Wild Rift Patch Note 7.2c

Patch 7.2c membawakan kemas kini balance champion dan item, Dragon yang lebih kuat serta perubahan untuk memastikan Baron Lane tidak terlalu beku.

Selamat datang ke Patch 7.2c! Kami sedang mengawal beberapa champion yang terlalu mendominasi, memberikan perhatian kepada mereka yang memerlukan dorongan, dan membuat pelarasan pada item secara menyeluruh. Elemental Dragon dan Dragon Soul juga akan menerima kuasa tambahan supaya objektif lebih berbaloi untuk direbut, sambil kami mencairkan situasi beku yang menjengkelkan di Baron Lane. 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


PERUBAHAN CHAMPION

CHO'GATH

Prestasi Cho’Gath agak di bawah jangkaan sejak pelancarannya, dengan jumlah damagenya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Kami meningkatkan damagenya dan penskalaan Feast sambil menjadikan ultimatenya tersedia lebih kerap, membantu setiap stack terasa lebih berkesan serta mengukuhkan penskalaan dan ancamannya dalam teamfight.

Vorpal Spikes

  • Damage asas: 15/35/55/75 + (2.15/2.5/2.85/3.2% + 0.5% × stack Feast) × Nyawa Maksimum Sasaran → 20/45/70/95 + (2.3/2.7/3.1/3.5% + 0.6% × stack Feast) × Nyawa Maksimum Sasaran 

Feast

  • Cooldown: 80/70/60s → 70/60/50s
  • Kadar Nyawa kepada Damage Bonus: 8% → 10%

JINX

Jinx masih bergelut walaupun item crit telah menerima buff, jadi kami akan mempertingkatkan potensi laning dan reset teamfightnya.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 54 → 58

Get Excited!

  • Attack Speed: 12% → 25%

NILAH

Nilah telah mendominasi permainan berkemahiran tinggi, jadi kami mengurangkan penskalaan crit dan damage ultimate berterusannya untuk mengekang kuasanya pada akhir permainan.

Formless Blade

  • Kadar Critical Rate kepada Armor Penetration: 35% → 28%

Apotheosis

  • Damage Dot: 60/120/180 + 140% Attack Damage Bonus → 60/110/160 + 50% Attack Damage Bonus

LEONA

Leona agak terlalu tahan lasak semasa fasa laning, membolehkannya mengabaikan poke tanpa banyak akibat. Kami mengalihkan sebahagian ketahanan awal permainan itu kepada fasa akhir permainan, menjadikannya lebih adil untuk dilawan di lane sambil mengekalkan prestasi akhir permainannya.

Statistik Asas

  • Nyawa asas: 750 → 690
  • Armor asas: 55 → 50
  • Nyawa setiap level: 120 → 128

Eclipse

  • Cooldown: 14/13/12/11s → 13/12/11/10s
  • Armor bonus: 40/60/80/100 → 30/50/70/90
  • Magic Resistance bonus: 40/60/80/100 → 30/50/70/90

RUMBLE

Rumble telah mengenakan terlalu banyak damage tanpa perlu melabur dalam Ability Power. Kami mengubah profil damagenya untuk memberi ganjaran kepada binaan AP yang berat, terutamanya ketika menewaskan sasaran dengan Nyawa tinggi semasa Danger Zone.

Statistik Asas

  • Nyawa asas: 690 → 660
  • Nyawa setiap level: 120 → 128

Flamespitter

  • Damage: 120/160/200/240 + 110% Ability Power + 6%/8%/10%/12% Nyawa Maksimum Sasaran → 100/140/180/220 + 125% Ability Power + 7%/8%/9%/10% Nyawa Maksimum Sasaran 
  • Damage Danger Zone: 180/240/300/360 + 165% Ability Power + 9%/12%/15%/18% Nyawa Maksimum Sasaran → 150/210/270/330 + 187.5% Ability Power + 10.5%/12%/13.5%/15% Nyawa Maksimum Sasaran

Scrap Shield

  • Shield: 40/70/100/130 + 6% Nyawa Maksimum → 40/80/120/160 + 4% Nyawa Maksimum 
  • Shield Danger Zone: 60/105/150/195 + 9% Nyawa Maksimum → 60/120/180/240 + 6% Nyawa Maksimum 

Electro Harpoon

  • Damage Ability Power bonus: 40% → 50%
  • Damage Ability Power Bonus Danger Zone: 60% → 75%

NASUS

Seperti champion penskalaan yang lain, Nasus telah menjadi terlalu sukar untuk dikawal. Kami mengurangkan ketahanan Nasus pada awal permainan dan meningkatkan cooldown ultimatenya, memberikan lebih banyak peluang kepada pihak lawan untuk menghukumnya serta memaksa Nasus lebih berhati-hati dalam memilih masa untuk bertempur.

