Wild Rift Patch Note 7.3a

Perubahan balance telah tiba dengan pelarasan champion dan item, penalaan jungle dan Turret Plating serta kemas kini untuk AAA ARAM.

Pentas sudah siap, tetapi kami akan membuat beberapa pelarasan pada barisan watak. Pada patch ini, kami akan menala beberapa marksman kami, mengembalikan karya agung Hwei ke dalam kawalan, serta membuat pelarasan merentas item, jungle dan Turret Plating. Kami juga akan membuat beberapa perubahan susulan pada AAA ARAM berdasarkan maklum balas anda. Mari mulakan!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


PERUBAHAN CHAMPION

HWEI

Prestasi Hwei semakin meningkat apabila pemain semakin mahir dengan kitnya, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan. Kami mengurangkan damage keseluruhannya untuk memastikan kekuatannya yang semakin meningkat tetap terkawal.

Signature of the Visionary

  • Damage: 33 - 333 (Berdasarkan level) + 33% Ability Power → 40-285 (Berdasarkan level) + 30% Ability Power

Subject: Disaster - Devastating Fire

  • Damage: 50/90/130/170 + 75% Ability Power + 4%/5%/6%/7% Nyawa Maksimum → 50/85/120/155 + 70% Ability Power + 4%/5%/6%/7% Nyawa Maksimum

Subject: Disaster - Severing Bolt

  • Kadar Damage berdasarkan Nyawa yang hilang: 150%/200%/250%/300% → 100%/150%/200%/250%

Spiraling Despair

  • Damage Letupan: 250/350/450 + 75% Ability Power → 200/300/400 + 70% Ability Power

SAMIRA

Prestasi Samira berada di bawah jangkaan di semua peringkat kemahiran, dengan kedua-dua burst damage dan kemandiriannya tidak memuaskan. Kami meningkatkan damage dan ketahanan untuk membantunya memberi impak yang lebih besar apabila dia terjun ke dalam pertarungan.

Statistik Asas

  • Nyawa setiap level: 128 → 136
  • Armor setiap level:5 → 5.5
  • Magic Resistance setiap level:1.4 → 2
     

Daredevil Impulse

  • Kadar Attack Damage minimum untuk damage melee: 3.5% - 10.5% (Berdasarkan level) → 5.8% - 17% (Berdasarkan level) 
  • Kadar Attack Damage maksimum untuk damage melee: 7% - 21% (Berdasarkan level) → 11.6% - 34% (Berdasarkan level) 
     

Flair

  • Kadar Attack Damage: 110% → 125%

Inferno Trigger

  • Kadar Attack Damage bagi setiap tembakan: 40% → 50%

RAMMUS

Rammus sedang clear jungle dengan terlalu cepat di bawah sistem jungle baharu. Kami mengurangkan Armor awalnya untuk memperlahankan kelajuan clear dan kuasa tempur awalnya, sambil mengekalkan keupayaan teamfight pada akhir permainan.

Statistik Asas

  • Armor:45 → 40

Defensive Ball Curl

  • Kadar Armor: 45%/50%/55%/60% → 30%/40%/50%/60%

MALPHITE

Malphite telah menjadi terlalu kuat di berbilang posisi. Kami mengurangkan damage dan keupayaan mengatur pertempurannya agar lebih selari dengan peranan dia sebagai tank.

Thunderclap

  • Kadar Damage Armor: 20% → 15%

Ground Slam

  • Kadar Damage Armor: 45% → 40%

Unstoppable Force

  • Cooldown: 75/70/65s → 85/80/75s

TRISTANA

Tristana telah ketinggalan berbanding dengan marksman crit yang lain. Kami meningkatkan burst dan damage berterusannya agar dia kekal setanding.

Rapid Fire

  • Attack Speed: 50/75/100/125% → 60/80/100/120%

Rocket Jump

  • Cooldown: 22/20/18/16s → 20/18/16/14s

Explosive Charge

  • Damage Letupan: (80/100/120/140 + 100% Attack Damage Bonus + 50% Ability Power) × (1 + Critical Rate × 40% + (Crit Damage - 2) × 40% × Critical Rate)→ (80/110/140/170 + 120% Attack Damage Bonus + 50% Ability Power) × (1 + Critical Rate × 50% + (Crit Damage - 2) × 50% × Critical Rate)

DRAVEN

Prestasi Draven agak rendah, dengan burst damagenya tidak setanding dengan marksman lain. Kami memulihkan sebahagian daripada damagenya untuk memastikan kapaknya menyerang dengan lebih padu.

Spinning Axe

  • Kadar Attack Damage bonus: 80/90/100/110% → 90/100/110/120%

Blood Rush

  • Attack Speed: 20/25/30/35% → 25/30/35/40%

Whirling Death

  • Kadar Attack Damage bonus: 130% → 150%

CAITLYN

Prestasi Caitlyn terlalu baik tanpa perlu melabur dalam Attack Speed. Kami mengurangkan damage berterusannya dan merendahkan sedikit burst damagenya agar dia kembali ke tahap sepatutnya.

