/dev: Guilds dan GvG

Pereka permainan Myles Salholm memberikan maklumat dalaman mengenai bagaimana dan mengapa Guild akan datang ke Wild Rift.

Apa yang diperlukan untuk mengumpulkan lima orang dalam MOBA seperti League of Legends? Bagaimana pula jika 20, 50 atau 100 orang? Ketika kami bermula hendak mewujudkan Guild di Wild Rift, kami tahu terdapat banyak rintangan menunggu kami. Tetapi kami juga mengetahui bahawa memberi peluang kepada semua orang untuk mewujudkan komuniti ini bersama-sama adalah sangat penting.

Dalam artikel yang akan datang ini, kami akan menerokai apa itu Guild dalam Wild Rift, apa itu “GvG”, dan apa yang paling penting bagi kami dalam menyampaikan sistem komuniti berciri lengkap dalam permainan yang dibahagikan untuk lima orang. Jom kita lihat!

Sebelum kita bermula, jika anda memerlukan pengenalan kepada Guild dan GvG, cuba lihat artikel penerangan kami atau huraian berciri penuh kami dalam Pratonton Patch 2.5.

MENGAPA PERLU SAYA SERTAI GUILD?

Walaupun kami menyukai semua pejuang solo queue kami, hampir semua orang yang pernah bermain permainan video akan memberitahu anda: lebih seronok bermain dengan rakan. Jika anda mahu bermain Wild Rift dengan lebih ramai orang, anda harus menyertai Guild!

Anda mungkin biasa dengan apa itu guild dalam genre lain seperti MMORPG, di mana pemain berkumpul dalam organisasi komuniti untuk mengambil bahagian dalam kandungan kumpulan berskala besar seperti raid. Kami ingin membawa perasaan komuniti yang besar itu ke Wild Rift, satu permainan yang diskalakan hanya untuk 5 pemain (baiklah, 10 jika anda mengira permainan tersuai).

Dengan mempertimbangkan skala itu, cabaran pertama kami adalah menjadikan Guild merasa berbaloi untuk kumpulan besar dalam ekosistem kami. Oleh itu, kami mencipta beberapa faedah yang memberi manfaat kepada semua orang dalam Guild sekali gus, sama ada anda semua boleh masuk dalam queue yang sama atau tidak. Apabila anda masuk queue dengan ahli Guild, anda akan menerima Poro’s Blessing, yang memberi XP dan Blue Motes bonus kerana bermain bersama. Terdapat juga sistem Level Guild, di mana anda boleh mendapatkan ganjaran dari berpasukan bersama dan mengumpul Guild Point sedikit demi sedikit.

Selain ganjaran-ganjaran hebat ini, kami mengetahui bahawa kami mahu Guild menghubungkan para pemain dengan lancar, menjadikannya lebih mudah untuk mencari pengalaman komuniti yang sebenar. Dengan sistem carian party baharu berserta Suapan Guild, Guild mengurangkan beban mencari kumpulan dan membolehkan anda berkongsi pelbagai detik bersama dalam komuniti anda. Dengan Guild ini, kami berharap agar mencari orang baharu untuk bermain dan membina kenangan bersama akan terasa lebih intuitif daripada sebelumnya.

Terakhir sekali, kami ingin memberi pemain beberapa matlamat bersama, jadi mereka mempunyai lebih banyak galakan untuk bermain dengan rakan serta membuat rakan baharu. Memperkenalkan: Guild vs Guild, atau pendeknya GvG. (Seperti PvP, eh? EH?!?)

9212021_devGuildsandGvG_LOLWR_devGuilds_Feed.jpg

BAGAIMANAKAH GUILD VS GUILD BERFUNGSI?

Pada terasnya, GvG adalah pertentangan champion mingguan, yang memaparkan persaingan Runeterra—bermula dengan Piltover dan Zaun. Setiap pertempuran adalah tidak segerak, bermakna anda menang dengan menyelesaikan cabaran dari bermain Wild Rift sepanjang minggu, dan bukannya perlu berkoordinasi dengan lawan anda untuk bertempur di dalam Rift.

Sepanjang minggu anda akan dipasangkan dengan seorang champion yang berasal dari rantau itu untuk menyelesaikan persengketaan dengan pesaing semasa mereka. Sebagai contoh dalam musim pertama GvG ini anda mungkin akan dipasangkan dengan Jinx dan dipadankan dengan Guild yang bersekutu dengan kakaknya Vi. Jinx akan mencaci maki sambil memberitahu anda apa yang dia perlukan dari Guild anda, sementara Vi membalas sambil menyilang sarung tangan berperisainya yang terlebih besar itu.

Pada penghujung minggu, kedua-dua Guild itu akan bersemuka untuk pertempuran terakhir yang akan menentukan keputusan GvG minggu tersebut. Kemenangan akan memberikan anda ganjaran bonus dan membantu anda mendaki papan pendahulu.

Oh ya, adakah kami menyebut tentang kewujudan papan pendahulu? Sambil anda mendaki dengan bermain GvG, anda akan memperolehi naik taraf pingat hebat untuk Lencana Guild anda.

9212021_devGuildsandGvG_LOLWR_devGuilds_GvG.jpg

TUNGGU, KENAPA...?

Kebanyakan tentang bagaimana ini berfungsi sudah dijelaskan dengan penuh terperinci dalam artikel penerangan kami! Tetapi untuk memberi anda penerangan umum mengapa Guild dan GvG dimainkan dengan cara ini: kami terpaksa membuat banyak keputusan sukar untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, mewujudkan persekitaran di mana ahli Guild ingin bekerjasama, dan mengelakkan mendorong tingkah laku pengecualian.

