Wild Rift Patch Note 7.1f

Selamat datang ke Patch 7.1f!

Pada patch ini, kami akan menalakan kekuatan beberapa champion yang terlalu kuat, terlalu sukar untuk ditewaskan atau berupaya untuk clear jungle dengan terlalu pantas. Pada masa yang sama, beberapa pilihan yang kurang menyerlah akan menerima sedikit perhatian agar mereka dapat menyerlah dengan lebih terang di Rift. Dari fasa laning yang lebih lancar hingga teamfight yang lebih adil, perubahan ini bertujuan untuk mewujudkan matchup yang lebih sihat, peluang melawan balas yang lebih jelas dan detik-detik yang lebih mendebarkan dari awal permainan hingga letupan Nexus.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
 


PERUBAHAN CHAMPION

KAYLE

Sebagai champion yang bergantung pada penskalaan, fasa laning awal Kayle sering membuatnya berada di bawah tekanan yang terlalu tinggi. Kami meningkatkan Attack Damage asas dan pemulihan mananya supaya dia mempunyai permulaan yang lebih stabil di lane.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 50 → 54
  • Mana Regeneration: 12 → 16

Celestial Blessing

  • Pemulihan Asas: 65/105/145/185 → 95/125/155/185

TALIYAH

Taliyah terlalu berkesan dalam mengawal rentak pertempuran dengan alat serangan jarak jauhnya dan damage yang konsisten. Liputan luas ability keduanya juga memberinya terlalu banyak kawalan dalam teamfight. Jadi, kami mengurangkan radius gunaan ability keduanya dan menurunkan damage yang dicetuskan oleh setiap batu daripada ability ketiganya untuk mengawal crowd control jarak jauhnya yang menindas serta output damage keseluruhannya.
 

Threaded Volley

  • Damage asas daripada serangan pertama dengan 5 batu:50/70/90/110  → 40/60/80/100 

Seismic Shove

  • Radius Gunaan: 9 → 8

Unraveled Earth

  • Damage letusan batu pertama: 30/45/60/75 → 20/35/50/65 

AMBESSA

Ambessa terlalu dominan pada awal permainan disebabkan nilai shield asas yang tinggi pada ability keduanya, tetapi ketahanannya berkurang apabila perlawanan berlanjutan. Kami sedang melaraskan struktur penskalaan shieldnya dengan menurunkan nilai asas ability itu dan meningkatkan pertumbuhan setiap level, memberikan lebih ruang kepada lawannya untuk trade pada awal permainan sambil meningkatkan kemandirian Ambessa pada akhir permainan.
 

Repudiation

  • Shield: 95 ~ 319 (Berdasarkan Level) + 125% Attack Damage Bonus → 50 ~ 330 (Berdasarkan Level) + 120% Attack Damage Bonus

K'Sante

K’Sante telah menjadi terlalu tahan lasak walaupun selepas mengaktifkan ultimatenya, memaksa lawannya menggunakan terlalu banyak sumber untuk menewaskannya. Kami mahu bentuk ultimatenya menekankan damage tinggi dengan mengorbankan kemandirian, jadi kami akan meningkatkan kelemahan selepas pengaktifan ultimatenya. Perubahan ini akan membuat K’Sante lebih berhati-hati dalam menggunakan abilitynya sambil memberikan lawannya peluang yang lebih jelas untuk menghukum dan menyingkirkannya.
 

All Out

  • Nyawa maksimum yang hilang: 25% → 30%
  • Armor bonus yang hilang: 70% → 80%
  • Magic Resist bonus yang hilang: 70% → 80%

GRAGAS

Gragas telah menjadi pilihan dominan di peringkat permainan yang lebih tinggi sejak kebelakangan ini, terutamanya kerana damage yang konsisten daripada ability keduanya. Jadi, kami akan melaraskan struktur damagenya dengan mengurangkan sebahagian daripada damage asas dan penskalaan AP ability tersebut, sambil meningkatkan damage yang dikenakan berdasarkan Nyawa maksimum sasaran. Ini membolehkan Gragas mengekalkan kecekapan clear jungle yang kukuh sambil mengurangkan burst damagenya terhadap champion yang lebih lembik.
 

Drunken Rage

  • Damage: 65/90/115/140 + 90% Ability Power + 7% Nyawa Maksimum Sasaran → 35/70/105/140 + 70% Ability Power + 8% Nyawa Maksimum Sasaran

VIEGO

Kelajuan clear jungle Viego terlalu cekap, membolehkannya melipatgandakan kelebihan dalam permainan dengan lebih konsisten berbanding dengan jungler lain. Kami mengurangkan damage Nyawa semasa pada ability pertamanya untuk memperlahankan tempo awalnya. Selain itu, potensi pembunuhan ability keempatnya dalam teamfight telah menunjukkan prestasi yang luar biasa, jadi kami mengecilkan kawasan damage ability tersebut supaya memerlukan posisi dan masa yang lebih tepat ketika menyerang.
 

