Wild Rift Patch Note 7.2d
Ptong-potong! Patch 7.2d akan mengekang beberapa champion yang terlalu kuat sambil mengembalikan sedikit kuasa kepada champion dan item yang memerlukan kuasa itu.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
SYNDRA
Selepas perubahan item mage, Syndra bergelut untuk bersaing kerana penskalaan Ability Power yang agak rendah. Kami meningkatkan penskalaan damage dan tekanan awal permainannya, sambil mengurangkan cooldown ability ketiga untuk memberinya lebih banyak peluang menghukum lawan.
Dark Sphere
- Damage asas: 70/115/160/205 → 80/130/180/230
Force of Will
- Kadar damage Ability Power: 45% → 60%
Scatter the Weak
- Cooldown: 17s → 15s
- Kadar damage Ability Power: 35% → 50%
YUUMI
Yuumi telah bergelut untuk memastikan dirinya dan sekutu selamat. Kami memberikan beberapa buff kepadanya untuk menguatkan alat sokongan dan membantu Yuumi berdiri di atas kakinya sendiri.
You and Me!
- Cooldown: 10/5/0s → 8/4/0s
- Kuasa Pemulihan dan Shield yang diberikan oleh Pasif: 6/7/8/9% → 8/9/10/11%
Zoomies
- Cooldown: 10s → 9s
- Nilai Shield: 85/110/135/160 + 30% Ability Power → 80/110/140/170 + 40% Ability Power
VLADIMIR
Vladimir terlalu bergantung pada item untuk mula menyerlah, menjadikannya sukar untuk mencapai potensi penuh sebelum terlambat. Kami meningkatkan penukaran statistik dan damage abilitynya untuk memberinya lebih banyak kuasa sepanjang permainan.
Crimson Pact
- Kadar penukaran Nyawa Bonus kepada Ability Power: 4.5%→5%
- Kadar penukaran Ability Power kepada Nyawa: 140%→150%
Transfusion
Kadar damage bonus Crimson Rush: 75% → 85%
Tides of Blood
Damage minimum: 20/40/60/80 + 35% Ability Power + 2.5% Nyawa Maksimum → 30/50/70/90 + 35% Ability Power + 3% Nyawa Maksimum
VEIGAR
Veigar mempunyai banyak damage, tetapi untuk melepasi fasa laning dan mengumpul stack dengan selamat boleh menjadi satu cabaran. Kami meningkatkan jarak gunaan ability pertama bagi memberinya lebih ruang untuk berkembang apabila berada di bawah tekanan.
Baleful Strike
Jarak: 7.75 → 9
PANTHEON
Kuasa pembunuhan awal permainan Pantheon agak terlalu boleh diharap, terutamanya ketika merebut monster epik dan mendapatkan takedown. Kami menurunkan ambang Nyawa untuk ability pertamanya melakukan critical strike, memberikan lawan lebih banyak ruang untuk bertindak balas terhadapnya.
Comet Spear
Ambang Critical Strike berdasarkan nyawa: 35% → 25%
MORDEKAISER
Mordekaiser menjadi lemah selepas kehilangan akses kepada Magic Penetration daripada item. Kami meningkatkan Magic Penetration semula jadinya dan mengurangkan cooldown ability ketiga untuk membantunya kekal kompetitif pada fasa akhir permainan.
Darkness Rise
Magic Penetration: 1/3/5/7% → 3/6/9/12%
Death's Grasp
Cooldown: 17.5/15/12.5/10s → 15/13/11/9s
TWISTED FATE
Ability ketiga Twisted Fate berskala terlalu baik dengan Ability Power, membolehkan sesetengah binaan mengenakan lebih banyak burst dan damage berterusan daripada yang sepatutnya. Kami mengurangkan had maksimum damagenya sambil memastikan binaan alternatif ini kekal berdaya saing.
Stacked Deck
Kadar Ability Power: 45% Ability Power → 35% Ability Power
FIORA
Selepas perubahan pada boot, fighter yang bergantung pada attack asas seperti Fiora telah bergelut menentang Plated Steelcaps. Kami membatalkan beberapa nerf sebelum ini untuk membantunya menewaskan lawan yang lebih kuat sekali lagi.
Duelist's Dance
Damage: 3.5% + 0.05% Attack Damage Bonus → 4% + 0.055% Attack Damage Bonus
GWEN
Gwen merupakan salah satu champion yang paling mendapat manfaat daripada perubahan Dusk and Dawn dan boot. Kami mengurangkan sedikit penskalaan Ability Power pada ability pertamanya, serta damage pada monster ability tersebut, untuk mengurangkan kekuatannya di lane dan jungle.
Snip Snip!