Sebagai contoh, kami menambahkan unsur naratif (cth. kisah mingguan antara champion) untuk memberi ahli Guild sesuatu mengujakan yang tidak berkaitan dengan prestasi mereka. Tambahan pula, mendapatkan ganjaran GvG tidak terhad kepada kemahiran masing-masing—dengan bermain bersama, setiap orang mempunyai peluang untuk mendapatkan ganjaran dari jejak bermusim GvG.

Namun begitu, Wild Rift tetap adalah sebuah permainan kompetitif dan GvG tidak menghadapkan para pemain dengan Guild pesaing mereka secara langsung dalam Rift. Jadi mengapa kami telah memilih untuk menekankan matlamat usaha sama daripada permainan satu-lawan-satu?

Keutamaan tertinggi kami dengan Guild adalah mewujudkan sistem di mana pemain seperti anda dapat membuat lebih banyak rakan serta mempererat hubungan anda. Dengan pemikiran itu, kami memilih untuk tidak melakukan pertempuran serentak agar semua orang, tanpa mengira rank mereka, tetap dapat memberikan sumbangan dalam persaingan yang seimbang. Tambahan pula, hampir setiap misi komuniti meminta anda menyelesaikan objektif dengan bermain dengan ahli Guild.

Ini penting bagi kami kerana walaupun kami mahu anda bermain dengan orang lain, kami tidak mahu mewujudkan persekitaran di mana hanya pemain mahir sahaja yang dihargai di dalam Guild. Sebaliknya, kami memberi tumpuan kepada memberi ganjaran kepada Guild yang bersatu untuk jangka masa yang panjang. Masih ada satu misi komuniti setiap minggu yang boleh anda sumbangkan secara solo, jadi jangan risau jika anda sedikit introvert, tetapi cara terbaik untuk menyumbang kepada Guild adalah bermain dengan orang lain.

9212021_devGuildsandGvG_LOLWR_devGuilds_Missions.jpg

MEMIHAK KEPADA FAVOR

Kami juga memperkenalkan Champion's Favor, satu misi komuniti di mana setiap minggu setiap ahli Guild akan melambungkan syiling (dengan sedikit pertolongan magik di sebalik tabir) untuk menentukan sama ada mereka Dilengkapi Senjata atau Tidak Bersenjata. Pemain Dilengkapi Senjata melengkapkan pemain lain dengan bermain dengan mereka untuk memperolehi Mata Trofi (secara asasnya XP untuk GvG). Apabila anda berubah status dari Tidak Bersenjata kepada Dilengkapi Senjata anda akan menerima kesemua Mata Trofi yang telah disimpan melalui misi komuniti. Dan memandangkan ANDA sudah Dilengkapi Senjata anda boleh mula melengkapkan orang lain!

Kesudahannya kami berasa adalah penting untuk menggalakkan pemain untuk bermain dengan lebih ramai Ahli Guild—dan bukan hanya sub kumpulan terpilih—sehingga tidak ada yang ketinggalan. Satu komuniti adalah lebih daripada satu pasukan 5-orang, dan kami mahu memberi semua orang peluang untuk menemui rakan baharu!

9212021_devGuildsandGvG_LOLWR_devGuilds_Unarmed.jpg

TETAPI SAYA MAHUKAN YANG ITU!

Satu perkara lagi yang mungkin anda tertanya-tanyakan, “Adakah saya dapat memilih champion sekutu saya dalam GvG?” Kami bermundar-mandir tentang ini, tetapi akhirnya ia telah diputuskan agar “Champion yang memilih anda.” Terdapat pelbagai sebab di sebalik ini, termasuk merancang dialog, masalah matchmaking, menyelesaikan ketidakseimbangan, dan membuat beberapa champion terasa sedih (kesian Amumu).

Untuk menyampaikan naratif yang menarik dan tidak dapat diramalkan, kami memilih untuk mempermudahkannya: dua champion setiap minggu, masing-masing dipadankan dengan pasukan lawan Guild setiap perlawanan. Dengan cara ini tidak ada yang memilih kasih, tidak ada konflik di dalam Guild apabila champion anda tidak terpilih, dan semua orang bersatu menentang lawan yang sebenarnya: Guild saingan anda!

9212021_devGuildsandGvG_LOLWR_devGuilds_Rewards.jpg

MINTA MAKLUM BALAS

Semoga artikel kecil ini memberikan beberapa pandangan, mengemukakan beberapa soalan, menjawabnya, dan kemudian mengemukakan beberapa lagi. Ini baru permulaan, dan kami berdedikasi untuk mengembangkan Guild untuk jangka masa panjang.

Guild dan GvG adalah untuk ANDA! Ini adalah hasil kerja penuh kasih sayang, dan kami ingin menolong semua orang membina sesuatu bersama di Wild Rift dan seterusnya. Kami dapat memahami bahawa anda mungkin mahukan beberapa perubahan, dan kami ingin mendengar pandangan itu! Kami akan mengawasi segala maklum balas, jadi buatlah bising, terutama sekali selepas anda sudah meluangkan masa untuk bermain-main di dalam Guild anda sendiri. Terakhir sekali, sila bersabar kerana ia memerlukan masa untuk membuat perubahan dan kandungan baharu, ingatlah yang kami juga bersemangat!

Selepas ini, mari bekerjasama untuk mengembangkan Guild di Wild Rift, menghancurkan lawan, dan mencipta kenangan manis.

Jumpa anda dalam Rift!