Rift Report: Edisi 7 Julai
Selamat kembali ke Rift Report! Sudah beberapa minggu sejak edisi terakhir kami dan kami sudah rindu mengimbau dengan anda. Dalam edisi ini kami akan menyemak semua kandungan yang akan datang pada Patch 6.2 dan mengimbas kembali beberapa artikel dan kandungan yang telah kami keluarkan menjelang pelancaran ini, mari mulakan.
PERKARA BAHARU DALAM PATCH 6.2
SOULFORCE AWAKENING

Patch baharu? Tema baharu. Sama seperti patch semasa kami, 6.2 akan membawa tema serba baharu. Dalam 6.1 kami memfokuskan pada dua bintang bersinar kami, Challenger’s Star dan Adventure's Star. Yang mengandungi PVP, Ranked dan Mod Pengembaraan kami. Seluruh tema patch ini berkisar tentang menemukan kekuatan dalaman anda, dan untuk melakukan perkara itu anda perlu mengalami semua yang ditawarkan, jadi Soulforce Awakening akan memfokuskan pada semua kandungan, bukan dua bintang sahaja. Tema baharu ini sudah pasti akan diletakkan merentasi seluruh permainan, apabila anda log masuk anda akan dialu-alukan oleh kaca berwarna yang indah serta tema istimewa akan didapati di lobi, skrin pemuatan dan kedai! Tambahan lagi anda akan diberi ganjaran sambil mengambil bahagian dan terdapat ganjaran yang amat istimewa, termasuk berbilang Chroma Aurora. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Soulforce Awakening di sini.
GAMEPLAY
Sebagai tambahan kepada tema patch baharu, terdapat banyak kemas kini gameplay baharu. Yang pertama sudah pasti ialah champion baharu kami, yang akan membawakan sedikit keajaiban dan keanehan kepada patch ini. Aurora, Bard dan Vel’Koz akan melompat-lompat ke Rift, bersedia untuk mengajar kami tentang geometri. Siapakah yang anda paling tidak sabar untuk cuba? Kami juga akan rework Galio dan Swain lewat dalam patch ini, menjadikan satu lebih tanky dan yang lagi satu lebih menakutkan.
Kami juga akan mengemas kini Bandle Rift, sudah setahun sejak peta ini dikeluarkan dan pasukan dev tidak sabar untuk membawakan kemas kini disasarkan kepada Rift ini. Kegemaran peribadi kami? Enchanted Piggy yang akan memberi anda sedikit XP dan membantu anda meruntuhkan turret. Terdapat juga rombakan kepada sistem Enchantment, menjadikan perkara ini lebih menarik untuk ditambahkan pada binaan anda, dan bukannya hanya memilih Zhonya secara asal atau melangkau kesemuanya sahaja. Galio’s Aegis akan kekal berada di sini. Pada Patch 6.2 ciri ini akan menjadi kekal, supaya permainan yang anda kalah tetapi berprestasi baik tidak akan terasa seteruk sebelum ini. Bukan itu sahaja, terdapat kemas kini kepada beberapa marksman dan item mereka. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini Gameplay yang akan datang dengan cerapan daripada pasukan dev kami, bacalah artikel perbincangan mendalam kami di sini.
SISTEM KELAKUAN PEMAIN
Ciri yang paling pasukan kami teruja untuk bawakan kepada anda pada patch ini ialah Sistem Kelakuan Pemain kami! Kami tahu bahawa ini merupakan ciri yang sangat diminta oleh kebanyakan anda, jadi kami gembira dapat membawakan ciri ini kepada anda semua pada patch ini.

Sistem ini akan memberi anda markah yang mencerminkan kelakuan dalam permainan anda. Anda akan mendapat markah yang tinggi dan mengaktifkan ganjaran eksklusif secara berkala dengan menjadi rakan sepasukan yang baik dan saling horrmat-menghormati. Tetapi jika sistem mengesan anda tidak bersemangat sukan atau bersikap negatif terhadap rakan sepasukan anda, markah anda akan jatuh dan akses anda kepada ciri seperti Ranked juga akan hilang. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sistem Kelakuan Pemain, pastikan anda membaca perbincangan mendalam kami tentang perkara ini di sini.
AAA ARAM
Lewat dalam patch ini kami akan melancarkan kemas kini yang aneh buat AAA ARAM. Bukan sahaja peta mod ini akan menjadi aneh, tetapi gameplay peta ini juga akan menjadi begitu. Anda akan dapat memilih skill Ultimate Spellbook sebelum anda masuk permainan. Kami juga akan menambah lebih 60 kad baharu! Bukan itu sahaja, kami juga akan menambahkan archetype haiwan yang berbeza, jadi anda akan dapat memilih haiwan yang berbeza dan menerima naik taraf yang berbeza. Nantikan Rift Report akan datang ketika pelancaran AAA ARAM semakin hampir yang akan mendedahkan lebih banyak kad dan semua archetype haiwan.
WILD PASS & SKIN

Sudah pasti patch baharu tidak akan lengkap tanpa Wild Pass baharu dan beberapa skin baharu. Wild Pass pertama patch ini akan menampilkan Wondertown Lillia! Pass yang kedua pula merupakan Battlecast Urgot. Siapakah yang anda paling tidak sabar untuk cuba?
Musim panas yang saya menjadi jelita... maksud saya, musim panas yang saya sibuk berpesta! Skin musim panas dan sahabat haiwan, inilah sekilas pandang beberapa skin yang akan datang semasa kitaran Patch 6.2:
Summer Party Aurora
Arclight Vel'Koz
Mystical Herald Bard
Garden Party Braum
Omega Squad Veigar
Summer Party Seraphine
Summer Party Samira
Summer Party Katarina
Summer Party Yasuo
Mystical Herald Zyra
Mystical Herald Heimerdinger
Mystical Herald Draven
High Noon Yone
High Noon Kha'Zix
High Noon Rengar
High Noon Viktor
Tambahan lagi, kami akan memperkenalkan peringkat skin yang serba baharu: Exquisite. Anda akan dapat versi yang dibayangkan semula sepenuhnya bagi skin kegemaran anda—dengan warna semula yang premium, model dan tekstur yang ditingkatkan serta seni splash serba baharu! Kami tidak sabar untuk anda melihat seni splash cantik yang akan datang bersama-sama skin ini.
WILD FOR WILDLINGS
PENCIPTA MINGGU INI
Untuk meraikan pelancaran Patch ini, kami mahu menyerlahkan Coach Recmeister! Beliau seorang bekas jurulatih dan penyampai semasa untuk Wildrounds Pilipinas 2025! Beliau mengkhususkan dalam kandungan analisis semasa strim langsung beliau setiap patch dan sentiasa membaca Patch Note secara langsung. Beliau juga menganalisis meta untuk penontonnya dan merupakan pencipta pendidikan yang hebat. Dengan Patch 6.2 yang mendatang, kami rasa beliaulah pencipta yang sesuai untuk diserlahkan minggu ini dan kami harap anda melihat strimnya dalam hari-hari dan minggu-minggu akan datang!
TikTok
Jika anda ingin melihat lebih banyak kandungan yang akan datang, pastikan anda melihat Pratonton Patch kami juga. Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi jumpa anda di Rift dan kembalilah untuk Patch Note 6.2 rasmi! Sehingga itu, apakah perkara yang paling mengujakan anda dalam 6.2?