Sambutan Ulang Tahun Global Ketiga Wild Rift

Kami sedang bersiap sedia untuk Ulang Tahun Global kami dan tidak sabar untuk meraikan anda! Untuk memulakan perayaan, Galeri Power Spike kami kini sudah dikeluarkan! Serahkan ciptaan anda untuk mengaktifkan ganjaran ulang tahun! Ketahui juga tentang perayaan dan ganjaran lain yang telah kami sediakan!

Sudah hampir masanya untuk Patch Power Spike Party 2023, yang bermakna sambutan Ulang Tahun Global kami semakin mendatang… dan siapa tahu apa yang akan berlaku! Kami akan memulakan sambutan tahun ini dengan event yang sangat istimewa, Galeri Power Spike! Anda boleh melawati Galeri Power Spike di sini dan menyerahkan seni peminat, cosplay, klip 1v5 hebat anda atau mana-mana kandungan lain yang telah anda ciptakan untuk Wild Rift sepanjang tiga tahun yang lalu! 

Penyerahan ciptaan dan pemberian sokongan kepada ciptaan pemain lain juga akan mengaktifkan ganjaran tambahan untuk semua orang semasa ulang tahun ini! Kami juga akan mengemas kini laman web dengan lebih banyak kandungan dalam tempoh tiga minggu akan datang, jadi pastikan anda kerap menjenguknya! Kami tidak mahu membongkarkan semua kejutan, jadi pastikan anda menonton Pratonton Patch kami yang seterusnya pada 8 Oktober untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara-perkara yang telah kami sediakan! 

Dan untuk benar-benar memeriahkan perayaan Power Spike tahun ini, kami juga akan bekerjasama dengan Coca-Cola untuk bukan sahaja meraikan kenangan Wild Rift yang menonjol daripada komuniti kami, bahkan dengan membantu kami mencipta kenangan yang baharu: event Coca-Cola dalam permainan dan dua event komuniti IRL istimewa! Satu di Brazil, dan lokasi kedua yang akan dinamakan, akan memberi ganjaran kepada pemain yang memilih untuk “Play As One.”

Itu sahaja daripada kami buat masa ini, Selamat Menyambut Ulang Tahun, dan jumpa anda dalam Rift!