Wild Rift, Wild Stats

Imbauan semula dua tahun lalu... dengan nombor!

Mengimbas kembali pada Wild Rift dua tahun yang lalu telah menyedarkan kami bahawa ia merupakan perjalanan penuh liku, dan kami sangat berbesar hati kerana anda turut bersama kami.

Kami ingin meluangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan kami dan meraikan beberapa peristiwa penting yang kami capai bersama dengan anda semua.

pentakillsona.jpg

Sejak Wild Rift dilancarkan, pemain di seluruh dunia telah mengumpulkan banyak kill. Malah, anda telah mendapat 2.2 Juta kill dalam minit pertama permainan. Tetapi kill tidak berhenti di situ—anda semua agak sibuk mendapat kill berantai sepanjang tahun.

Pentakill: 37,035,623

Quadra Kill: 177,067,425

Triple Kill: 979,273,821

God-like: 682,149,487

1955000154_BeholdMyGrandFinale_256.png

Walaupun ramai daripada anda mungkin mengumpulkan KDA anda, hanya 114,739,245 sahaja yang Hard Carry sebenar dengan lebih 30% daripada gold pasukan anda.

Dan jika anda tertanya-tanya champion mana yang mahu carry, jangan risau, kami sedia membantu anda.

masteryi_turntable_img.jpg

Berikut ialah pecahan matchup yang paling biasa dalam setiap lane (dan nombor sepadannya).

Jadi kita berjumpa lagi...

  • Baron Lane: Garen v Nasus (25.2 Juta kali), Garen v Darius (15.8 Juta), Darius v Nasus (14.8 Juta)
  • Jungle: Master Yi v Vi (34.4 Juta), Master Yi v Lee Sin (29.9 Juta), Master Yi v Xin Zhao (18.3 Juta) Fakta penting kami di sini adalah untuk mengharamkan Master Yi.
  • Mid Lane: Ahri v Yasuo (26.9 Juta), Zed v Yasuo (25.4 Juta), Ahri v Zed (21 Juta)
  • Drake Lane: Jinx v Ashe (44.7 Juta), Jinx v Ezreal (33 Juta), Ezreal v Ashe (24.8 Juta)
  • Support: Lux v Blitz (31.5 Juta), Lux v Seraphine (22.5 Juta), Blitzcrank v Janna (18.8 Juta)

Secara keseluruhan Yasuo, Master Yi, dan Lux mempunyai permainan yang paling banyak dimainkan.

Sett_TurnTable_img.jpg

Kebanyakan champion ini telah berada di Wild Rift sejak perlawanan terawal. Dan jika anda tertanya-tanya bagaimana prestasi champion baharu, mari kita lihat 10 champion teratas yang paling diharamkan dalam tempoh 14 hari pertama mereka berada di Wild Rift.

  1. Sett: 6,715,622 diharamkan
  2. Kayle: 6,266,913 diharamkan
  3. Brand: 5,689,402 diharamkan
  4. Kassadin: 5,345,958 diharamkan
  5. Akali: 4,402,512 diharamkan
  6. Morgana: 4,283,474 diharamkan
  7. Zed: 4,267,082 diharamkan
  8. Pyke: 3,891,630 diharamkan
  9. Veigar: 3,624,141 diharamkan
  10. Ekko: 3,540,834 diharamkan

Rammus_TurnTable_img.jpg

Champion paling “broken” (mengikut patch) ialah... Rammus dalam Patch 3.3 pada 56.5% kadar menang. Okey.

Champion paling lemah (mengikut patch) ialah Yuumi pada pelancarannya dalam Patch 3.0 dengan kadar menang 41.8%. Nampaknya kucing itu memang tidak mampu mencakar...

Tetapi jangan risau, ia cukup seimbang sekarang.

Blitz_Bump_Final_(1).png

Blitzcrank telah menerima buff terbanyak dengan enam patch yang hebat. Tetapi Ashe, Soraka, dan Tristana berada hampir di belakang dengan lima patch masing-masing.

1955000145_YesToSuccess_256.png

Sebaliknya, Ziggs mempunyai tujuh nerf dan merupakan champion yang paling teruk terkena tukul nerf. Evelynn, Gragas, dan Graves mengekori lebih jauh dengan lima nerf.

Jika anda tertanya-tanya champion mana yang merupakan kesempurnaan balance yang unggul, tidak pernah menerima buff atau nerf, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi! Malphite lah orangnya... Batu? Gunung?

1955000192_Pfffffahaha_512.png

Ini hanyalah jumlah kecil tahap tinggi (dan rendah) yang kami alami bersama dengan anda semua sejak kami melancarkan Wild Rift. Kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak drama gila anda pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih kerana menjadikan semua ini realiti dan, seperti biasa, kita akan jumpa anda di Rift.