Blade of the Ruined King

  • Damage berdasarkan Nyawa semasa sasaran: 3%/4%/5%/6% → 2%/3%/4%/5%

Heartbreaker

  • Radius Damage: 3 → 2.75

AKSHAN

Akshan sudah lama tidak menjadi tumpuan. Pada masa ini, semasa fasa laning, dia terlalu bergantung pada ability ketiganya untuk mencari peluang trade, menyebabkan keperluan pelaksanaan yang sangat tinggi. Kami meningkatkan damage ability pertamanya untuk memberikan pemain lebih fleksibiliti dan pilihan strategik ketika melakukan trade di lane.
 

Avengerang

  • Damage: 5/35/65/95 + 80% Attack Damage → 10/40/70/100 + 85% Attack Damage

NORRA

Pada masa ini ability pertama Norra mengenakan terlalu banyak damage melalui nilai asas yang tinggi, membolehkannya kekal mengancam biarpun tanpa kelebihan gold atau level yang besar. Pada masa yang sama, ability keempatnya memberikan kawalan zon yang hebat, menjadikannya sangat berkesan semasa roam dan perebutan objektif neutral. Kami mengurangkan damage kedua-dua ability untuk menurunkan tahap ancaman keseluruhannya dan menjadikannya lebih sukar untuk dia memberi tekanan
 

Memory Surge

  • Damage Asas: 60/120/180/240 → 55/110/165/220

Portalpalooza!

  • Damage: 100/150/200 + 60% Ability Power → 100/140/180 + 55% Ability Power

KOG'MAW

Pada masa ini ability kedua Kog’Maw mengenakan terlalu banyak damage peratusan Nyawa maksimum, menyebabkan barisan hadapan mempunyai ruang yang sangat terhad untuk bertindak balas terhadapnya. Kami mengurangkan sedikit damage peratusan Nyawa maksimum ability tersebut untuk memberikan champion tank pengalaman yang lebih mudah dikendalikan apabila berhadapan dengan Kog’Maw.
 

Bio-Arcane Barrage

  • eratusan Damage berdasarkan Nyawa Maksimum: 2/3/4/5% → 1.5/2.5/3.5/4.5%

SHEN

Kehadiran Shen kurang menyerlah di semua peringkat, jadi kami meningkatkan damage asas ability pertamanya di semua pangkat, seiring dengan damage peratusan Nyawa maksimum selepas mengaktifkan empowerment Spirit Bladenya. Ini akan memberinya kuasa trade yang lebih kuat dan menjadikannya lebih mengancam dalam matchup di Baron lane.
 

Twilight Assault

  • Damage Nyawa Maksimum: 2.5/3/3.5/4% → 3/3.5/4/4.5%
  • Damage Nyawa Maksimum Spirit Blade Diempower: 5/5.5/6/6.5% → 5.5/6/6.5/7%

BUG FIX 

  • Membaiki isu yang sistem Rakan Rapat memaparkan nilai pada klien yang tidak sepadan dengan jumlah peningkatan sebenar.
  • Membaiki isu yang butang info Honor hilang selepas pertukaran peranan semasa Pemilihan Champion.
  • Membaiki isu yang medan untuk menyukai rakan sepasukan hilang selepas pertukaran peranan.
  • Membaiki isu yang mengklik item yang telah tamat tempoh dalam mel akan menyebabkan ralat.
  • Membaiki isu yang peranti iOS boleh crash selepas berbilang perlawanan berturutan.
  • Mengoptimumkan masalah tersangkut-sangkut semasa pemuatan medan pertempuran.
  • Memperbaik isu peranti menjadi terlampau panas.
  •  (Penyelesaian sementara: Turunkan kualiti grafik dan resolusi dalam Setting, matikan Highlight (“Setting→ Replay”) dan nyahaktif Mod mudah alih dan wifi (“Setting→ Lain-lain → Pengoptimuman Rangkaian”).)
  • Mengurangkan penggunaan kuasa daripada antara muka emote beranimasi.
  • Mengurangkan penggunaan kuasa daripada aset persekitaran dalam permainan.
  • Mengoptimumkan isu tersangkut-sangkut dalam permainan menjejaskan peranti Android berkuasa sederhana hingga tinggi.
  • Mengoptimumkan isu tersangkut-sangkut dalam permainan menjejaskan peranti berkuasa rendah.
  • Mengoptimumkan isu yang menyebabkan segelintir pemain akan crash selepas matchmaking berjaya.