Rift Report - Edisi 21 Julai
Selamat kembali ke Rift Report pertama kitaran Patch 6.2! Sudahkah anda mendalami diri sendiri dan menemukan zen dalaman anda? Adakah anda menyukai Aurora? Bagaimana pula dengan kemas kini marksman? Sila beri maklum balas anda setakat ini, kami tidak sabar untuk mendengarnya!
KANDUNGAN
Minggu ini terdapatt event istimewa yang akan dilancarkan, Aurora’s Runeterra Adventure! Aurora akan memulakan pengembaraan penuh magik, sudah tiba masa untuk menyertainya demi memperoleh pelbagai ganjaran! Event akan bermula pada 25 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8 dan berakhir pada 25 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8. Mengembara ke seluruh papan, dengan menyelesaikan misi yang akan memberi anda ganjaran dadu dan energy! Energy yang anda peroleh akan membolehkan anda menuntut ganjaran yang bertaburan di seluruh papan.

Perkara yang membuatkan event ini begitu istimewa ialah anda dapat memperoleh Star Guardian Jinx Edisi Exquisite! Skin Exquisite ialah peringkat skin baharu yang akan dilancarkan pada Patch 6.2. Peringkat ini merupakan versi yang dibayangkan semula sepenuhnya bagi skin-skin kegemaran anda. Edisi ini menampilkan warna semula yang premium, model dan tekstur yang ditingkatkan serta pastinya splash art serba baharu! Aurora’s Runeterra Adventure akan membolehkan anda memperoleh salah satu daripada skin baharu yang berkilau ini secara percuma, jadi pastikan anda log masuk dan masuk queue supaya anda dapat memperolehnya! Banyak lagi skin Exquisite akan dikeluarkan dalam Patch 6.2, yang dapat anda peroleh melalui sistem Hexchest. Beritahu kami pendapat anda tentang skin ini apabila dilancarkan!
WILD FOR WILDLINGS
CREATOR OF THE WEEK
Minggu ini kami ingin menyerlahkan dan meraikan ITZSTU4RT! Minggu lalu bagi pelancaran Patch 6.2, iTzSTU4RT telah ditampilkan pada halaman hadapan Twitch! Beliau telah menstrim semua kandung baharu yang akan dilancarkan dan mengajar semua orang tentang kemas kini marksman. iTzSTU4RT merupakan pencipta Wild Rift sejak dahulu lagi dan mencipta kandungan hebat yang meliputi Pratonton Patch, Patch Note, champion baharu, huraian item dan begitu banyak lagi. Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang Patch 6.2, semua kandungan yang baharu, champion yang perlu dimainkan untuk mendaki atau item baharu yang anda perlu terapkan dalam binaan anda, pastikan anda melihat iTzSTU4RT! Video kegemaran kami dari beliau baru-baru ini ialah huraian Patch Note 6.2 yang anda boleh lihat di sini. Tambahan lagi, anda boleh menemukan beliau di saluran berikut, pastikan anda mengikutinya:
YouTube
Twitter
Instagram
Twitch
Itu sahaja daripada kami buat masa ini, jumpa anda minggu hadapan!