Wild Rift Patch Note 7.1e
Selamat datang ke Patch 7.1e! Pada patch ini, Taliyah tiba menyertai pertempuran. Kami juga akan membuat beberapa pelarasan untuk mengimbangi kekuatan merentas seluruh barisan champion. Beberapa champion telah menunjukkan prestasi yang terlalu hebat, terutamanya dalam aspek melipatgandakan kelebihan atau menghancurkan barisan hadapan, ketika yang lain masih belum mencapai lonjakan kekuatan yang dijangkakan. Selain itu, terdapat beberapa pelarasan balance untuk beberapa Mod Pengembaraan kami.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
TALIYAH, THE STONEWEAVER
Taliyah ialah seorang mage nomad dari Shurima, terbelah bahagi antara kekaguman remaja dengan tanggungjawab dewasa. Dia telah merentasi hampir seluruh Valoran dalam pengembaraan untuk memahami hakikat sebenar kuasa yang semakin berkembang dalam dirinya, namun baru-baru ini dia telah kembali untuk melindungi sukunya. Ada yang tersalah anggap bahawa belas kasihannya itu satu kelemahan dan telah kehilangan nyawa mereka sebagai balasanβkerana di sebalik perwatakan muda Taliyah tersembunyi kehendak yang cukup kuat untuk menggerakkan gunung-ganang, dan semangat yang cukup garang untuk membuatkan bumi itu sendiri bergegar.
Taliyah akan dikeluarkan pada 15 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.

GAREN
Garen agak terlalu dominan sekarang, terutamanya apabila melibatkan menembusi barisan hadapan yang tanky. Damage dan Armor Penetration pada ability ketiganya memberikan dia lebih banyak kuasa daripada yang sepatutnya dalam teamfight. Jadi, kami mengurangkan sedikit damage asas dan Armor Penetration pada ability ini untuk mengekalkan identiti juggernautnya, sambil memastikan dia kurang menindas terhadap tank.
Perseverance
- Health regeneration semasa tidak diserang oleh damage atau ability musuh selama tempoh tertentu: 1.3% ~ 5.5% (Berdasarkan Level) β 1.2 ~ 4.5% (Berdasarkan Level)
Judgement
- Damage Asas: 15/19/23/27 β 13/17/21/25
- Penghancuran Armor: 15% β 10%
SHYVANA
Shyvana cenderung meningkat dengan terlalu cepat sehingga menjadi ancaman yang sukar dibendung pada akhir permainan. Pada patch ini, kami mengalihkan sebahagian kuasanya ke peringkat awal sambil mengurangkan penskalaannya dan meratakan lengkung kekuatannya secara keseluruhan. Perubahan ini sepatutnya menjadikan dia kurang menindas dari masa ke masa sambil memberikan kehadiran yang lebih stabil sepanjang permainan.
Statistik Asas
- Attack Damage asas: 58 β 62
Fury of the Dragonborn
- Membunuh Monster Besar memberikan 10 β 8 stack Draconic Bloodline.
Twin Bite
- Kesan slow attack diempower Dragon form: 50% β 30%
Dragon's Descent
- Fury dijana setiap saat: 1.5/2/2.5 β 1/1.5/2
RYZE
Ryze sedang menunjukkan prestasi yang hebat dengan keupayaan penskalaan yang konsisten ke pertengahan dan akhir permainan, sambil masih menawarkan poke dan burst yang mantap pada awal permainan. Pada masa ini, movement speed daripada ability pertamanya, terutamanya apabila digabungkan dengan Phase Rush, memberikannya mobiliti burst yang terlalu tinggi dan menyukarkan musuh menghukumnya. Jadi, kami akan mengurangkan interaksi mobiliti ini dan menurunkan sedikit damage asas ability pertamanya untuk memastikan kekuatannya terbendung.
Statistik Asas
- Attack Damage asas: 58 β 54
Overload
- Movement Speed bonus selepas pelepasan: 30%/35%/40%/45% β 20%/27.5%/35%/42.5%
- Damage Asas: 80/105/130/155 β 70/95/120/145
TWISTED FATE
Twisted Fate sedang menyusun dek dengan terlalu baik, terutamanya dengan penjanaan gold pasifnya yang membolehkan anda mengaut keuntungan awal dan mendominasi permainan dengan kelebihan item yang besar. Kami mengurangkan gold bonus daripada pasifnya dan menurunkan Attack Speed pada ability ketiganya untuk memperlahankan taktik mengharapkan nasib baik dia dan memastikan peningkatan kuasanya terkawal.
Loaded Dice
- Gold bonus apabila membunuh unit: 2 ~ 12 β 1 ~ 9
Stacked Deck
- Attack Speed semasa Aktif: 30%/35%/40%/45% β 20%/25%/30%/35%
BARD
Chime Bard tidak benar-benar menghasilkan nada yang tepat ketika ini, terutamanya semasa lonjakan kuasanya pada pertengahan permainan. Dia ketinggalan dari detik dia sepatutnya memberi impak terbesar, jadi kami mempercepatkan masa cas untuk ability keduanya pada pangkat lebih tinggi dan mengurangkan cooldown untuk ability keempatnya, membantu dia mengekalkan tempo dan menyokong pasukannya dengan lebih baik pada saat yang paling genting.
Caretaker's Shrine
- Masa Cas: 15/15/15/15s β 15/14.5/14/13.5s
Tempered Fate
- Cooldown: 80/70/60s β 75/65/55s
GRAVES
Graves membawa kuasa tembakan, tapi keadaan awal permainannya agak tersasar. Kami memendekkan cooldown untuk ability ketiganya supaya dia boleh terus beraksi tanpa henti, dan memberikan ability pertamanya burst yang lebih kuat pada awal permainan, membantu dia kekal bertahan dan terus memberi tekanan.
End of the Line
- Kadar Attack Damage bonus letupan: 80%/110%/140%/170% β 110%/130%/150%/170%
Quickdraw
- Cooldown: 16/15/14/13s β 13/13/13/13s
KAYN
Shadow Assassin Kayn tidak cukup tajam ketika bertempur sekarang, menyebabkan burstnya tidak mencapai tahap sebenar seorang assassin. Jadi, kami mempertajam damagenya dengan meningkatkan bonus daripada pasifnya dan meningkatkan penskalaan AD pada ability keduanya, supaya dia boleh menebas musuh dengan lebih mudah dan memberikan penyudah maut yang lebih kemas.
The Darkin Scythe
- Kadar damage bonus dalam bentuk Shadow Assassin: 48% ~ 62% (Berdasarkan Level) β 52% ~ 66% (Berdasarkan Level)
Blade's Reach
- Penskalaan Attack Damage Bonus: 110% β 120%
SMOLDER
Super Scorcher Breath
- Stack yang diperlukan untuk memberikan kesan diempower: 20/85/150 β 25/100/175
- Penskalaan damage berasaskan Crit: Critical Rate* 50% β (Critical Rate + Critical Damage bonus) Γ 45%
PERUBAHAN ITEM
Randuin's Omen
Randuinβs Omen pada masa ini memberikan pengurangan terhadap critical damage Attack yang tidak mencukupi. Sebagai item pertahanan teras yang direka untuk melawan burst daripada carry AD, prestasi ia agak rendah. Kami meningkatkan pengurangan damage daripada aktif item ini, membolehkan champion tank bertahan dengan lebih yakin terhadap marksman berasaskan kritikal.
Resilience
- Pengurangan Critical Damage: 20% β 30%
Kraken Slayer
Kraken Slayer pada masa ini mempunyai kadar kos-ke-kuasa yang tinggi, dan prestasi item ini terhadap sasaran bernyawa rendah agak mengecewakan, menjadikan ia kurang kompetitif berbanding dengan item lain dalam julat harga yang sama. Kami mengurangkan kos dan meningkatkan damage maksimum item ini terhadap musuh bernyawa rendah.
Statistik asas:
- Harga: 3000 β 2800
Bring It Down
- Damage maksimum berdasarkan Nyawa yang hilang: 50% β 70%
Sundered Sky
Sundered Sky ialah item teras untuk fighter tanky, tetapi kemampanan ia pada masa ini terlalu lemah, mengehadkan keberkesanan dalam pertempuran yang berpanjangan. Kami meningkatkan sedikit kadar pemulihan dan juga Nyawa yang diberikan oleh item ini.
Statistik asas:
- Nyawa: 300 β 350
Lightshield Strike
- Pemulihan berdasarkan Nyawa yang hilang: 5% β 6%
BUG FIX
- Membaiki penerangan untuk rune Ixtal Seedjar yang tidak tepat.
- Membaiki isu yang ability (1) Sett mengenakan damage yang tidak tepat.
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
ARAM
Balance Champion
Perubahan ini terpakai untuk semua peta Howling Abyss, termasuk ARAM, AAA ARAM dan Spellbook ARAM
Smolder
ARAM
Pelarasan Ubahsuaian
Bumper Car
- Cooldown: 40s β 60s
- Tempoh Hentam Ke Atas 1.5s β 0.5s
Slow and Steady
- Kadar penukaran Attack Speed kepada Attack Damage: 0.75 β 1
One Strike
- Pengurangan gold pembelian asas: 5% β 4%
- Pengurangan bonus bagi setiap Ubahsuaian: 5% β 4%
Charged Shield
- Shield Diberikan: 30% β 25%
Fuel Graffiti
- Damage ditingkatkan sebanyak 10. Dianggap sebagai damage ability.
Air Blade
- Bagi setiap Ubahsuaian Guna Auto tambahan, Ubahsuaian ini mendapat 20 Ability Haste.
Energy Canister
- Bagi setiap Ubahsuaian Guna Auto tambahan, mendapat 1 Kapsul tenaga tambahan.
Bloodbath
- Bagi setiap Ubahsuaian Guna Auto tambahan, Ubahsuaian ini mendapat 20 Ability Haste.
Proximity Mine
- Bagi setiap Ubahsuaian Guna Auto tambahan, mendapat +1 cas periuk api.
SKIN
Cafe Cuties Norra Akan dikeluarkan pada 20 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Pool Party Taliyah Akan dikeluarkan pada 15 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |

