Wild Rift Patch Note 7.3e
Rentaknya terus bergema! Musim Soundwave sudah sampai ke takat pertengahan, dan kami akan teruskan rentak dengan barisan Ubahsuaian baharu untuk AAA ARAM! Daripada attack berinspirasikan K/DA dan buff Star Guardian hinggalah ke summon hebat serta pertukaran champion yang tidak dijangka, terdapat pelbagai cara baharu untuk menggolak perlawanan anda. Mari teruskan!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
AAA ARAM
Musim Soundwave sudah sampai ke takat pertengahan dan rentak ia masih rancak! Terima kasih kerana menyertai perjalanan ini bersama-sama kami dan berkongsi pengalaman anda dengan kami. Kali ini, kami meningkatkan kelantangan dengan barisan Ubahsuaian baharu, masing-masing membawa rentak unik tersendiri ke medan pertempuran.
Pertama sekali, siri K/DA memperkenalkan cara baharu untuk attack musuh secara automatik semasa pertempuran, manakala siri Star Guardian menekankan kerjasama, menawarkan buff seluruh pasukan dan letusan kuasa yang hebat untuk membantu anda dan sekutu anda menyerlah. Lebih suka biarkan summon anda lakukan kerja berat? Siri Minion memberikan peningkatan ketara kepada unit yang anda summon. Ini satu kombo menarik: prisma dari siri K/DA juga dikira sebagai summon, jadi ia juga boleh mendapat manfaat daripada buff ini!
Kami juga memperkenalkan Mimicking Sands, Arcane Shadow dan All in Good Fun. Serupa dengan Banana & Microwave, Ubahsuaian ini mengubah suasana dengan mekanik unik, termasuk menukar champion dan meniru ability mereka. Cuba gabungkan dalam pelbagai kombinasi dan lihat kejutan yang boleh anda lakukan! Dengan begitu banyak interaksi baharu di medan pertempuran, kami akan memantau dengan teliti prestasi Ubahsuaian ini. Jika anda menghadapi sebarang masalah, pastikan untuk memaklumkan kami supaya kami boleh menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut. Sudah tentulah, teruslah memberikan maklum balas anda! Kami tidak sabar untuk melihat kombinasi kreatif yang akan anda temukan. Jumpa nanti di Rift!
Ubahsuaian Baharu
- Siri K/DA
- Siri Star Guardian
- Siri Minion
- Mimicking Sands
- Arcane Shadow
- All in Good Fun