Statistik Asas

  • Armor asas: 46 → 40

Fury of the Sands

  • Cooldown: 75/70/65s → 90/80/70s

RYZE

Ryze semakin menyerlah sejak kemas kini kepada Archangel’s Staff dan item mage yang lain. Kami mengurangkan kuasa tempur awal permainannya, memberikan lebih banyak peluang kepada pihak lawan untuk menghukumnya dan melambatkan penskalaannya.

Statistik Asas

  • Nyawa asas: 660 → 630
  • Armor asas: 40 → 37

Rune Prison

  • Damage: 70/110/150/190 + 65% Ability Power + 4% Mana Bonus → 50/90/130/170 + 55% Ability Power + 3% Mana Bonus 

WARWICK

Sejak perubahan pada ultimatenya, Warwick menjadi terlalu berkesan dalam memburu sasaran diutamakan dan menguasai awal serta pertengahan permainan. Kami mengurangkan potensi pemilihannya supaya mangsanya ada lebih banyak ruang untuk melawan balik.

Infinite Duress

  • Cooldown: 80/70/60s →100/90/80s
  • Damage asas: 125/300/475 → 100/275/450

KOG'MAW

Baik pulih item mage telah memberikan Kog’Maw AP banyak Ability Power dan Mana untuk menghujani musuh dengan damage dari jarak yang selamat. Kami menambah beberapa kekangan untuk memberi lawan lebih banyak peluang melawan balik sambil mengekalkan gaya permainan artillery teras.

Living Artillery

  • Kos Mana: 40 - 400 (Berdasarkan bilangan gunaan) → 50 - 500 (Berdasarkan bilangan gunaan) 
  • Jarak: 12/14/16 → 11/13/15
  • Damage asas: 100/140/180 → 80/120/160

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Berserker's Greaves

Kami berpuas hati dengan sistem boot secara keseluruhan, tetapi jurang kuasa antara beberapa pilihan Peringkat 2 dan Peringkat 3 telah menjadi terlalu besar. Kami akan buff beberapa boot Peringkat 2 terpilih dan mengurangkan kuasa pada naik taraf Peringkat 3 untuk memberikan setiap satu kekuatan yang lebih jelas dan tertumpu.

Statistik Asas

  • Attack Speed: 30% → 35%

Mercury's Treads

Statistik Asas

  • Tenacity: 15% → 30%

Plated Steelcaps

Block 

  • Pengurangan Damage: 6% → 10%

Gunmetal Greaves

Noxian Gait

  • Movement Speed: 15/12% (Melee/ Ranged) → 10/7% (Melee/ Ranged)

Chainlaced Crushers

Statistik Asas

  • Magic Resistance: 35 → 30

Armored Advance

Statistik Asas

  • Armor: 35 → 30

Spellslinger's Shoes

Statistik Asas 

  • Ability Power: 40 → 35

Big Bully

  • True Damage: 22 → 18

Sunfire Aegis

Sunfire Aegis semakin ketinggalan sebagai pilihan item pertama, terutamanya apabila berhadapan dengan physical damage. Kami meningkatkan Armor item ini untuk mengukuhkan identiti ia sebagai item waveclear dengan Armor tinggi dan menjadikan ia pilihan awal yang lebih kompetitif.

Statistik Asas

  • Nyawa: 425 → 350
  • Armor: 20 → 40
  • Laluan Binaan: Bami's Cinder (1300) + Ruby Crystal (500) + Cloth Armor (500) + 600 → Bami's Cinder (1300) + Chain Vest (900) + 700

Stridebreaker

Stridebreaker tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk pengguna sasaran item tersebut, terutamanya champion yang bergantung pada Attack Speed yang lebih tinggi. Kami memberikan peningkatan untuk menyokong champion tersebut dengan lebih baik dan membantu item ini mencapai potensi penuh.

Statistik Asas

  • Attack Speed: 15% → 25%

Mikael's Blessing

Mikael’s Blessing masih belum memenuhi peranan sebagai pilihan perlindungan yang benar-benar kuat. Kami memberikan peningkatan langsung untuk membantu item ini bersaing lebih baik dengan item support lain.

Statistik Asas 

  • Nilai Pemulihan dan Shield: 6% → 9%

Purify 

  • Cooldown: 90s → 75s

Kaenic Rookern

Kaenic Rookern telah ketinggalan selepas baik pulih item mage. Kami memberikan peningkatan untuk memulangkan item ini semula sebagai pilihan Magic Resist yang kompetitif, terutamanya untuk champion yang stack sejumlah besar Nyawa.

Statistik Asas 

  • Magic Resistance: 75 → 80

Magebane

  • Shield: 70 ~ 180 (Berdasarkan level) + 10% Nyawa Maksimum -> 50 ~ 150 (Berdasarkan level) + 14% Nyawa Maksimum

Medan Pertempuran

Infernal Dragon

Elemental Dragon dan Dragon Soul telah kehilangan sedikit kepentingan dari masa ke masa. Kami meningkatkan impak setiap satu untuk menjadikan Dragon objektif strategik yang lebih bermakna dan memberi pasukan lebih banyak sebab untuk berebut kawalan ke atasnya.

Bonus Statistik 

  • Attack Damage dan Ability Power: 3% → 4%

Dragon Soul 

  • Adaptive Damage: 135 + 25% Attack Damage Bonus + 12.5% Ability Power → 180 + 35% Attack Damage Bonus + 15% Ability Power

Mountain Dragon

Dragon Soul

  • Shield: 260 → 350 

Ocean Dragon

Bonus Statistik 

  • Nyawa hilang dipulihkan setiap 5 saat: 2% → 2.8%

Dragon Soul 

  • Pemulihan: 190 + 36% Attack Damage Bonus + 18% Ability Power + 7.5% Nyawa Bonus → 250 + 48% Attack Damage Bonus + 25% Ability Power + 10% Nyawa Bonus

Minion Baron Lane

Pengurangan damage minion di Baron Lane telah menyebabkan keadaan lane yang lebih mengecewakan daripada yang dijangkakan, terutamanya melalui pembekuan wave yang berpanjangan. Dengan Baron Laner mendapat lebih banyak cara untuk mempengaruhi peta pada patch ini, kami menarik balik mekanik ini untuk memastikan interaksi di lane kekal sihat.

  • Sebelum 6:00, pengurangan damage minion terhadap damage daripada minion lain: Dibuang

PERUBAHAN MOD PERMAINAN 

AAA ARAM

Dalam kemas kini kali ini, kami memberikan perhatian kepada champion yang kurang popular. Buff ini sepatutnya membuka lebih banyak pilihan menarik, memberi lebih banyak champion peluang untuk menyerlah dan membawa kepelbagaian yang lebih besar kepada barisan champion.

Pelarasan Champion

Bard

(2) Caretaker's Shrine

  • Cooldown: 15/14.5/14/13.5s → 8/7/6/5s
  • Kos Mana: 70 → 35
Nocturne

(2) Shroud of Darkness

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 9/8/7/6s
  • Kos Mana: 50 → 25
Nunu & Willump

(3) Snowball Barrage

  • Cooldown: 12s → 6s
  • Kos Mana: 55/60/65/70 → 25/30/35/40
Annie

(3) Molten Shield

  • Cooldown: 14s → 7s
  • Kos Mana: 60 → 30
Gnar

(3) Hop/ Crunch

  • Cooldown: 21/18/15/12s → 10.5/9/7.5/6s
Zilean

(2) Twisted Timeflow

  • Cooldown: 14.5/13.5/12.5/11.5s → 9.5/8.5/7.5/6.5s
  • Kos Mana: 35 → 15
Karma

(2) Focused Resolve

  • Cooldown: 15s → 7.5s
  • Kos Mana: 55/60/65/70 → 25/30/35/40
Orianna

(3) Command: Protect

  • Cooldown: 9s → 4.5s
  • Kos Mana: 60 → 30
Skarner

(3)Ixtal's Impact

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 9/8/7/6s
  • Kos Mana: 50/55/60/65 → 20/25/30/35
Jarvan IV

(2)Golden Aegis

  • Cooldown: 10s → 5s
  • Kos Mana: 30 → 15
Olaf
  • Damage diterima: 85% → 80%
Riven
  • Damage diterima: 85% → 80%
Zoe
  • Damage dikenakan: 120% → 125%
Amumu
  • Damage diterima: 90% → 85%
Viego
  • Damage Diterima: 85% → 80%
Xin Zhao
  • Damage Diterima: 85% → 80%
Shen
  • Kos Energy Dikurangkan: 33%
Akali
  • Kos Energy Dikurangkan: 33%
Kennen
  • Kos Energy Dikurangkan: 33%
Zed
  • Kos Energy Dikurangkan: 33%
Master Yi

(1) Alpha Strike

  • Baharu: 120% kadar Ability Power

(2) Meditate

  • Kadar Ability Power: 80% → 400%

Bug fix

  • Membaiki isu yang pengubah balance pengurangan damage Diana telah tersilap ditukar kepada peningkatan damage diterima.