/dev: Kemas kini Kerangka Balance
Sebagai kesimpulan, tujuan pasukan balance adalah untuk membuat Wild Rift permainan MOBA mobile yang paling balanced, dan kami benar-benar mahu memastikan semua champion kami boleh digunakan dan tiada satu champion atau strategi yang akan menguasai dalam permainan. Perkara yang kami putuskan untuk ubah adalah bergantung pada spesifik.
Beberapa bulan lalu, kami menghasilkan kerangka balance berdasarkan data dan maklum balas yang kami kumpulkan dari Regional Alpha, Closed Beta dan Open Beta. Kerangka ini berfungsi sebagai panduan untuk membantu kami menentukan champion apa yang harus kami ubah tetapi perlu diingat bahawa kerangka ini bukan peraturan yang harus kami ikuti kerana terdapat banyak kes lain.
Statistik utama yang kami perlu perhatikan untuk balance champion adalah win rate champion. Selepas mengenal pasti apa yang tidak balance, kami akan menggunakan pelbagai data lain untuk bantu melakukan analisis lebih lanjut, seperti anggaran damage yang dikenakan setiap permainan. Buat masa ini, kerangka kami mengkaji bagaimana prestasi champion dalam MMR yang berbeza terutamanya dalam posisi 5 meta.
Balance win rate mengikut kemahiran
Pada dasarnya, jika champion berprestasi terlalu baik di mana-mana MMR band, maka champion itu mungkin terlalu kuat dan jika champion berprestasi terlalu rendah pada semua MMR band, maka champion itu mungkin terlalu lemah. Tambahan lagi, jika mana-mana champion berada di atas 56% win rate dalam keseluruhan aspek, kami mungkin perlu melakukan hotfix.
Mari kita lihat beberapa contoh:
- Jika Dr. Mundo berada pada kadar 53% di MMR Elite tetapi mempunyai pick rate hanya 1%, kami mungkin tidak akan nerf.
- Jika Master Yi berada pada kadar 56% pada MMR Average tetapi lebih rendah daripada 50% pada MMR Skilled dan Elite, kami mungkin akan nerf.
- Jika Lee Sin berada pada kadar 47% di semua MMR dan mempunyai 3% pick rate di MMR Elite, kami mungkin tidak akan buff. Champion berkemahiran tinggi seperti Lee boleh menjadi sangat berkuasa apabila mereka kuat, jadi kami selesa meninggalkan pick ratenya di bawah 50%.
- Jika Xayah berada pada kadar 46% di semua MMR, kami mungkin akan buff.
Balancing around winrates by position
Untuk posisi tertentu, kami mengabungkan pick rate sebagai statistik utama tambahan, terutamanya sebagai cara untuk mengenal pasti champion yang tidak sepatutnya dimainkan di posisi itu. Nombor kerangka ini mungkin akan berubah kerana meta beralih sepanjang masa. Kerana sebilangan posisi lebih berkesan daripada yang lain, band win rate yang diterima berbeza dari posisi ke posisi.
Beberapa contoh cara kami menggunakan kerangka adalah:
Jika mid Evelynn berada pada kadar 54% win rate dan memiliki 5% pick rate, kami mungkin akan nerf kuasa mid lane.
Jika support Jarvan IV berada pada kadar 55% win rate dan memiliki 0.01% pick rate, kami mungkin tidak akan nerf.
Sebagai peringatan, semua nombor ini hanyalah garis panduan. Champion seperti Gragas yang dapat dimainkan di 4 posisi yang berbeza akan lebih sukar untuk menerapkan kerangka ini kerana mereka sangat versatile. Tujuannya adalah untuk memastikan satu champion atau sekumpulan kecil champion tidak mendominasi posisi dan setiap posisi mempunyai pelbagai pilihan.
Evolusi kerangka pada masa akan datang
Kerangka ini akan mendapat rework pada masa akan datang dan kami akan memberikan versi terkini kepada anda setelah kami memasukkan 2 aspek baru – pro play dan champion ban. Tambahan lagi, sambil kami mengeluarkan lebih banyak champion, penanda aras pick rate yang kami gunakan dalam kerangka juga akan berubah.