/dev: Mencipta Battle Pass Wild Rift

Wild Pass akan tiba tidak lama lagi! Sertai pimpinan hasil Wild Rift untuk melihat pendekatan kami bagi monetization.

Pada hari ini nanti, kami akan memperkenalkan battle pass Wild Rift, yang dipanggil Wild Pass! Secara asasnya, kami mahu berikan anda lebih banyak ganjaran hanya dengan bermain dan jika anda mahu, naik taraf Wild Pass untuk dapatkan lebih lagi.

Butiran lanjut di bawah tetapi pertama sekali, kami mahu mengambil sedikit masa untuk berkongsikan falsafah kami tentang monetization dalam Wild Rift—kami mahukan subject yang berat ini setelus seperti balance atau rekaan permainan.

PERGERAKAN WANG

Pelancaran Wild Pass pertama kami akan diadakan serentak dengan permulaan Ranked Musim 2. Walaupun kami berada di platform baru, tidak bermakna kami akan mengambil langkah baru bagi monetization. Malah, kami masih mengikuti panduan prinsip yang sama yang digunakan dalam League of Legends PC!

Keutamaan kami adalah untuk menghasilkan permainan yang hebat dan memastikan anda mempunyai pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan—walaupun anda memilih untuk tidak membelanjakan wang. Harapan kami, dengan mencipta kandungan seperti emote, skin atau Wild Pass adalah produk yang anda teruja untuk beli dan gunakan kerana ia menambah baik pengalaman anda dalam Wild Rift.

Kami tidak mahu anda berasa seperti perlu berbelanja untuk terus kekal kompetitif dalam permainan. Dengan itu, kami telah mempakej Wild Pass dengan pelbagai kandungan pilihan dan mata wang untuk membantu anda menunjuk-nunjuk pada musuh, mempercepatkan anda mendapat peti skin Poro Energy dan akhir sekali dapatkan aksesori khusus yang anda tidak sabar untuk tayangkan dan menunjuk gaya anda di Rift.

WILD PASS TL;DR

Berikut adalah cara Wild Pass berfungsi:

4_2_21_devCreatingWildRiftsBattlePass_1.jpg

Di permulaan musim ranked, kami akan melancarkan Wild Pass di mana anda boleh cari pada menu di skrin utama.

4_2_21_devCreatingWildRiftsBattlePass_2.jpg

Wild Pass berfungsi seperti yang anda jangkakan, menaik level sambil anda bermain dan memberi ganjaran berbentuk skin, mata wang, ikon, emote, bauble dan goodies lain-lain.

4_2_21_devCreatingWildRiftsBattlePass_3.jpg

Anda boleh menaiktaraf Wild Pass pada bila-bila masa untuk 590 WC bagi menebus semua kandungan yang telah diperoleh dan jika anda tidak mahu menaiktaraf, semua pemain masih boleh mendapat Blue Mote dan Koin Poro daripada Wild Pass secara percuma.

4_2_21_devCreatingWildRiftsBattlePass_4.jpg

Terdapat juga Wild Pass Elite yang didatangi bersama beberapa misi, level dan XP tambahan untuk bantu mempercepatkan kemajuan anda. Anda boleh mendapatkannya dengan tambahan 400 WC bersama pembelian Wild Pass asas.

4_2_21_devCreatingWildRiftsBattlePass_5.jpg

Mencapai level 50 pada Wild Pass akan memberikan satu skin eksklusif, Hexplorer Jax, untuk menunjukkan pada dunia sejauh mana kemajuan anda. Tunggu, ada lagi! Anda juga boleh mendapatkan ganjaran bonus tambahan untuk menambahkan lebih banyak kandungan pada koleksi anda.

PENUTUP

Jika Wild Pass yang dinaiktaraf bukan pilihan anda kali ini, tidak mengapa! Seperti bahagian lain dalam permainan, kami komited untuk menambahbaik pengalaman bersama-sama anda, jadi sila kongsikan pendapat anda dengan kami. Kami suka mendengar daripada anda untuk memahami apa yang anda suka dan mahu lihat lebih banyak serta perkara yang anda tidak sukai atau menjengkelkan. Dalam patch akan datang, bersama bantuan anda, kita akan menjelajahi beberapa jenis kandungan baru yang akan memberikan anda pengalaman tersuai dan mendapat lebih banyak kandungan yang anda sukai.