mendapatkan kelebihan tambahan dalam team fight.

  • Jumlah Kos: 2700g
    • Dibina daripada Lost Chapter (1050g) + Giant’s Belt (1000g) + 650g
  • 300 Nyawa
  • 200 Mana
  • 35 Ability Power
  • 15 Ability Haste
  • PASIF UNIK - Tinker: Mengurangkan cooldown item aktif anda sebanyak 10% (cooldown 5 saat) apabila anda heal dan shield sekutu anda, dan sebanyak 15% (tiada cooldown) apabila melumpuhkan musuh anda.

IXTALI SEEDJAR

Ixtali Seedjar membawakan sesuatu yang baharu ke Wild Rift. Item ini membolehkan anda memanfaatkan naluri pekebun anda, roam di sekitar peta, mengumpul dan menanam benih sambil anda membantu sekutu dan menyediakan permainan.

Kami fikir Ixtali Seedjar akan memberikan peluang baharu kepada pemain support untuk membuat beberapa permainan yang boleh mengubah keadaan, sama ada heal Honeyfruit untuk sekutu anda, Scryer’s Bloom untuk membantu mendapatkan dragon, atau melompat melepasi wall dengan Blast Cone anda sendiri. Kami tidak sabar untuk melihat permainan unik anda.

  • Jumlah Kos: 2500g
    • Dibina daripada Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 700g
  • 45 Armor
  • 45 Magic Resist
  • PASIF UNIK - Propagation: Apabila anda atau sekutu menyerang tumbuhan berdekatan, ia akan menjatuhkan benih yang hanya anda boleh lihat. Anda boleh mengambil dan menanam semula benih itu di mana-mana lokasi pada peta.
  • PASIF - Spring: 5% movement speed

Kami akan memantau kesan semua item ini dengan teliti dan membuat perubahan jika perlu. Kami tidak sabar dan sentiasa gembira untuk mendengar maklum balas anda, jadi sila kongsikan pendapat, binaan dan VOD anda bersama kami!

Setakat itu saja daripada kami buat masa ini, tetapi jika anda jenis pemain yang hidup demi perjuangan, bersedialah untuk berdebat dengan kami dalam kemas kini item seterusnya tahun depan!