/dev Pratonton Item Patch 2.4

Bersama patch 2.4 tiba sistem item yang dikemas kini untuk memberikan lebih banyak variasi antara build item di dragon lane.

Hei lagi! Mike "RogueFool" Breese di sini untuk bersembang tentang kemas kini sistem item Patch 2.4 yang akan datang. Dalam siaran terakhir kami, kami ada menyatakan bahawa kami akan kembali dengan kemas kini kritikal untuk barisan item semasa. Saya di sini untuk menunaikan janji itu dan memberikan anda sekilas pandang beberapa perubahan yang akan datang ke Wild Rift!

Sebelum kami teruskan dengan lebih lanjut, saya mahu berkongsi beberapa matlamat am yang membimbing kami dalam membuat perubahan tersebut:

  • Tingkatkan pilihan item untuk Marksman dan champion dengan build crit.
  • Isi jurang item untuk kelas lain.

    SISTEM ITEM ADALAH KRITIKAL

    Kepelbagaian item adalah penting untuk membolehkan pemain menyesuaikan gaya permainan mereka serta mengabulkan fantasi champion mereka. Untuk memastikan kami dapat menunaikan janji ini, kami menyediakan pengemar crit item yang diperlukan agar dapat mempelbagaikan pilihan mereka.

    Bloodthirster.jpg

    Bloodthirster

    • Jumlah Kos: 3400g → 3200g
      • Dibina daripada Cloak of Agility (1000g) + Vampiric Scepter (1200g) + 1000g
    • [BARU] 25% Critical Rate
    • 65 AD → 40 AD

    Item ini tidak begitu digemari ramai. Fighter tidak dapat memanfaatkan shieldnya sebaik mungkin, sementara Marksman tidak mahu ketinggalan untuk menambahkan crit. Kami telah mengubah statistiknya, dengan menambahkan Critical Rate agar lebih menarik bagi pemain yang menitikberatkan crit.

    Essence_Reaver.jpg

    Essence Reaver

    • Jumlah Kos: 3100g
      • Dibina daripada Caulfield's Warhammer (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 900g
    • 40 AD
    • 25% Critical Rate
    • 25 Ability Haste
    • UNIK – Essence Flare: Ability aktif yang mengenakan damage dan serangan dipertingkat mengenakan 10 physical damage bonus +70% Critical Rate. Ability yang sama hanya boleh aktifkan kesan ini sekali untuk setiap sasaran unik setiap kali digunakan.
    • UNIK – Mana Siphon: Serangan memulihkan 2% mana yang kehilangan setiap kali terkena

    Jika anda ialah Marksman yang banyak menggunakan mana, cuba lihat Essence Reaver. Item ini menambahkan damage ability dan mempertingkatkan serangan berdasarkan Critical Rate anda sambil memulihkan mana yang hilang dengan setiap serangan.

    Solari_Chargeblade.jpg

    Solari Chargeblade

    • Jumlah Kos: 3000g
      • Dibina daripada Stinger (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 800g
    • 30% Attack Speed
    • 25% Critical Rate
    • 25 Ability Haste
    • UNIK – Sunburst: Menggunakan ability akan mengumpulkan Radiance (maksimum 3 cas) yang memberi 25% Critical Rate sehingga 10 saat. Serangan yang memberi critical strike akan menggunakan satu cas Radiance untuk mengenakan 26-40 True Damage bonus on-hit, meningkat sehingga 150% terhadap sasaran nyawa rendah. Setiap ability unik hanya dapat mengumpulkan cas sekali setiap 2s.
      • True Damage Maksimum: 65-100 apabila Nyawa sasaran <= 35%

      Solari Chargeblade ialah item baharu untuk mereka yang mencari lonjakan kuasa awal ataupun hanya untuk membuka pilihan build anda dengan mendapatkan 50% Crit Rate sementara daripada satu item! Menggunakan ability akan mengumpulkan Radiance (maksimum 3 cas). Apabila anda ada sekurang-kurangnya 1 cas Radiance, anda akan mendapat 25% Critical Rate. Mengenakan Critical Attack akan menggunakan satu cas untuk mengenakan true damage bonus.

      Stormrazor.jpg

      Stormrazor

      • Jumlah Kos: 2900g
        • Dibina daripada Cloak of Agility (1000g) + Kircheis Shard (900g) + 1000g
      • 25 AD
      • 20% Attack Speed
      • 25% Critical Rate
      • PASIF - Energized: Bergerak dan menyerang akan menjanakan satu Energized Attack.
      • PASIF - Paralyze: Energized Attack anda mendapat 120 magic damage bonus. Sebagai tambahan, Energized Attack akan slow musuh sebanyak 75% selama 0.5 saat.

