/dev: Irelia Menari Masuk ke Wild Rift
Hai semua, saya Sol Kim dan saya ialah pereka permainan dalam Wild Rift. Kitorang menghabiskan banyak masau untuk setiap champion yang dibawa dalam permainan tetapi ada beberapa daripadanya lebih kompleks daripada yang lain seperti Irelia. Bagaimana kitorang memastikan dia terasa mudah untuk dikawal tanpa mengorbankan tahap gameplay yang tinggi? Bagaimana kitorang mengekalkan identitinya sebagai seorang duelist yang menghayunkan pedangnya dalam pertempuran dengan ketepatan yang membawa maut? Malah, ketika kitorang sedang melakukan rework ke atas Irelia pada LoL PC, kitorang juga menghadapi isu yang sama. Irelia sangat bergantung pada (1) Bladesurge yang menjadi alat utama mobiliti dan serangannya. Bladesurge merupakan satu ability dash bersasar yang mengenakan damage dan akan reset jika ia membunuh sasaran atau jika sasaran ditanda dengan ability lain. Irelia yang tersalah guna Bladesurge akan menjadi mudah diserang. Disebabkan oleh sasaran Wild Rift memerlukan lebih banyak langkah berbanding LoL PC, kitorang benar-benar ingin memberikan pemain keupayaan untuk reset Bladesurge tanpa memerlukan mikro tahap dewa.
Kitorang mencuba versi intuitif terlebih dahulu, di mana Irelia mengutamakan sasaran yang boleh reset apabila Bladesurge ditekan tap-cast dan pemain boleh dash ke arah sasaran mereka. Perkara ini membolehkan dia melompat di antara minion hanya dengan menekan Bladesurge. Walau bagaimanapun, apabila dia ingin bertembung dengan sasaran tertentu (seperti champion musuh), ia memaksa pemain untuk sama ada melakukan sasaran tepat atau menggunakan ciri lock-on. Jika pemain tersilap langkah, Irelia akan dash menjauhi musuhnya ke arah minion bernyawa rendah. Kebiasaannya, kitorang menggalakkan pemain untuk menggunakan ciri lock-on untuk menyasarkan musuh; walau bagaimanapun, Bladesurge adalah unik kerana Irelia kerap mahu resetnya, termasuk ketika takedown. Perkara ini memaksanya untuk melakukan target-lock ketika reset Bladesurge di mana ia menjadi sangat sukar.
Kitorang rasa kitorang boleh lakukan dengan lebih baik lagi.
Kitorang bercadang untuk mengubah kawalan; menekan mengikut keutamaan biasa, jadi apabila pemain mengejar sasaran bernyawa rendah, tap-casting akan memudahkannya. Kitorang juga melaksanakan satu ciri bantuan di mana kami mencari sasaran boleh reset berhampiran titik fokus apabila Irelia menyasarkan Bladesurge. Perkara ini membolehkan dia untuk melakukan flick-cast Bladesurge dengan pantas untuk reset di mana dia mahukan, sambil membiarkan tap-casting terbuka untuk saat membunuh.
Penyelesaian ini tidak sempurna kerana ia memerlukan lebih banyak daripada pemain apabila menghapuskan minion wave dan membina pasifnya. Walau bagaimanapun, kitorang merasakan memberi pemain lebih banyak kawalan ke atas sasaran mana untuk reset menjadikan usaha ektra kitorang berbaloi. Sebaik saja seorang pemain mengetahui tentang ciri bantuan, melakukan flick pada Bladesurge dengan pantas menjadi lebih intuitif!
Kitorang juga menambah ciri unik kepada Irelia yang akan membantu pemain mengenal pasti saat yang sesuai untuk menggunakan Bladesurge. Sama seperti bar nyawa putih yang memberi isyarat apabila satu minion boleh dibunuh dengan satu serangan, pemain Irelia akan melihat bar nyawa ungu yang menandakan apabila satu minion boleh reset dengan Bladesurge. Ciri ini juga mengambil kira dengan Sheen dan Trinity Force juga!
Kitorang percaya yang kitorang memiliki skema kawalan yang kuat di mana ia akan membolehkan pemain untuk menggunakan Irelia seperti yang mereka inginkan tetapi kami tahu ia tidak sempurna. Kitorang ingin mendengar maklum balas korang tentang ciri ini dan terbuka untuk penambahbaikan jika diperlukan.