Wild Rift Patch Notes 7.1d
Hidupkan enjin, patch bakal tiba. Kami sedang melaraskan barisan champion dalam patch ini dengan melemahkan yang terlalu kuat, memperkuat yang kurang berdaya dan memastikan perjalanan dari lane hingga ke akhir permainan lebih lancar. Pakailah tali pinggang sebelum menerjah ke Rift, selamat datang ke patch 7.1d.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
VAYNE
Vayne sentiasa menjadi pilihan utama kami untuk menumpaskan tank, tetapi pada masa ini dia terlalu kuat, terutamanya dengan binaan on-hit. Kami mengurangkan damage Nyawa maksimum yang dia boleh lakukan dan mengurangkan Attack Speed daripada ultimatenya. Kami juga akan memendekkan tempoh ability pertamanya supaya ia masuk cooldown dengan lebih cepat, menjadikan ability itu terasa lebih pantas apabila anda perlu menukar posisi atau mencipta ruang dalam teamfight yang sengit.
Tumble
- Tempoh empowered attack: 7s β 4s
Silver Bolts
- True damage: 3/6/9/12% β 2/5/8/11%
- Attack Speed: 15/20/25/30 β 10/15/20/25%
URGOT
Urgot telah ketinggalan dalam beberapa patch kebelakangan ini, tekanan awal dan burst meriam kakinya sudah tidak cukup kuat lagi. Jadi, kami akan menaikkan Attack Damage asasnya untuk memudahkan pukulan akhir dan trade awal. Selain itu, kami juga meningkatkan damage Echoing Flames supaya penggunaan meriam kakinya terasa lebih padu.
Statistik Asas
- Attack Damage asas: 58 β 62
Echoing Flames
- Kadar Attack Damage: 50/65/80/95% β 60/75/90/105%
TRISTANA
Jarak Tristana di akhir permainan tiada tandingan, tetapi dia bergelut pada peringkat awal permainan, terutamanya apabila perlu berdepan dengan wave minion dan tekanan di lane. Kami memudahkan dia untuk clear wave supaya dia boleh memulkan trade dengan lebih yakin pada awal permainan.
Explosive Charge
- Damage letupan selepas membunuh unit: 55/85/115/145 β 65/100/135/170
MEL
Mel berada dalam keadaan yang baik, tetapi dia agak terlalu menjengkelkan untuk dihadapi. Poke misil awalnya sukar untuk dielak, dan ability keduanya aktif sedikit terlalu kerap, membolehkannya melakukan lebih banyak pantulan penting. Jadi, kami mengurangkan damage misilnya dan meningkatkan cooldown ability keduanya. Namun, untuk memastikan keupayaan clear wavenya tetap konsisten, kami memberikan sedikit peningkatan damage pada minion.
Radiant Volley
- Damage setiap letupan: 13/16/19/22 + 7% Ability Power β 11/14/17/20 + 6% Ability Power
- Pengubah minion: 75% β 90%
Rebuttal
- Cooldown: 32/29/26/23s β 38/36/34/32s
VLADIMIR
Vladimir bergelut apabila berhadapan matchup AD pada awal permainan. Jadi, kami meningkatkan Armor asas untuk membantunya bertahan lebih baik di lane dan juga meningkatkan penukaran AP kepada Nyawa, memberi dia lebih kemandirian apabila dia semakin menskala.
Statistik Asas
- Armor asas: 34 β37
Crimson Pact
- Kadar penukaran Ability Power kepada Nyawa Bonus: 120% β 140%
RIVEN
Burst awal Riven agak terlalu menindas, dengan pasifnya membuatkan lawan sukar untuk bertindak balas. Kami mengurangkan kadar asas pasif itu untuk mengurangkan tekanan lanenya dan sebagai ganti, kami meningkatkan damagenya terhadap monster jungle supaya clear dan penskalaannya kekal mantap.
