Wild Rift Patch Note 7.3d

Kami menggegarkan Rift dengan perubahan balance champion dan item, pelarasan objektif dan banyak lagi dalam patch terbaharu kami!

Kami kembali dengan satu lagi pusingan perubahan balance, dan keadaan di Rift bakal jadi lebih menarik. Akali sedang melangkah keluar dari bayangan, Lee Sin semakin mengganas dan Miss Fortune berharap nasibnya akan berubah. Sementara itu, Malphite mendapat pengajarannya, Ashe mula bertenang dan Singed mungkin akhirnya terpaksa perlahankan langkahnya. Terdapat juga beberapa pelarasan item, sedikit kuasa tambahan untuk Baron Nashor dan perubahan pada turret yang mungkin membuatkan dive berisiko itu berbaloi untuk dicuba. Mari mulakan!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


CHAMPION

SHYVANA

Shyvana sebelum ini bergantung pada keupayaannya untuk clear jungle dengan pantas bagi mendapatkan kelebihan dan berkembang menjadi kuasa besar pada akhir permainan. Namun, dengan kelajuan clear jungle yang kini lebih konsisten antara semua champion, dia telah kehilangan sedikit kelebihan awal itu dan sukar untuk bertahan apabila sudah ketinggalan. Kami memberikan bentuk manusianya sedikit kuasa tempur tambahan sambil mengurangkan kekuatannya apabila sudah berskala penuh. Ini sepatutnya membantu Shyvana kekal kompetitif apabila dia ketinggalan tanpa menjadikannya terlalu menggerunkan apabila dia mencapai potensi penuhnya.

Statistik Asas

  • Nyawa setiap level: 120 → 130
  • Health Regen setiap level: 9 → 12
  • Attack Speed setiap level: 0.012 → 0.024

Twin Bite

  • Cooldown: 8.5/7.5/6.5/5.5s → 7/6.5/6/5.5s

Burnout

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 12/11/10/9s
  • Movement Speed Bonus Wings of the Cloud: 25% → 15%

Flame Breath

  • Cooldown: 11/10/9/8 → 10/9/8/7
  • Kadar Damage: 30% Attack Damage + 40% Ability Power → 50% Attack Damage + 80% Ability Power
  • Kadar Damage Letupan Dragon Form: 50% Attack Damage + 70% Ability Power → 100% Attack Damage + 100% Ability Power 
  • Kadar Attack Damage bumi terbakar Dragon Form: 10% → 15%

Dragon's Descent

  • Omnivamp Life of the Ocean: 20% → 10%

CAMILLE

Pelarasan Attack Speed baru-baru ini telah membuat kombo Camille terasa kurang lancar daripada yang diinginkan. Kami meningkatkan pertumbuhan Attack Speednya untuk membantu mengembalikan kelancaran dan keresponsifan kombo-kombonya.

Statistik Asas

  • Attack Speed setiap level: 0.016 → 0.028

MALPHITE

Malphite terus merupakan pilihan yang kukuh, tetapi dia membawa terlalu banyak damage dan ketahanan ke Rift. Kami akan mengurangkan lagi potensi burst dan kemandiriannya untuk memberi lebih banyak peluang kepada lawan untuk melawan balik.

Granite Shield

  • Kadar Nyawa Maksimum: 11% → 10% 

Thunderclap

  • Damage asas untuk attack pertama: 40/60/80/100 → 30/45/60/75
  • Kadar Armor untuk attack pertama: 30% → 20%

EKKO

Ekko telah berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan selepas patch terbaharu, membolehkannya mendahului dengan terlalu mudah. Kami mengurangkan sedikit kuasanya untuk mengawal potensinya dalam melipatgandakan kelebihan.

Z-Drive Resonance

  • Pengubah damage terhadap monster: 120% → 110%

Timewinder

  • Pengubah damage terhadap monster: 115% → 100%

LEE SIN

Lee Sin telah bergelut di semua peringkat kemahiran, jadi kami akan meningkatkan sedikit damage asasnya dan memperbaiki kelancaran kombonya untuk membantunya kembali ke prestasi terbaik.

