Wild Rift Patch Note 7.1h
Kami mengakhiri Patch 7.1 dengan set terakhir perubahan balance yang bertujuan untuk menstabilkan beberapa champion yang masih menonjol dalam barisan. Daripada mengekang pilihan dominan hingga memperkuat champion dan item yang memerlukan dorongan, pelarasan ini sepatutnya membantu memastikan perlawanan kekal kompetitif ketika kami menuju ke patch seterusnya.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
THRESH
Thresh terasa agak kurang berkuasa dalam kebanyakan perlawanan. Kami memperkukuh beberapa nilai teras untuk memberinya lebih banyak ruang demi bersaing dengan champion support lain.
Damnation
- Jarak Spawn Soul: 12 → 15
Death Sentence
Cooldown: 17/15/13/11s → 18/15/12/9s
- Damage: 80/130/180/230 + 50% Ability Power → 100/160/220/280 + 80% Ability Power
Dark Passage
Cooldown: 22/20/18/16s → 21/19/17/15s
- Shield: 65/115/165/215 → 50/90/130/170
Flay
Damage bonus untuk attack yang dipertingkat: 80%/100%/120%/140% → 80%/120%/160%/200%
- Damage Aktif: 65/105/145/185 + 40% Ability Power → 75/115/155/195 + 60% Ability Power
Nunu & Willump
Nunu & Willump membawa terlalu banyak ke Rift, menggabungkan keupayaan roam dan tekanan gank yang kuat dengan ketahanan serta damage yang tinggi. Kami mengekalkan identiti snowball mereka sambil mengurangkan damage dan kemampanan mereka.
Consume
Kadar Damage berdasarkan Nyawa Bonus: 6% → 5%
- Kadar Health Regen berdasarkan Nyawa Bonus: 12% → 10%
Snowball Barrage
- Bola Salji: 10/14/18/22 → 8/12/16/20
SERAPHINE
Prestasi Seraphine telah ketinggalan sejak pembuangan Glacial Augment dan perubahan pengurangan cooldown secara menyeluruh. Kami meningkatkan pemulihan pada ability keduanya dan memanjangkan tempoh charm pada ability keempatnya untuk memperkuat utiliti teamfight serta membantu dia kembali menyerlah semula.
Surround Sound
- Kadar Pemulihan: 5% → 6%
Encore
- Tempoh Charm: 1/1.25/1.5 → 1.25/1.5/1.75
SKARNER
Skarner telah kurang menyerlah di semua peringkat, menyebabkan dia tidak meninggalkan kesan seperti yang kami harapkan daripada Primordial Sovereign. Kami meningkatkan kuasanya agar dia boleh clear jungle dengan lebih berkesan dan mengekalkan tekanan yang lebih kuat dari awal permainan hingga ke peringkat akhir perlawanan.
Statistik Asas
Attack Damage setiap level: 3.5 → 4
- Nyawa setiap level: 120 → 128
- Health Regen: 6 → 9
Shattered Earth / Upheaval
Damage peratusan Nyawa maksimum serangan / lontaran ketiga: 9% → 10%
- Slow: 40% → 45%
Seismic Bastion
- Slow: 20% → 25%
NAUTILUS
Nautilus ibarat gelombang dua belas di jungle, menggabungkan kelajuan clear yang luar biasa dengan ketahanan yang mengagumkan. Damage bonus terhadap monster membolehkannya clear kem dengan terlalu berkesan, dan shield pada ability keduanya memberikan ketahanan lebih daripada yang kami inginkan tanpa memerlukan item tank. Kami mengurangkan kedua-duanya untuk memastikan dia seimbang dengan barisan champion jungle yang lain.
Titan's Wrath
Kadar damage terhadap monster jungle: 200% → 125%
- Kadar shield berdasarkan Nyawa maksimum: 13%/14%/15%/16% → 9%/10%/11%/12%
Riptide
- Kadar damage terhadap monster jungle: 175% → 125%
GNAR
Kadar pemilihan Gnar kekal lebih rendah daripada yang kami inginkan di semua peringkat. Untuk menjadikannya pilihan Baron lane yang lebih kompetitif, kami meningkatkan statistik asasnya dan menguatkan damage pada ability keduanya, memberikan lebih banyak kekuatan di lane serta impak yang lebih besar semakin permainan berjalan.
Rage Gene
Statistik yang diperoleh ketika bertukar
- Nyawa: 100 - 850 (Berdasarkan Level) → 100 - 900 (Berdasarkan Level)
- Armor: 4 - 55 (Berdasarkan Level) → 5 - 60 (Berdasarkan Level)
- Magic Resistance: 4 - 65 (Berdasarkan Level) → 5 - 70 (Berdasarkan Level)
Hyper
- Damage berdasarkan Nyawa Maksimum: 6%/8%/10%/12% → 7%/9%/11%/13%
TALIYAH
Keupayaan Taliyah untuk bergerak pantas di sekitar peta dan clear wave serta kem jungle dengan cekap telah mencipta terlalu banyak tekanan pada awal dan pertengahan permainan. Kami mengurangkan movement speed daripada pasifnya dan menurunkan kuasa clear ability pertamanya untuk memberi lebih banyak peluang kepada lawan untuk mengatasi kekuatannya.
Statistik Asas
- Movement Speed: 355 → 350
Rock Surfing
- Movement Speed: 10%/15%/25%/40% → 5%/10%/20%/35%
Threaded Volley
- Pengurangan cooldown di atas Worked Ground: 50% → 30%
SONA
Prestasi Sona tidak mencapai jangkaan di semua peringkat. Untuk membantu dia lebih memenuhi peranannya sebagai scaling enchanter, kami meningkatkan pemulihan asas pada ability keduanya dan menambah movement speed diri daripada ability ketiganya, sekali gus memperbaiki kemandiriannya serta keupayaannya untuk kekal bersama pasukan dalam pertempuran.
Aria of Perseverance
- Pemulihan: 25/40/55/70 → 45/60/75/90
Song of Celerity
- Movement Speed asas yang diberikan kepada diri sendiri: 10/11/12/13% → 15/16/17/18%
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
Chemtech Chainsword telah kurang berprestasi sejak kebelakangan ini dan jarang menonjol berbanding dengan item-item lain dalam kelas yang sama. Kami meningkatkan Nyawa yang diberikan untuk menjadi pilihan yang lebih menarik sambil memastikan kuasa item ini tetap tertumpu pada ketahanan dan utiliti, bukannya damage tambahan.
Statistik Asas
- Nyawa Asas: 250 → 400
BUG FIX
- Membaiki isu yang Quicksilver Enchant tidak dapat membuang kesan crowd control daripada ability (1) Thresh dan ability (1) Nami.
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
Howling Abyss
Masa untuk memulakan undian menyerah kalah standard telah diawalkan dari 9 minit kepada 7 minit. Menyerah awal kekal tidak berubah. Perubahan ini terpakai untuk ARAM, AAA ARAM dan Spellbook ARAM.
Kini undian menyerah kalah standard memerlukan 70% atau lebih undian setuju untuk diluluskan.