Runic Blade
- Kadar Damage Bonus: 32% ~ 60% (Berdasarkan level) β 22% ~ 50% (Berdasarkan level)
- Kadar Damage pada monster jungle: 50% β 65%
SIVIR
Sejak pelancaran 7.1, kami perhatikan bahawa damage Sivir pada akhir permainan agak kurang. Sebagai bantuan, kami meningkatkan pertumbuhan Attack Damagenya untuk menaikkan damage attack asasnya apabila dia menskala dengan level dan item. Kami juga meningkatkan kadar AD pada ability pertamanya, membolehkan kedua-dua serangan Boomerang Blade mendapat lebih manfaat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan clear wave dan pokenya dalam teamfight. Secara keseluruhan, perubahan ini bertujuan untuk menjadikan Sivir lebih mengancam dalam teamfight pada akhir permainan.
Statistik Asas
- Attack Damage setiap level: 3.5 β 4
Boomerang Blade
- Kadar Attack Damage: 70/75/80/85% β 75/80/85/90%
ZERI
Renjatan Zeri di akhir permainan semakin kurang berkesan, terutamanya terhadap musuh yang lebih tanky. Kami meningkatkan pertumbuhan AD dan penskalaan attack asasnya untuk membantunya menamatkan pertempuran. Kami juga mengurangkan cooldown pada ability ketiganya untuk meningkatkan mobiliti dan masa aktif. Sama ada dia melarikan diri, mengejar atau kiting, ini akan memberi Zeri kehadiran yang lebih kuat pada akhir permainan.
Statistik Asas
- Attack Damage setiap level: 3.5 β 4
Living Battery
- Kadar Attack Damage: 104/108/112/116/120% β 105/110/115/120/125%
Spark Surge
- Cooldown: 24/21.5/19/16.5s β 22/19.5/17/14.5s
PERUBAHAN GAMEPLAY
RUNE
Seiring Patch 7.1 berjalan, prestasi rune baharu kini semakin stabil. Kini, kami akan memeriksa dan melaraskan rune dengan prestasi yang sama ada terlalu kuat atau jelas terlalu rendah. Butiran disenaraikan di bawah.
Lethal Tempo
Kini Lethal Tempo memberikan terlalu banyak Attack Speed kepada champion ranged, membolehkan mereka mencapai Attack Speed yang tinggi tanpa perlu banyak melabur dalam item Attack Speed. Kami mengurangkan sedikit Attack Speed maksimum pada stack penuh untuk champion ranged, sambil mengekalkan identiti burst item ini. Perubahan ini juga meningkatkan nilai Attack Speed daripada sumber lain. Selepas pelarasan ini, marksman sepatutnya mempunyai lebih banyak pilihan rune yang pelbagai, dan prestasi keseluruhan Lethal Tempo akan menjadi lebih seimbang.
- Attack Speed setiap stack (ranged): 3% β 12% (berdasarkan level) β 3% β 10% (berdasarkan level)
Empowerment
Kini Empowerment kurang berprestasi dan tidak cukup kompetitif berbanding rune keystone yang lain. Kami meningkatkan sedikit amplifikasi damage daripada kesan Exposed, dan meningkatkan adaptive damage apabila dicetuskan, membolehkan pemain mendapat lebih nilai daripada burst tiga serangan serta damage tumpuan susulan. Secara keseluruhan, matlamatnya adalah untuk meningkatkan tekanan lane dan kuasa tempur berterusan.
- Damage Empowerment: 8% β 9%
- Adaptive Damage: 40 - 180 (Berdasarkan level) β 60 - 200 (Berdasarkan level)
Absolute Focus
Dalam persekitaran permainan semasa, Absolute Focus mempunyai syarat pengaktifan yang agak ketat dan ganjaran yang terhad, menyebabkan kadar pemilihan item ini rendah. Kami menurunkan ambang pengaktifan supaya champion boleh mengekalkan bonus ini pada Nyawa yang lebih rendah, dan meningkatkan nilai Adaptive Force di semua peringkat. Secara keseluruhan, matlamatnya adalah untuk memberikan ganjaran yang lebih konsisten kepada pemain yang mengekalkan HP yang sihat, serta meningkatkan daya saing item ini untuk champion ranged dan gaya permainan berasaskan poke.
- Ambang Pengaktifan: 70% β 65%
- Adaptive Force: 1 - 15 (Berskala dengan level) β 2 - 20 (Berskala dengan level)
Ixtali Seedjar
Berbanding dengan rune lain, Ixtal Seedjar mempunyai keluk pembelajaran yang lebih sukar dan penggunaan yang lebih mengikut situasi. Sebelum ini, ia juga dihadkan oleh sinergi dengan Pack Hunter dari segi penjanaan gold, yang mengehadkan cooldown item ini. Dalam kemas kini ini, kami mengurangkan cooldown tumbuhan untuk membuang had tersebut, memberi pemain lebih banyak peluang untuk bereksperimen dengan gaya permainan Seedjar dan mengaktifkan potensi penuhnya.
- Cooldown untuk mendapatkan semula setiap tumbuhan: 45s β 30s
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
ARAM
Detik Mati
- Pemasa respawn pada awal permainan ditingkatkan (perubahan ini juga terpakai untuk ARAM, AAA ARAM dan Spellbook ARAM).
Balance Champion
- (Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM, AAA ARAM dan Spellbook ARAM.)
Aurelion Sol
- Damage Diterima: 90% β 100%
Sett
- Damage Dikenakan: 100% β 90%
Veigar
- Damage Diterima: 100% β 110%
Leona
- Damage Diterima: 95% β 100%
Rammus
- Damage Diterima: 95% β 100%
Shen
- Damage Dikenakan: 110% β 100%
Alistar
- Damage Diterima: 90% β100%
Vladimir
- Damage Diterima: 95% β 100%
Shyvana
- Damage Diterima: 85% β 95%
Garen
- Damage Diterima: 95% β 100%
Vayne
- Damage Dikenakan: 105% β 100%
- Damage Diterima: 100% β 110%
Ziggs
- Damage Dikenakan: 85% β 95%
- Damage Diterima: 120% β 110%
Miss Fortune
- Damage Dikenakan: 92% β 100%
- Damage Diterima: 103%β 100%
Xayah
- Damage Dikenakan: 95% β 100%
Twitch
- Damage Dikenakan: 95% β 100%
- Damage Diterima: 105% β 100%
Varus
- Damage Dikenakan: 95% β 100%
AAA ARAM
Pelarasan Medan Pertempuran
- Tempoh dihentam ke atas di titik permulaan ala perlumbaan: 0.5s β 0.2s
Ubahsuaian Baharu
- Satu siri Ubahsuaian baharu ditambah, termasuk: Subjugate, Charged Strike, One Strike, Sword Strike, Axe Strike, Power Sync, Defensive Sync, Haste Sync.
Pelarasan Ubahsuaian
- Adaptive Force: 2 β 1
Perubahan kumpulan ubahsuaian
- Beberapa Ubahsuaian umum telah dilaraskan supaya tidak lagi muncul dalam kumpulan khusus kepada kelas (cth., Truce Shield, Blade Whirl, dan sebagainya).
- Beberapa Ubahsuaian utiliti telah dilaraskan supaya tidak boleh diaktifkan oleh champion tanpa mekanik berkaitan pada permulaan (cth., Relentless Conversion, dan lain-lain).
- Beberapa Ubahsuaian utiliti telah dipindahkan ke dalam kumpulan umum (cth., Windwalk, dan lain-lain).
Easter egg dalam talian
- Easter egg βPorsche!β telah ditambah, dan ia berpeluang untuk dicetuskan setiap perlawanan. Easter egg ini akan dikeluarkan pada 1 Mei 2026 pukul 08:00 pagi.
SKINS
Neon Daredevil KaiβSa Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Neon Daredevil Hecarim Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Neon Daredevil Irelia Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Neon Daredevil Aurora Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Neon Daredevil Zed Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Neon Daredevil Gragas Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Prestige Select Neon Daredevil KaiβSa Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |






