Wild Rift Patch Note 7.2g

Padang pasir sedang berubah... Skarner telah tiba di Rift!

Padang pasir sedang berubah... Skarner telah tiba di Rift!

Patch ini membawakan rework Crystal Vanguard ke Wild Rift, bersama beberapa perubahan balance yang bertujuan membantu champion dan item yang kurang berprestasi untuk kembali bersaing. Mari terokai dengan mendalam!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

SKARNER, THE PRIMORDIAL SOVEREIGN 

Brackern purba gergasi yang dikenali sebagai Skarner ini dihormati di Ixtal sebagai salah satu ahli pengasas Yun Tal, kasta pemerintah negara itu. Mengabdikan diri untuk memastikan Ixtal selamat dari seluruh dunia, Skarner menetap dalam sebuah kamar di bawah Ixaocan, tempat yang membolehkannya mendengar getaran bumi dan mengesan ancaman yang berpotensi. Ketika lebih ramai ahli Yun Tal mula mempersoalkan pengasingan kendiri Ixtal, Skarner menjadi semakin paranoid dan akan melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan Ixtal dan rakyat negara itu selamat—tanpa mengira akibatnya.

Skarner akan dikeluarkan pada 12 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.


PERUBAHAN CHAMPION

AURORA

Ability pertama Aurora mengenakan lebih banyak burst damage daripada yang diniatkan, terutamanya apabila digabungkan dengan penskalaan item dan rune. Kami mengurangkan damage asas dan kadar AP ability tersebut untuk mengembalikan tekanan poke dan killnya ke tahap yang sepatutnya.

Twofold Hex

  • Damage penggunaan pertama: 40/70/100/130 + 32% Ability Power → 35/65/95/125 + 30% Ability Power 
  • Damage penggunaan semula: 40/70/100/130 + 32% Ability Power → 35/65/95/125 + 30% Ability Power  

ZOE

Zoe agak ketinggalan, terutamanya pada awal dan pertengahan permainan. Kami meningkatkan ganjaran bagi setiap ability yang berjaya terkena untuk meningkatkan keberkesanannya secara keseluruhan.

Paddle Star!

  • Damage Asas: 30/65/100/135 → 45/80/115/150 

Sleepy Trouble Bubble

  • Damage AP Asas: 30/80/130/180 → 40/90/140/190
  • True Damage Asas: 30/80/130/180 → 40/90/140/190

DIANA

Diana kini kurang menonjol dalam meta jungle, jadi kami meningkatkan kelajuan clear untuk membantunya beralih ke peta dan memberikan impak kepada permainan dengan lebih awal.

Moonsilver Blade

  • Kadar damage pada Monster Jungle: 75% → 100%

HEIMERDINGER

Heimerdinger kurang berprestasi sejak kebelakangan ini. Kami memberikan peningkatan kepada turret untuk mengukuhkan gaya permainan unik yang berfokus kepada summon dan memberikan ganjaran kepada anda kerana merancang serta bertempur di sekitar ciptaannya.

H-28G Evolution Turret

  • Armor Turret: 10 ~ 80 (Berdasarkan Level) → 20 ~ 90 (Berdasarkan Level)
  • Kadar Ability Power Nyawa Turret: 3% ~ 45% (Berdasarkan Level) → 8% ~ 50%  (Berdasarkan Level) 
  • Kadar Ability Power pancaran laser turret: 45%→ 55% 
  • Damage bonus yang diterima oleh turret daripada champion melee: 50% → 40%

UPGRADE!!!

  • Damage bonus yang diterima oleh H-28Q Apex Turret daripada champion melee: 50% → 40%

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Infinity Edge

Marksman berasaskan Crit kurang berprestasi dan Infinity Edge menjadi lebih lemah daripada yang diniatkan. Kami memberikan peningkatan kepada item ini untuk membantu carry crit berskala dengan lebih berkesan ke pertengahan dan akhir permainan.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 60 → 65

Black Cleaver

Black Cleaver telah ketinggalan berbanding pilihan item fighter yang lain. Kami mempertingkatkan lagi keupayaan menembusi armor item ini supaya ia menjadi pilihan yang lebih menarik untuk champion yang boleh memanfaatkan ini sepenuhnya.

Sunder

  • Stack maksmimum untuk pengurangan Armor: 4 → 5 (Kadar pengurangan armor maksimum: 24% → 30%)

Chase

  • Stack Sunder untuk mencetuskan Movement Speed Bonus: 4 → 5

RUNE

Demolish

Demolish telah memberikan terlalu banyak tekanan kepada turret, sering membolehkan tank dan juggernaut mendapatkan gold plate yang berlebihan hanya dengan satu pengaktifan. Kami mengurangkan jumlah damage item ini sambil memendekkan masa cooldown, mengalihkan kuasa daripada potensi serangan burst kepada penggunaan yang lebih konsisten semasa push berpanjangan.

  • Damage: 200 + 30% Nyawa Maksimum → 100 + 22% Nyawa Maksimum 
  • Cooldown: 35s → 30s

SPELL 

Chilling Smite

Kami terus mengurangkan damage daripada sumber bukan champion dan memberikan lebih penekanan kepada kemahiran pemain. Kini Chilling Smite akan lebih menumpukan pada utiliti slow musuh dan kurang pada burst damage.

  • True damage pada champion: 38 – 183.6 (berdasarkan level) → 40 pada semua level. 

SISTEM 

Red Brambleback

Kami mengurangkan damage daripada sistem di luar champion, item dan rune untuk memberikan lebih penekanan kepada kemahiran pemain. Sebagai sebahagian daripada usaha itu, kami mengurangkan damage Scorching Crown terhadap champion sambil mengekalkan keberkesanan clear jungle sebaik mungkin.

Crest of Cinders

  • Damage burn setiap saat pada champion: 6 – 34 (berdasarkan level) → 5 – 15 (berdasarkan level, berskala mulai level 6) 
  • Damage burn setiap saat pada bukan champion: 3–17 (berdasarkan level) → 5–15 (berdasarkan level, berskala mulai level 6)

BUG FIX

  • Membaiki bug yang penerangan untuk item Navori Quickblades adalah tidak tepat.
  • Membaiki bug yang item Hullbreaker terus memberikan buff kepada minion berdekatan selepas pemilik item itu mati.

PERUBAHAN MOD PERMAINAN 

AAA ARAM

Ubahsuaian baharu, termasuk ubahsuaian Anvil Specialist, ubahsuaian Hit Combo dan banyak lagi akan ditambah! Senarai penuh termasuk: 

  • Anvil Specialist
  • Armorsteal Blade
  • One Inch Long
  • Bloodblade
  • Supremacy
  • Ace in the Hole
  • Nashor
  • Heart of Gold
  • Divine Shield
  • With Haste
  • Health Buster
  • Enhanced Health Buster
  • Salt in Wound
  • Enhanced Salt in Wound 

Selepas kemas kini ini, kami akan melancarkan easter egg masa terhad juga! Seperti Ruang Storan, Starting Line dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Arkib Ubahsuaian dalam permainan.


SKIN

Mecha Aatrox Edisi Exquisite

Akan dikeluarkan pada 5 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Plant Protector Sion

Akan dikeluarkan pada 12 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Ashen Avenger Samira

Akan dikeluarkan pada 12 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8