Statistik asas

  • Attack Speed setiap level: 0.04 → 0.025

Headshot

  • 60% - 100% (Berdasarkan level) → 60% - 90% (Berdasarkan level) 

SENNA

Senna telah menunjukkan prestasi luar biasa di semua peringkat kemahiran sejak kami membuang had Attack Speed padanya. Kami melaraskan kadar Attack Speed padanya untuk mengawal betapa berkesan dia berskala dengan Attack Speed.

Statistik Asas

  • Kadar Attack Speed: 0.4 → 0.3
  • Attack Speed asas: 0.4 → 0.3
  • Attack Speed Bonus asas: 0.6 → 1.1
  • Attack Speed setiap level: 0.05 → 0.025
  • Kini Attack Speed bonus memberikan kurang manfaat dalam mengurangkan animasi gunaan attack asasnya. 

SYNDRA

Syndra telah berskala dengan terlalu cepat selepas buff damage terbarunya. Kami mengurangkan sebahagian daripada penskalaan dan damagenya untuk memastikan kuasanya tetap seimbang.

Transcendent

  • Ambang naik taraf: 40/60/80/100/120 → 50/75/100/125/150 

Force of Will

  •  Kadar Ability Power: 60% → 50%
  • Slow: 20%/25%/30%/35% → 25%

SWAIN

Swain sedang bergelut dalam persekitaran masa ini yang penuh dengan burst damage. Kami meningkatkan pemulihan dan damagenya agar dia dapat bertempur dengan lebih lama.

Ravenous Flock

  • Nyawa Dipulihkan: 3% - 4.5% (Berdasarkan level) + 0.5% Ability Power -> 4.5% - 6% + 0.2% Ability Power

Nevermove

  • Kadar Ability Power damage berulang: 25% → 40% 

YUUMI

Manfaat yang Yuumi peroleh daripada perubahan item support baru-baru ini melebihi jangkaan kerana pengorbanan Nyawa hampir tidak memberi kesan kepadanya. Kami mengurangkan sebahagian daripada kemampanannya sebagai pampasan.

You and Me!

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 8%/9%/10%/11% + 0.02% Ability Power → 6%/7%/8%/9% + 0.01% Ability Power

VIEGO

Viego tidak mendapat manfaat sebanyak champion lain daripada perubahan sistem crit dan akibatnya dia telah mula ketinggalan. Kami meningkatkan penskalaan critnya agar dia setanding dengan champion yang lain.

Blade of the Ruined King

  • Damage Pasif: 2%/3%/4%/5% → 3%/4%/5%/6%
  • Kadar Crit Damage: 80% → 85%

Heartbreaker

  • Kadar statistik crit: 50%→ 70% 

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Yun Tal Wildarrows

Yun Tal Wildarrows semakin ketinggalan berbanding dengan pilihan item pertama yang lain. Kami meningkatkan statistik asas dan memperkuat kesan item ini agar ia menjadi pilihan awal yang lebih kompetitif.

Statistik Asas: 

  • Attack Speed: 25% → 35%

Flurry:

  • Attack Speed: 25% → 35%
  • Cooldown: 20s → 25s

Whispering Circlet

Kami melaraskan Whispering Circlet agar sepadan dengan perubahan pada Diadem of Songs.

Harmony: 

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 0.5% → 0.25%

Diadem of Songs 

Prestasi Diadem of Songs telah melebihi pilihan item support yang lain. Kami mengurangkan kuasa keseluruhan item ini agar ia menjadi pilihan mengikut situasi, bukannya pilihan utama untuk kebanyakan support.

Harmony: 

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 0.5% → 0.25%

Death's Dance

Death's Dance memberikan terlalu banyak nilai berbanding dengan harga. Kami akan menaikkan harga item ini dan bukannya mengurangkan kuasa ia sebagai item fighter yang teras.

Statistik Asas: 

  • Harga: 3200 → 3300

Kandungan Medan Pertempuran Lain

Smite

Smite memberikan kelajuan clear jungle yang terlalu tinggi, terutamanya pada awal dan pertengahan permainan. Kami mengurangkan damage burn asas ability ini sambil mengekalkan penskalaan apabila jungler melengkapkan item mereka.

  • Damage Smite pada monster Jungle setiap saat: 30 - 198 (Berdasarkan level) → 22 - 162 (berdasarkan level) 

Nexus

Sistem Turret Plating baharu sudah cukup untuk mengehadkan push berterusan, jadi kami akan menarik balik peningkatan Nyawa Nexus.

  •  Nyawa Maksimum: 5500→4000

Turret Plating

Turret Plating memberikan terlalu banyak rintangan terhadap push berterusan. Kami mengurangkan ketahanan yang diberikan selepas satu plating runtuh untuk lebih menghargai push yang berjaya.

