/dev: Menaik Taraf Ganjaran Ranked
Hai semua! Ed di sini. Jom berbual tentang kemas kini ganjaran Ranked kami yang akan dilancarkan dalam Patch 2.6.
MENGEMAS KINI GANJARAN RANKED
Pertama sekali, matlamat kami untuk kemas kini kali ini adalah seperti berikut:
- Menjadikan Ranked lebih berbaloi sepanjang musim, bukannya memberikan semua ganjaran pada penghujungnya
- Memperkenalkan semula "pemutus rentak" semasa pendakian, dan dari semasa ke semasa beberapa permainan anda yang seterusnya akan mempunyai ganjaran yang lebih besar
- Memenuhi janji kepada pemain di rantau yang terlepas peluang untuk mendapatkan skin kerana jadual Open Beta bergilir kami
- Memberikan pemain beberapa ganjaran jangka lebih panjang bagi legasi musim ke musim mereka
- Secara keseluruhannya, memberikan... lebih banyak ganjaran kerana bermain dan berjaya dalam mod permainan paling popular Wild Rift
APA YANG BAHARU?
Terdapat beberapa ciri utama yang akan tiba di Ranked dalam Patch 2.6:
TREK GANJARAN MUSIM
Dengan laluan kemajuan baharu, yang sama seperti Wild Pass, anda akan mendapat Mata Musim untuk permainan Ranked yang anda mainkan. Sistem Ganjaran Musim juga akan menjejaki prestasi individu anda dalam permainan dan memberikan anda lebih banyak mata—dan kemajuan—apabila anda bermain dengan lebih baik.
Kami mahu perasaan bermain Wild Rift seperti salah satu pengalaman yang paling berbaloi dalam permainan, dan apabila memerhatikan keseluruhan perjalanan bermain Wild Rift, kami melihat peluang untuk memberikan irama ganjaran "perlawanan ke perlawanan" yang lebih baik dalam satu musim. Secara asasnya, anda memperoleh kemajuan dengan memenangi permainan, memainkan posisi yang ditetapkan dan mempamerkan tingkah laku yang baik dalam setiap permainan. Pemain juga akan maju dengan naik rank serta mengambil bahagian dalam Siri Ganjaran Hujung Minggu—butiran lanjut tentang perkara ini di bawah.
Perlu diingat bahawa pemain dengan rank lebih tinggi mendapat bonus yang lebih besar untuk kemajuan mereka; secara idealnya kami mahu pemain yang menumpukan pada pencapaian rank setinggi mungkin diberikan lebih banyak ganjaran dengan sistem ini (dan menghalang pemain mahir daripada berada di rank yang lebih rendah hanya untuk farm ganjaran)
MENDAPATKAN GANJARAN
Jadi... apakah yang anda dapat sebenarnya? Pertamanya, kami telah memindahkan skin Glorious setiap musim ke trek ini. Kami membuat keputusan untuk melakukan perkara ini kerana kami tahu bahawa skin Ranked ialah ganjaran yang paling menarik dan bahagian kegemaran beberapa pemain dalam pendakian. Walau bagaimanapun; ramai pemain pada masa ini memperoleh skin Glorious dalam minggu pertama pendakian mereka jika mereka bermula dalam Gold atau ke atas, dan kami hanya mahu memastikan bahawa usaha mendapatkan ganjaran ini masih ada maknanya dan perlu diusahakan untuk setiap musim!
Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak sepatutnya membosankan, dan kami ingin menghormati masa anda sambil memberi anda ganjaran yang bermakna untuk disasarkan. Jika dibuat dengan betul, skin Glorious akhirnya patut melambangkan bahawa anda telah melaburkan masa dalam Ranked semasa musim tersebut
Bagi anda yang mencecah Gold atau ke atas dalam satu musim, kami masih mahu meraikan kejayaan ini! Pemain Gold+ akan diraikan dengan lapisan skin untuk splash skrin pemuatan skin Glorious. Kami juga akan menambahkan bingkai skin ini kepada pencapai Gold pada musim sebelumnya dalam kemas kini kemudian.
Selain daripada skin Glorious, trek ini juga termasuk beberapa ganjaran menarik seperti emote, bingkai profil dan banyak lagi. Semasa anda bermain, anda juga akan memperoleh mata wang baharu, Syiling Ranked, yang boleh anda belanjakan di Kedai Ranked!
KEDAI RANKED
Anda akan melihat Kedai Ranked dalam permainan bermula daripada Patch 2.6, yang menampilkan barangan baharu yang boleh anda beli menggunakan Syiling Ranked.
Matlamat kami dengan Kedai Ranked adalah untuk melengkapkan kemajuan “perlawanan demi perlawanan” bagi trek Ganjaran Musim. Kedai Ranked wujud untuk menyediakan matlamat ganjaran jangka lebih panjang yang boleh anda usahakan dari musim ke musim, sambil anda membina legasi anda dalam permainan.
Kami juga ingin menyediakan skin Glorious terdahulu kepada pemain yang mungkin terlepasnya semasa pelancaran Open Beta secara berperingkat. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa skin Glorious dari musim sebelumnya akan tersedia untuk dibeli menggunakan Syiling Ranked.
Kami telah lama berbincang tentang cara menyampaikan skin ini, dan kami berpendapat cara yang paling adil adalah dengan:
- Menangguhkan masa mana-mana keluaran skin Glorious terdahulu supaya pemain yang telah memperolehnya pada musim sebelumnya mempunyai masa untuk meraikan pencapaian mereka
- Memerlukan sedikit usaha dalam permainan Ranked—kami mahu memastikan skin terikat dengan bermain Rank (berbanding menyediakannya untuk dibeli untuk Wild Cores, sebagai contoh).
Apabila anda telah mendapat beberapa Syiling Ranked, Kedai Ranked mengandungi banyak barangan baharu yang kami harap anda akan suka, seperti emote baharu untuk mempamerkan rank anda, kesan recall, gaya skin untuk skin Glorious dan banyak lagi.
Dalam Musim 4, pemain akan diberi peluang untuk membeli Glorious Tryndamere dari Musim 1, dan dalam Musim 5, kami akan menambahkan Glorious Jinx
SIRI GANJARAN HUJUNG MINGGU
Untuk memberikan anda rangsangan tambahan dalam perjalanan bermusim anda, kami akan menambahkan Siri Ganjaran Hujung Minggu. Setiap hujung minggu, anda akan memasuki tempoh masa terhad untuk memperoleh kemajuan bonus pada trek Ganjaran Musim—jika anda memenangi permainan anda. Siri ini akan tamat selepas anda memenangi tiga perlawanan, atau selepas 48 jam, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Matlamat utama kami dengan ciri ini adalah untuk menggantikan perasaan perubahan rentak yang anda alami apabila anda memasuki siri promosi. Kami berpendapat bahawa “pemutus rentak” ini bagus untuk memastikan pendakian kekal mengujakan, tetapi kami ingin merealisasikannya tanpa perasaan buruk yang mungkin dialami akibat terlepas kenaikan rank
GLHF!
Semua yang anda lihat di sini adalah tambahan kepada sistem Ranked semasa, jadi kami harap anda seronok mendapat lebih banyak ganjaran hanya dengan bermain! Terdapat lebih banyak butiran kecil yang kami harap anda suka temui, dan yang paling penting kami berharap perubahan ini menjadikan permainan Ranked lebih berbaloi dan menarik untuk anda! Pastikan anda memberitahu kami pendapat anda apabila Ganjaran Musim dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.