Statistik Asas

  • Attack Speed setiap level: 0.02 → 0.04

Dragon's Rage

  • Damage asas: 125/350/575 → 150/375/600

AKALI

Sudah agak lama Akali bergelut untuk mencari kedudukannya di Rift. Daripada sekadar meningkatkan jumlah damagenya, kami memperkuat fasa laning awalnya dan menjadikan kombo akhir permainannya lebih lancar serta pantas untuk dilaksanakan, memberi pemain Akali yang mahir lebih banyak peluang untuk mengatasi lawan mereka.

Statistik Asas

  • Attack Speed setiap level: 0.02 → 0.04
  • Base Armor: 34 → 37

NASUS

Nasus telah bergelut untuk bertahan di Baron Lane dan dalam teamfight sejak patch terbaharu. Kami akan membantunya dalam aspek-aspek tersebut sambil mengurangkan keupayaan clear wave dia untuk memastikan prestasinya di Mid Lane tetap seimbang.

Statistik Asas

  • Attack Damage:58 → 62

Spirit Fire

  • Damage Asas: 55/110/165/220 → 50/90/130/170

Fury of the Sands

  • Armor dan Magic Resistance: 40/50/60 → 40/55/70

SAMIRA

Samira semakin menonjol sejak dia menerima buff baru-baru ini. Kami akan membalikkan beberapa peningkatan penskalaan pada abilitynya untuk menyeimbangkan semula kuasanya tanpa membatalkan semua penambahbaikannya akhir-akhir ini

Flair

  • Kadar Attack Damage: 125% → 115%

Inferno Trigger

  • Kadar Attack Damage: 50% → 45%

ASHE

Ashe telah mendominasi Dragon Lane di semua peringkat kemahiran, sentiasa mengatasi marksman lain. Kami mengurangkan damage attack asasnya sepanjang permainan untuk menyelaraskan kuasanya dengan Dragon Laner lain.

Frost Shot

  • Damage bonus yang dikenakan pada sasaran oleh attack asas: 0 ~ 130% (Berdasarkan statistik crit) → 0 ~ 123.5% (Berdasarkan statistik crit) 

MISS FORTUNE

Pembaikpulihan item marksman baru-baru ini dan pelarasan Damage Critical Strike telah menyebabkan binaan Miss Fortune sukar untuk bersaing. Kami memberikan sedikit peningkatan kepadanya untuk membantunya kembali bangkit dan memastikan prestasinya setanding dengan marksman lain.

Love Tap

  • Pengganda Attack Damage Bonus: 40%→ 50%

Bullet Time

  • Damage Critical Strike: 130% ~ 139% (Berdasarkan statistik crit) → 135% ~ 145.5% (Berdasarkan statistik crit) 

SINGED

Singed telah menjadi kuasa dominan di Baron Lane dan Mid Lane untuk sekian lama. Kami ingin mengurangkan kekuatan laning dan teamfightnya pada awal dan pertengahan permainan, serta keupayannya untuk mengganggu pasukan lawan pada akhir permainan. 

Statistik Asas

  • Nyawa: 690 → 660
  • Movement Speed: 355 → 350

Mega Adhesive

  • Cooldown: 11s → 14/13/12/11s

Fling

  • Cooldown: 12s → 13s

Item

Fiendhunter Bolts

Fiendhunter Bolts dan pengguna sasaran item ini masih bergelut untuk menyaingi pilihan lain. Kami memberikan peningkatan stat secara langsung pada item ini untuk membantu pengguna ia memberikan impak yang lebih besar selepas menggunakan ultimate mereka.

Opening Barrage

  • Damage Critical Strike normal: 80% → 85%
  • True Damage: 15% → 17.5%

Divine Sunderer

Kos tinggi Divine Sunderer menyukarkan ia untuk bersaing dengan pilihan item pertama yang lain. Kami menurunkan harga item ini untuk membantu pengguna ia mencapai lonjakan kuasa lebih awal dan menjadikan ia pilihan pembelian awal yang lebih menarik. 

Statistik Asas

  • Harga: 3400 → 3300

Essence Reaver

Essence Reaver dan pengguna utama item ini sedang ketinggalan dalam meta semasa. Kami memberikan peningkatan kepada item ini untuk membantu ia bersaing dengan pilihan lain dan menjadikan ia pilihan yang lebih menarik untuk champion yang bergantung pada item ini.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 50 → 55

Whispering Circlet

Whispering Circlet dan Diadem of Songs terus menyerlah berbanding pilihan support enchanter yang lain. Kami mengurangkan beberapa statistik asas dua item ini untuk menyelaraskan kuasa ia dengan item support lain dan menggalakkan lebih banyak kepelbagaian binaan.

Statistik Asas

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 8% → 6%

Diadem of Songs

Statistik Asas

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 8% → 6%

Stormrazor

Stormrazor telah menjadi pilihan utama untuk marksman, dengan kadar pilih yang tinggi serta kadar menang yang kukuh. Peningkatan Movement Speed item ini telah menjadikannya terlalu mudah untuk kite lawan sambil mengenakan damage yang ketara, jadi kami akan mengurangkan kesan ini supaya lawan mempunyai lebih banyak peluang untuk melawan balik.

Bolt

  • Damage: 120 → 100
  • Movement Speed: 45% → 35%

GAMEPLAY 

Baron Nashor

Kini merebut Baron Nashor pertama lebih berbaloi selepas patch terbaharu ini, tetapi hal itu masih belum memberikan impak seperti yang kami inginkan. Kami meningkatkan kuasa Hand of Baron untuk menjadikan merebut objektif utama ini lebih memuaskan dan memberi pasukan peluang yang lebih kukuh untuk memanfaatkan kelebihan mereka.

Hand of Baron

  • Pengurangan damage minion terhadap champion: 
    • Melee Minion/ Caster Minion: 50 - 70% → 55 - 75%
    • Cannon Minion/Siege Minion: 30% → 35%
  • Pengurangan damage minion terhadap minion lain: 
    • Melee Minion: 80% → 90%
    • Minion Lain: 20% → 25% (Kecuali Super Minion)
  • Pengurangan damage minion terhadap turret: 25% → 30% (Kecuali Super Minion)

Minion

Sama seperti Hand of Baron, Kelebihan Push Minion juga belum memberikan kuasa push yang mencukupi kepada pasukan. Kami meningkatkan pengurangan damage yang diberikan kepada minion apabila pasukan mereka sedang mendahului, membantu pasukan memanfaatkan kelebihan mereka untuk melakukan push yang lebih kuat dan mencipta lebih banyak peluang untuk menamatkan permainan.

Turret

Mekanik damage turret yang boleh stack telah menjadikan dive awal permainan terlalu menghukum untuk jungler dan laner. Kami mengurangkan kuasa ini sedikit untuk memberi pemain lebih banyak peluang melaksanakan taktik agresif dan melancarkan dive yang berjaya semasa fasa laning.

  • Pengganda damage turret untuk attack berturutan: 100%/150%/215%/300% → 100%/150%/210%/270% 

PERUBAHAN MOD PERMAINAN

AAA ARAM

Pelarasan Ubahsuaian

Violet Toxin
  • Damage On-hit: 40 ~ 80 + 40% Attack Damage Bonus + 10% Ability Power → 20 ~ 40 + 40% Attack Damage Bonus + 10% Ability Power
Chromacrash Series
  • Damage setiap saat: 10 ~ 20 + 30% Attack Damage Bonus + 15% Ability Power → 5 ~ 12 + 30% Attack Damage Bonus + 10%Ability Power
Rhythm Hunter
  • Steelbuff bagi setiap stack: 8 → 6
Red-Blue Remix
  • Stack maksimum setiap minit: 60 → 75
Transmissible Agents
  • Pemulihan dan Shield boleh dipindah: 50% → 40%
Crimson Burst
  • Cooldown: 5s → 4s