- Kadar Ability Power bagi setiap serangan: 7% → 6%
- Kadar Ability Power serangan akhir: 35% → 30%
- Pengubah damage terhadap monster jungle: 105%→100%
YONE
Yone telah menskala dengan terlalu selamat di Baron Lane. Kami mengurangkan Armor asasnya untuk memberikan lebih banyak peluang kepada lawan bagi menghukumnya pada awal permainan sebelum dia mencapai lonjakan kuasa.
Statistik Asas
- Armor: 43 → 37
Renekton
Seperti Fiora, Renekton juga telah bergelut selepas perubahan boot. Kami meningkatkan damage ability untuk membantunya mendapatkan semula sebahagian kuasa yang telah hilang itu.
Cull the Meek
Kadar Attack Damage bonus untuk damage biasa: 90% →100%
Ruthless Predator
- Damage asas: 24/48/72/96 → 20/60/100/140
- Damage asas Reign of Anger: 36/72/108/144→ 30/90/150/210
CAITLYN
Damage Caitlyn pada akhir permainan agak kurang memuaskan, manakala perangkapnya tidak memberikan kawalan yang mencukupi ke atas medan pertempuran. Kami meningkatkan penskalaan Pasifnya dan mengurangkan masa cas semula perangkapnya agar dia mempunyai lebih banyak impak pada akhir permainan.
Headshot
Damage: 50% - 100% (Berdasarkan level) Attack Damage + 125* Critical Rate → 60% - 110% (Berdasarkan level) Attack Damage + 200 * Critical Rate
Yordle Snap Trap
Masa cas: 27/22/17/12s → 25/20/15/10s
THRESH
Thresh dapat melontarkan cangkuk terlalu kerap selepas ability pertamanya terkena. Kami mengurangkan pemulangan cooldown ability itu apabila mengenai champion, memberikan lawan peluang yang lebih jelas untuk melawan kembali.
Death Sentence
Pengurangan Cooldown on-hit: 3s → 2s
Akali
Pelarasan Loadout
- Binaan 2: Stormsurge, Infinity Orb, Rabadon's Deathcap, Void Staff, Zhonya's Hourglass, Spellslinger's Shoes
Vladimir
Pelarasan Loadout
- Binaan 1: Hextech Rocketbelt, Riftmaker, Rabadon's Deathcap, Cryptbloom, Infinity Orb, Crimson Lucidity
- Binaan 2: Hextech Rocketbelt, Stormsurge, Rabadon's Deathcap, Void Staff, Infinity Orb, Spellslinger's Shoes
- Binaan 3: Cosmic Drive, Riftmaker, Rabadon's Deathcap, Void Staff, Zhonya's Hourglass, Spellslinger's Shoes
Lee sin
Pelarasan Loadout
- Binaan 1: Trinity Force, Eclipse, Black Cleaver, Guardian Angel, Death's Dance, Armored Advance
- Binaan 2: Youmuu's Ghostblade, Trinity Force, Serpent's Fang, Serylda's Grudge, Guardian Angel, Immortal Treads
- Rune 3: Battle Zeal, Cut Down, Legend: Alacrity,Overgrowth
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
Edge of Night
Walaupun selepas pengurangan harganya, Edge of Night masih belum mampu bersaing dengan pilihan Armor Penetration yang lain. Kami meningkatkan Armor Penetration tetap untuk memastikan utiliti pertahanan item ini tidak datang dengan pengorbanan damage yang terlalu besar.
Statistik Asas
- Armor Penetration: 8 → 12
Stormsurge
Harga tinggi Stormsurge menyukarkan item ini untuk dimuatkan dengan lancar ke dalam banyak binaan. Kami menurunkan harga ini untuk menjadikan ia pilihan yang lebih mudah diakses.
Statistik Asas
- Harga: 2900 → 2800
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
AAA ARAM
Dalam kemas kini ini, AAA ARAM akan menerima rotasi kandungan, bersama dengan ciri Spellbook baharu yang membolehkan anda memilih ability Spellbook semasa dalam permainan.
Kemas Kini Gameplay
- Pada 27 Ogos, Ubahsuaian Siri Nostalgia akan dibuang dengan kemas kini ini.
- Pada 28 Ogos, ciri Ultimate Spellbook dan easter egg "Windborne Spirit Sword" akan tersedia secara rasmi.
Ubahsuaian Baharu
Ubahsuaian Baharu: Poro King's Leap, Poro Blaster, Poro Head, Final City Transit, Spin Me Right Round, Mana Enchantment, Upgrade Sword of Blossoming Dawn, Empowered By The Faithful, Zealot, Double Tap. Untuk maklumat lanjut tentang kesan setiap satu, semak Arkib Ubahsuaian selepas kemas kini ini.