/dev: All Random All Mid
Hai semua! Nama saya ialah Adnan “Sheiky” Mirza dan saya adalah penerbit untuk Map dan Mod dalam Wild Rift. Ketika Wild Rift mula dilancarkan di seluruh dunia, pasukan Map dan Mod akan mencipta cara baru untuk bermain dalam bulan yang akan datang. Saya mahu berkongsikan apa yang kami berharap untuk mencipta, apa yang anda boleh jangkakan daripada pasukan kami dan butiran lanjut mengenai mod permainan pertama kami—All Random All Mid.
Kami tahu ramai daripada anda menyukai gaya permainan 5v5 dalam Wild Rift, dan kami mahu membinanya berdasarkan ciri tersebut. Dengan mencipta pengalaman menyeronokkan dan memuaskan hati yang berkembang atas dasar ini, pasukan Map dan Mod akan menyediakan cara yang baru untuk menikmati gameplay Wild Rift sambil membolehkan anda untuk menunjuk kemahiran dan kepakaran dalam permainan ini. Kami merancang untuk melakukan eksperimen dengan membawa kombinasi mod permainan yang diketahui dan disukai dalam permainan ini, serta beberapa mod baru yang akan menyinar pada platform baru kami. Walau apapun, kami berharap untuk melakukan banyak eksperimen buat anda dalam bulan akan datang untuk memberikan anda pengalaman Wild Rift yang segar dan menyeronokkan.
Selamat untuk kami boleh katakan kandungan yang anda lihat dalam League of Legends PC akan dibawa ke Wild Rift, tetapi bukan dalam bentuk yang sama. Kami akan membuat perubahan bagi memastikan mod terbaru ini berasa hebat di peranti mobile dan kami mahu mengetengahkan perubahan ini dengan cepat. Daripada menyempurnakannya, kami mahu anda beritahu kami apa yang berjalan dengan lancar, apa yang anda sukai, dan apa yang berbaloi dengan masa anda. Dan itulah yang akan kami terus menambahbaik. Maknanya sesetengah mod mungkin sudah selesai, manakala yang lain akan diperbaiki dengan lebih kerap. Itu semua terpulang kepada anda! Kami sangat teruja untuk mendengar maklum balas dan pendapat anda terutamanya tentang apa yang akan datang: All Random All Mid.
Ya betul—ARAM akan datang ke Wild Rift! Kini, anda boleh mencapai impian anda dan bertempur di mid bersama rakan dalam pengalaman League of Legends klasik dalam peta Howling Abyss baru kami. Kami berusaha keras untuk menjadikan ARAM satu pengalaman yang unik bagi League sambil memastikan beberapa tweak sesuai dengan Wild Rift.
Sekarang, berpegang pada apa yang saya katakan sebelum ini, pelancaran awal ini adalah satu ujian agar kami boleh mendapatkan maklum balas daripada anda tentang mod ini. Bermula 5 April, kami akan menjalankan pengujian mod permainan selama 3 hari bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Jika semuanya berjalan dengan baik, ARAM akan boleh dimainkan selama sebulan, bermula 15 April sehingga 19 Mei. Walaupun kami sangat teruja untuk menyampaikan ARAM kepada para pemain dalam peringkat awal ini, tidak semua ciri akan disokong penuh. Rune, item, loadout dan beberapa perkara lain masih belum dimuktamadkan untuk Wild Rift. Kami juga akan mengembangkan roster percuma untuk digunakan dalam ujian ini agar kami boleh mendapatkan sebanyak mana data balance yang boleh.
Dengan itu, pengalaman ARAM, bersama re-roll, Mark/Dash dan banyak lagi akan disediakan untuk keseronokan anda. Kami mahu membina ARAM versi yang terbaik, jadi maklum balas daripada anda amatlah penting buat kami. Bergantung pada hasil ujian, anda mungkin akan lihat ARAM kembali untuk pelancaran sementara ataupun dapat melihat lebih banyak perubahan untuk mod ini. Dan sudah tentu, kami akan memaklumkan anda tentang rancangan kami di masa hadapan.
Itu saja buat masa ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan kita akan berjumpa lagi di Howling Abyss!