  • Armor dan Magic Resistance yang diperoleh selepas satu plating runtuh: 30→20
  • Tempoh Armor dan Magic Resistance selepas satu plating runtuh: 20s→10s

PERUBAHAN MOD PERMAINAN

AAA ARAM

Sejak pelancaran AAA ARAM, kami telah menerima banyak maklum balas terperinci tentang pengalaman anda dengan mod ini. Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi isu yang anda hadapi dan pendapat anda dengan kami. Dengan hotfix ini, kami menangani beberapa perkara yang telah menjejaskan pengalaman permainan, dan kami akan terus memantau prestasi perubahan ini.

Pertama sekali ialah set HEARTSTEEL. Rhythm Hunter telah menunjukkan prestasi yang berbeza bergantung pada sama ada ia berhadapan dengan komposisi pasukan melee atau ranged, jadi kami sedang melaraskan jarak cetusan dan pengganda Steel Token sambil turut menjadikan maklum balas visual ubahsuaian ini lebih jelas. Apabila Encore Infinite diambil sebagai Ubahsuaian kelima anda selepas anda sudah memilih kad HEARTSTEEL lain dalam empat slot pertama, ia masih meningkatkan pengganda pendapatan Steel Token anda, tetapi sebarang reroll yang tinggal tidak lagi boleh digunakan. Itu tidak berasa hebat, jadi kami akan menambah bilangan stack yang sepadan sebagai pampasan. Jika anda berjaya mendapatkan Kad Rune keenam, anda masih boleh menggunakan reroll tambahan itu.

Ethereal Weapon yang dikemas kini telah membuka pelbagai binaan menarik, dan kami gembira melihat pemain bereksperimen dengan ubahsuaian tersebut. Namun, kami juga perlu mengambil kira pengalaman bermain menentangnya, jadi kami menambah cooldown 1 saat bagi setiap ability individu terhadap sasaran yang sama. Blitzcrank masih boleh merenjat musuh secara berterusan buat masa ini; kami akan terus memantau betapa berkesannya penyesuaian ini dalam permainan.

Kami juga telah bertindak sedikit keterlaluan dengan beberapa nerf Ubahsuaian sebelum ini. Kami menarik balik sebahagian daripada nerf tersebut dengan hotfix ini, namun kuasa keseluruhan masih akan kekal lebih rendah berbanding sebelum ini.

Meta keseluruhan masih memerlukan sedikit masa untuk stabil, jadi kami akan memastikan pelarasan champion kali ini agak ringan. Kami akan terus memantau prestasi perubahan ini dan mendengar maklum balas anda dengan teliti. Terima kasih kerana terus berkongsi pendapat anda dengan kami, dan kami harap anda berseronok!

Pelarasan Ubahsuaian

Rhythm Hunter
  • Jarak cetusan: 7 → 11
  • Pengganda Steelbuff bagi setiap stack: 12 → 8
  • Kesan visual Rhythm Hunter telah dipertingkatkan. 
Neverending Encore
  • Apabila memperoleh Ubahsuaian ini pada pusingan kelima atau selepasnya, anda serta-merta menerima jumlah stack yang sepatutnya diberikan apabila menggunakan 6 reroll (180 stack). 
Galestrike
Kami menarik balik sedikit beberapa nerf sebelum ini, namun kesan-kesan ini masih akan lebih lemah secara keseluruhan berbanding dengan patch sebelum ini.
  • Jarak Attack: 8 → 9
Cycle of Life
Kami menarik balik sedikit beberapa nerf sebelum ini, namun kesan-kesan ini masih akan lebih lemah secara keseluruhan berbanding dengan patch sebelum ini.
  • Kadar Shield diperoleh: 150% → 200%
Ethereal Weapon
  • Kini setiap ability individu mempunyai cooldown 1s bagi setiap sasaran. 
Duet
  • Cooldown bagi setiap sasaran: 5s → 2s
Metal Crown
  • Statistik yang diperoleh selepas menggunakan ultimate anda: 35 Attack Damage, 70 Ability Power, 50 Armor, 50 Magic Resistance → 30 Attack Damage, 60 Ability Power, 40 Armor, 40 Magic Resistance. 
Hextech Shrapnel
  • Amplifikasi damage untuk jenis damage yang lain: 20% → 30%. 
Darkin Beacon
  • Penjejakan damage: Damage pascamitigasi → Damage pramitigasi. 
Stack One Up
  • Peningkatan damage bagi setiap stack: 8 → 12. 
  • Kini cooldown untuk damage bonus dipengaruhi oleh Ability Haste; mendapatkan stack itu sendiri tiada cooldown. 
Accelerating Sorcery
  • Stack Maksimum: 100 stack → 66 stack
Pinnacle of Perfection
  • Had Critical Rate: 50% → 44.44%
  • Kadar penukaran untuk Critical Rate melebihi had: 150% → 444%
  • Had Penukaran Maksimum: 305% → 400%
  • Selepas perubahan ini, anda boleh mencapai had Crit Damage tanpa Infinity Edge. 

Pelarasan Champion

Fiddlestick
  • Damage Diterima: 90% → 85%
Nasus
  • Damage Diterima: 100% → 90%