Wild Rift Patch Note 7.3g

Buff Champion, pelarasan marksman dan binaan AAA ARAM baharu menjadi tumpuan utama pusingan perubahan balance kali ini!

Kami kembali dengan satu lagi pusingan perubahan balance, dan kali ini, kami akan merombak pelbagai perkara di Rift! Vayne, Irelia dan Garen akan menerima sedikit kasih sayang tambahan, manakala Smolder pula akan dipotong sayapnya sebelum dia sempat menguasai fasa akhir permainan. Kami juga akan membuat satu lagi pelarasan pada marksman, mengurangkan sedikit kuasa mereka di fasa akhir permainan supaya kelas lain mempunyai lebih peluang untuk menyerlah. Di AAA ARAM pula, Bard dan Irelia akan mendapat helah baru dengan buff eksklusif kepada musim ini.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


CHAMPION

VAYNE

Vayne tidak lagi menepati reputasinya sebagai duelist yang digeruni, tidak kira apa jua binaannya. Kami memberikan peningkatan kepada damage berterusan dan potensi burst semasa ultimatenya untuk membantu dia membawa lebih kesakitan apabila dia memburu.

Silver Bolts

  • Damage Pasif: 6%/7%/8%/9% → 5.5%/7%/8.5%/10%

Final Hour

  • Attack Damage bonus: 30/40/50 → 40/50/60

IRELIA

Pelarasan kami sebelum ini terhadap Irelia terlalu keterlaluan, menyebabkan dia bergelut untuk mendapatkan rentak di lane. Kami meningkatkan kuasa dan kemampanannya di lane, sambil mengurangkan masa henti Bladesurge untuk membantunya terus menari mengelilingi lawannya.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 58 → 62

Bladesurge

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 8/7/6/5s
  • Pemulihan: 9%/11%/13%/15% → 11%/13%/15%/17%

GAREN

Garen terlalu bergantung pada ketahanannya untuk menyelesaikan tugas, jadi kami akan memperkuat bahagian ofensifnya. Kami meningkatkan keupayaannya untuk berskala dengan item Attack Damage supaya dia dapat memberikan impak yang lebih besar apabila membina demi damage.

Judgement

  • Damage setiap pusingan: 13/17/21/25 + 25%/30%/35%/40% Attack Damage → 10/13/16/19 + 30%/36%/42%/48% Attack Damage
  • Penghancuran Armor: 10% → 15%

AURORA

Kami sedang melaraskan kelebaran kedua-dua gunaan ability pertama Aurora agar lebih sepadan dengan visual ability tersebut, menjadikan waktu serangannya akan terkena lebih jelas.

Twofold Hex

  • Lebar projektil dikurangkan pada gunaan awal, dan ditingkatkan apabila berpatah balik selepas gunaan semula.

SMOLDER

Smolder terlalu mudah menjadi ancaman besar pada fasa akhir permainan. Kami memperlahankan kadar pengumpulan stacknya dan mengurangkan kemandirian awal hingga pertengahan permainannya supaya lawan mempunyai lebih banyak peluang untuk memadamkan apinya sebelum dia menguasai Rift.

Achooo!

  • Cooldown: 12 / 11 / 10 / 9s → 13 / 12 / 11 / 10s 

Flap, Flap, Flap

  • Cooldown: 18 / 16 / 14 / 12s → 22 / 19 / 16 / 13s 

SYLAS

Sylas masih mencari rentaknya di Rift, tetapi kami dapat lihat prestasinya semakin baik apabila anda semakin selesa dengan gaya permainan dan binaannya. Kami memberikan sedikit peningkatan kepada keupayaan clear wave dan kemampanannya supaya dia dapat bertahan di lane tanpa menjadi terlalu kuat.

Chain Lash

  • Damage Letupan pada Minion: 30% → 35%

Kingslayer

  • Kadar Pemulihan daripada Nyawa Bonus: 5% → 6.5%

ITEM 

Immortal Shieldbow

Immortal Shieldbow tidak begitu menonjol sebagai pilihan yang menarik, terutamanya untuk champion melee yang membina demi critical strike. Kami memberikan peningkatan kepada item ini untuk membantu ia bersaing dengan pilihan lain dan menjadikan ia pilihan yang lebih menarik apabila anda memerlukan kemandirian tambahan.

Life Link

  • Nilai Shield: 350 - 650 (melee) / 300 - 550 (ranged) → 380 - 700 (melee) / 320 - 550 (ranged)

Berserker's Greaves

Sejak Patch 7.3, marksman telah menikmati peningkatan penskalaan dan gaya permainan yang lebih unik, tetapi kuasa mereka pada akhir permainan sudah menjadi agak keterlaluan. Dengan begitu banyak Attack Speed dan kemampanan yang mereka miliki, terutamanya apabila digandingkan dengan support enchanter, mereka telah meninggalkan kelas-kelas lain jauh ke belakang. Kami akan mengurangkan sedikit kuasa ini secara menyeluruh untuk memberi lebih banyak ruang kepada kelas lain bersaing pada fasa akhir permainan.

Statistik Asas

  • Attack Speed: 35% → 30%

Blessed Blade

  • Pemulihan On-Hit: 10 → 5

Gunmetal Greaves

Statistik Asas

  • Attack Speed: 50% → 45%

Blessed Blade

  • Pemulihan On-Hit: 12 → 5

Ardent Censer

Censer

  • Attack Speed yang diperoleh: 30% → 25%

Harmonic Echo

Statistik Asas: 

  • Ability Power: 40 → 25

Guinsoo’s Rageblade

Statistik Asas

  • Attack Speed: 30% → 25% 

RUNE 

Absolute Focus

Absolute Focus telah memberikan terlalu banyak kuasa kepada mage memandangkan betapa mudahnya mereka boleh mengaktifkan bonus ia. Kami mengurangkan keberkesanan rune ini supaya ia lebih seimbang dengan pilihan rune yang lain.

  • Ambang Nyawa yang diperlukan untuk pencetusan: 65% → 70%
  • Attack Damage: 2 – 20 (berdasarkan level) → 2 – 18 (berdasarkan level)
  • Ability Power: 4 – 40 (berdasarkan level) → 3.3 – 30 (berdasarkan level)

AAA ARAM

Kemas Kini Easter Egg

  • Easter Egg misteri akan tersedia untuk masa yang terhad. Beli item istimewa dari kedai untuk mencetuskan Easter egg ini.
  • Easter egg Spiritwind Blade akan tersedia pada tarikh yang akan datang, jadi nantikanlah! Apabila dicetuskan, ia memberikan satu peluang reroll tambahan semasa pusingan pertama pemilihan Kad Rune.

Buff Champion Eksklusif kepada Musim

Kami menggegarkan suasana AAA ARAM dengan beberapa buff eksklusif kepada musim untuk Bard dan Irelia! Bard akan mendapat lebih banyak cara untuk menyerlahkan binaan yang tertumpu pada attack asas, manakala Irelia akan mempunyai lebih banyak ruang untuk bereksperimen dengan binaan crit dan AP.

Perubahan ini hanya akan tersedia dalam AAA ARAM untuk musim semasa. Kami akan terus memantau prestasi mereka dan mendengar maklum balas anda sambil kami terus meneroka lebih banyak cara untuk membawa binaan champion alternatif ke dalam mod ini.

Bard
  • Jarak Attack ditingkatkan sebanyak 100.
  • Setiap attack asas mengurangkan cooldown pengecasan semula Meeps Pasif sebanyak 2 saat.
  • Sekatan untuk mendapatkan Ubahsuaian Attack Speed telah dibuang.
Irelia
  • Ability damage pasif boleh critical strike sekarang.
  • (1) sekarang mendapat kadar Ability Power sebanyak 60% dan jenis damage ability ini telah ditukar kepada adaptive damage.

Pelarasan Balance Champion

Kecuali dinyatakan sebaliknya, perubahan berikut hanya terpakai untuk AAA ARAM.

Akali

Kami memberi Akali lebih banyak ruang untuk menyelitkan abilitynya antara satu sama lain dengan mengurangkan cooldown setiap satu. Untuk mengelakkan dia daripada menjadi terlalu kuat, kami juga mengurangkan pengurangan damagenya supaya lawan mempunyai lebih banyak peluang untuk melawan kembali.

  • Damage Diterima: 70% → 80%
  • Cooldown Ability: 100% → 90%
Blitzcrank
  • Damage Dikenakan: 100% → 110%
  • Damage Diterima: 95% → 90%
Mordekaiser
  • Damage Diterima: 90% → 100%
Yasuo
  • Damage Dikenakan: 85% → 80%
Miss Fortune
  • Damage Dikenakan: 100% → 105%
  • Damage Diterima: 100% → 95%
Sett
  • Damage Diterima: 95% → 100%
 Master Yi
  • Damage Diterima: 105% → 100%
Singed
  • Damage Diterima: 105% → 100%
Ezreal
  • Damage Dikenakan: 100% → 105%
  • Damage Diterima: 100% → 95%
Kog’Maw
  • Kadar Attack Speed: 100% → 90%
Sylas
  • Damage Diterima: 90% → 80%
  • Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Vi
  • Damage Diterima: 90% → 80%
Nasus
  • Cooldown Ability (1): 7/6/5/4s → 4.5/4/3.5/3s

Pelarasan Item

Whispering Circlet / Diadem of Songs
  • Kadar penukaran Mana Maksimum kepada Kuasa Pemulihan dan Shield: 0.25% → 0.18% 
Edge of Durand
  • Attack Damage: 25 → 40
Warmog's Armor

Kami mahu tank mempunyai lebih banyak pilihan item berfokuskan Nyawa yang berbaloi untuk dipertimbangkan selain Mogul's Mail. Kami memperkuat Warmog's Armor dan Original Heartsteel untuk memberikan lebih banyak pilihan binaan kepada pemain tank.

  • Nyawa Maksimum: 900 → 1200
  • Cooldown pasif Warmog's Heart: 15s → 10s
Atma's Reckoning
  • Critical Rate bagi setiap 100 Nyawa: 1% → 1.5%
  • Bonus Critical Rate Maksimum: 30% → 45%
Original Heartsteel
  • Damage Charge: 140 + 3.5% Nyawa Maksimum → 140 + 5% Nyawa Maksimum
Ethereal Weapon
  • Jarak Penyahaktifan: 15 → 25