Wild Rift Patch Note 7.2e

Perubahan balance telah tiba dengan kemas kini untuk Vi, Swain, Janna, Nautilus, Malphite dan banyak lagi!

Selamat datang ke Patch 7.2e! Kami mengurangkan kekuatan Vi dan Swain, memberikan peningkatan kepada Janna, Nautilus dan Malphite, serta membuat beberapa pelarasan pada beberapa item lain. Mari lihat perubahan tersebut!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


PERUBAHAN CHAMPION

VI

Vi telah menjadi kuasa dominan di jungle buat tempoh yang terlalu lama. Kami akan meningkatkan cooldown ultimate dan mengurangkan damage susulannya, memberikan lebih banyak ruang kepada lawan untuk bertindak balas serta peluang yang lebih baik untuk jungler lain menyainginya.

Vault Breaker

  • Kadar Attack Damage Bonus Damage Minimum: 80% Attack Damage Bonus → 60% Attack Damage Bonus
  • Kadar Attack Damage Bonus Damage Maksimum: 160% Attack Damage Bonus → 120% Attack Damage Bonus

Cease and Desist

  • Cooldown: 60/55/50s → 80/70/60s

JANNA

Shield Janna tidak memberikan perlindungan yang mencukupi, menyebabkan dia bergelut baik di lane mahupun ketika menyokong pasukannya. Kami meningkatkan kekuatan shield untuk membantunya melindungi sekutu dengan lebih baik sepanjang permainan.

Eye of the Storm

  • Nilai Shield: 65/90/115/140 + 45% Ability Power → 80/120/160/200 + 50% Ability Power

SWAIN

Ultimate Swain telah berskala terlalu baik dengan Ability Power, membolehkan binaan Ability Power penuh mengenakan damage berterusan yang tinggi sambil memberikan pemulihan yang ketara dalam teamfight. Kami mengurangkan sedikit penskalaan Ability Power untuk mengalihkan sebahagian kuasa daripada binaan ini dan mengukuhkan identitinya sebagai mage yang tahan lasak.

Demonic Ascension

  • Damage setiap saat: 10/25/40 + 15% Ability Power → 15/25/35 + 6% Ability Power
  • Pemulihan setiap saat: 20/30/40 + 20% Ability Power → 15/30/45 + 10% Ability Power

NAUTILUS

Nautilus telah bergelut untuk terus bertahan selepas pusingan nerf yang terakhir, menyebabkan dia kekurangan ketahanan yang diperlukan untuk dive dalam kalangan pasukan musuh dan memulakan pertempuran. Kami meningkatkan shield asas dan kadar Nyawa maksimum ability keduanya, membantu dia menyerap lebih banyak damage dan memenuhi peranannya sebagai pencetus pertempuran yang tanky dengan lebih baik.

Titan's Wrath

  • Nilai Shield: 65/75/85/95 + 9/10/11/12% Nyawa Maksimum → 70/80/90/100 + 11/12/13/14% Nyawa Maksimum

MALPHITE

Malphite telah bergelut untuk memberi impak di Baron Lane. Kami memberikan beberapa peningkatan kecil untuk membantunya bertahan dan bermain dengan lebih konsisten sepanjang permainan.

Statistik Asas

  • Armor setiap level: 4.3 → 5

Seismic Shard

  • Kesan slow: 15/20/25/30% → 20/25/30/35%

Thunderclap

  • Damage asas bagi attack asas berturutan: 10/20/30/40 → 20/30/40/50

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Seeker's Armguard

Seeker’s Armguard telah memberikan kuasa yang terlalu tinggi untuk komponen peringkat pertengahan, menjadikan ia terlalu berharga untuk disimpan tanpa perlu dinaikkan menjadi item penuh. Kami mengurangkan keberkesanan item ini supaya melengkapkan binaan penuh merupakan pelaburan yang lebih bermakna.

Stasis

  • Cooldown: 120s → 150s

Verdant Barrier

Verdant Barrier berada dalam situasi yang sama seperti Seeker’s Armguard, memberikan terlalu banyak nilai untuk komponen peringkat pertengahan. Kami mengurangkan kekuatan kesan item ini supaya ada lebih insentif untuk dinaik taraf menjadi item penuh.

Annul

  • Cooldown pasif: 50s → 65s

Eclipse

Eclipse telah bergelut untuk bersaing dengan item fighter lain, menjadikan item ini pilihan yang kurang menarik bagi ramai pengguna yang disasarkan. Kami memberikan sedikit peningkatan untuk membantu ia menonjol sebagai pilihan yang lebih kompetitif bagi lebih banyak champion.

Statistik Asas

  • Harga: 3000 → 2900

Ever Rising Moon

  • Nilai Shield (Melee): 140 + 35% Attack Damage Bonus → 150 + 40% Attack Damage Bonus

Unending Despair

Tumpuan Unending Despair pada teamfight menjadikan ia terlalu bersituasi, menyebabkan tank kurang berminat untuk memilih item ini dalam banyak permainan. Kami meningkatkan keberkesanan item ini secara umum supaya menjadi pilihan yang lebih boleh diharap dalam pelbagai situasi.

Statistik Asas

  • Nyawa: 200 → 300
  • Armor: 45 → 40
  • Magic Resistance: 45 → 40
  • [New] Ability Haste: 10
  • Laluan Binaan: Chain Vest (900) + Negatron Cloak (900) + Ruby Crystal (500) + 700 → Chain Vest (900) + Negatron Cloak (900) + Kindlegem (1000) + 200

PERUBAHAN MOD PERMAINAN

AAA ARAM

Ubahsuaian Baharu

  • Ubahsuaian Baharu Ditambah: Blood Price

Bug Fix

  • Membaiki isu yang Ubahsuaian Anvil Specialist memberikan jumlah Anvil yang tidak tepat apabila dinaik taraf.
  • Oleh sebab konflik dengan mekanik championnya, Pyke tidak akan dapat memilih Blood Price.