        Jika anda mahu menaikkan taraf permainan Energized dengan efek slow, gunalah Stormrazor! Memberi anda beberapa statistik yang bagus untuk Marksman yang ingin menyerang dengan kuat dan pantas, sambil melambatkan lawan mereka

        Navori_Quickblades.jpg

        Navori Quickblades

        • Jumlah Kos: 3100g
          • Dibina daripada Caulfield's Warhammer (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 900g
        • 45 AD
        • 25% Critical Rate
        • 15 Ability Haste
        • PASIF - Deft Strikes: Critical strike dengan basic attack anda mengurangkan cooldown ability bukan ultimate sebanyak 15% baki cooldown.

          Walau bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan ability dengan kerap, cuba gunakan Navori Quickblades. Setiap kali anda kenakan Critical Attack, anda akan kurangkan cooldown semasa ability-ability bukan ultimate anda!

          ORANG LAIN PULA BAGAIMANA?

          Walaupun tumpuan kami untuk kemas kini ini ialah champion dengan build crit, kami tidak mahu meninggalkan yang lain tanpa item mereka sendiri.

          Crystalline_Reflector.jpg

          Crystalline Reflector

          • Jumlah Kos: 2900g
            • Dibina daripada Seeker’s Armguard (1200g) + Fiendish Codex (1000g) + 700g
          • 45 Armor
          • 50 AP
          • 15 Ability Haste
          • PASIF - Mirrored Force: Ability memberikan mirror shard (sehingga 3) yang menyekat 10 +5% AP physical damage daripada champion musuh dan mengenakan 20 + 10% AP magic damage kepada mereka.

            Di League PC, Zhonya's Hourglass telah memegang kedudukan tetap sebagai item armor untuk Mage, tetapi di Wild Rift, ia menduduki tempat istimewa sebagai item aktif yang dapat digunakan oleh semua orang. Tibalah Crystalline Reflector: untuk ketika physical damage diterima terlalu tinggi, dan anda hendak melawan balik. Setiap ability yang anda gunakan akan memberikan Mirror Shard. Apabila terguna, ia akan menyekat physical damage yang diterima dan melantunkannya kembali kepada penyerang berdasarkan Ability Power anda.

            Serylda_s_Grudge.jpg

            Serylda’s Grudge

            • Jumlah Kos: 3000g
              • Dibina daripada + Caulfield's Warhammer (1200g) + Last Whisper (1300g) + 500g
            • 40 Attack Damage
            • 15 Ability Haste
            • 30% Armor Penetration
            • UNIK – Bitter Cold: Mengenakan ability damage akan slow unit yang terkesan sebanyak 30% selama 1 saat.

            Untuk semua Assassin, Fighter, dan juga Marksman yang tak memerlukan Grievous Wounds! Serylda’s Grudge akan membolehkan ability anda mengenakan efek slow dan amat sesuai digunakan untuk memaksa musuh anda yang bergerak pantas untuk mengurangkan tempo mereka.

            Staff_of_Flowing_Water.jpg

            Staff of Flowing Water

            • Jumlah Kos: 2500g
              • Dibina daripada Fiendish Codex (1000g) + Lost Chapter (1050g) + 450g
            • 65 Ability Power
            • 350 Mana
            • 20 Ability Haste
            • PASIF – Rapids: Memulih atau shield satu rakan sekutu akan memberikan anda dan mereka 20 Ability Haste bonus juga 20 − 40 (berdasarkan level sasaran) ability power selama 4 saat.

              Item ini khusus untuk menguatkan sekutu anda yang lebih mementingkan magik daripada busur mereka. Anggaplah ia sebagai Ardent Censer untuk Mage pasukan anda! Setiap kali anda memulih atau shield sekutu, anda berdua akan mendapat Ability Power dan Ability Haste untuk beberapa saat.

              Wit_s_End.jpg

              Wit’s End

              • Jumlah Kos: 2700g
                • Recurve Bow (900g) + Negatron Cloak (900g) + 900g
              • 45% Attack Speed
              • 50 Magic Resist
              • PASIF – At Wit's End: Basic attack mengenakan 15 − 80 (berdasarkan level) magic damage bonus on-hit. Apabila di bawah 50% nyawa, mengenakan damage kepada champion musuh akan memulihkan anda sebanyak (Melee: 100% / Ranged: 33%) daripada damage selepas pengurangan kesan ini.

                Pemain yang ingin membuat build Attack Speed tanpa Critical Rate telah menjadi buntu dalam menghadapi magic damage. Item ini dapat memberikan pemain perlawanan yang adil semula. Wit's End menggabungkan Attack Speed dan Magic Resist, bersama sedikit damage bonus kepada setiap serangan sambil memberikan pemulihan ketika saat anda sangat memerlukannya.

                LANGKAH SETERUSNYA?

                Kami akan memantau kesan item-item ini dengan teliti dan akan membuat apa-apa perubahan yang diperlukan. Kami juga berharap dapat mendengar maklum balas anda, jadi sila kongsikan pendapat dan build anda bersama kami!

                Itu sahaja buat masa ini. Patch 2.4 teramatlah besar, tetapi masih ada lagi yang akan datang ketika saya umumkan perubahan-perubahan menarik yang akan melangkaui jangkaan anda. Bersedia untuk menjenguk di sebalik tabir dalam siaran kami yang seterusnya!