Wild Rift Patch Note 7.1b

Perubahan balance menyeluruh selepas pelancaran Patch 7.1.

Kami harap anda seronok memecut di Rift atau bermain sebagai K’Sante. Kami bawakan beberapa pelarasan menyeluruh, dari Amumu hingga Trinity Force, selamat datang ke Patch 7.1b!

 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


PERUBAHAN CHAMPION

TALON

Talon agak ketinggalan di jungle pada patch ini, jadi kami mempertajam AoE-nya supaya dia boleh clear jungle dengan lebih pantas dan roam dengan lebih berbahaya.

Rake

  • Damage fasa pertama: 35/45/55/65 + 45% Attack Damage bonus β†’ 40/50/60/70 + 50% Attack Damage bonus

  • Kadar damage terhadap monster jungle: 70% β†’ 80%

FIZZ

Prestasi Fizz semakin jatuh, jadi kami meningkatkan burst sasaran tunggalnya supaya dia boleh mencipta impak yang lebih besar menjelang akhir permainan.

Urchin Strike

  • Kadar Ability Power: 50% β†’ 60%

RAMMUS

Rammus terlalu banyak bergolek, jadi kami kurangkan pertahanan pada (2) dia supaya lawan mempunyai lebih peluang untuk menewaskannya.

Defensive Ball Curl

  • Kadar penskalaan Armor: 55%/60%/65%/70% β†’ 45%/50%/55%/60%

JAX

Statistik Asas

  • Armor setiap Level: 3.9 β†’ 4.5

Relentless Assault

  • Attack Speed setiap level: 5 ~ 19 (Berdasarkan Level) β†’ 6~20 (Berdasarkan Level) 

Counter Strike

  • Damage Nyawa Maksimum: 3% β†’ 3.5%

Grandmaster-At-Arms

  • Damage Asas Pasif: 60/110/160 β†’ 75/130/185

  • Damage Asas Aktif: 150/250/350 β†’ 100/200/300

VARUS

Prestasi Varus berada di bawah jangkaan pada masa ini. Kami mempertingkatkan pasifnya supaya apabila dia mula bertarung, attack asasnya dapat memberikan output damage berterusan yang lebih tinggi.

Living Vengeance

  • Attack Speed bagi kill bukan champion: 15%/20%/25% β†’ 20%/25%/30%

  • Attack Speed bagi kill champion: 50% β†’ 55%

TWITCH

Twitch telah kurang berprestasi, terutamanya memandangkan masa yang dia perlukan untuk berkembang. Perubahan yang kami laksanakan ini akan meningkatkan Attack Speednya pada stack maksimum, supaya dia dapat mengenakan lebih banyak damage pada akhir permainan.

Deadly Venom

  • Attack Speed pada kelajuan maksimum: 10/15/20/25/30% β†’ 30/35/40/45/50%

Renekton

Walaupun selepas perubahan terbaru kami, kuasa Renekton masih terus meningkat, jadi kami mengurangkan Attack Damage asasnya dan melemahkan (2) yang diempower untuk mengawal dominasinya pada awal hingga pertengahan permainan.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 70 β†’ 66

Ruthless Predator

  • Cooldown: 12.5/11/9.5/8s β†’ 14/12/10/8s

  • Damage Asas: 30/60/90/120 β†’ 24/48/72/96
  • Damage Asas Diempower: 45/90/135/180 β†’ 36/72/108/144

SWAIN

Swain mempunyai kuasa tempur berterusan yang kuat dalam pertempuran kecil, terutamanya selepas memperoleh item mage, menjadikannya sukar untuk dilawan balas. Kami mengurangkan penskalaan pada ability ultimatenya supaya dia kurang menindas apabila dihadapi.

Demonic Ascension

  • Kadar Ability Power Guna Semula: 60% β†’ 45%

YONE

Prestasi Yone agak rendah akhir-akhir ini. Berdasarkan data kami, kemandiriannya ketika trade di lane dan pertempuran kecil jelas masih boleh dipertingkatkan. Kami akan buff ability keduanya untuk memberinya shield yang lebih besar, membolehkannya melawan dengan lebih baik.

Spirit Cleave

  • Nilai Shield: 30 + 70% Attack Damage Bonus β†’ 45 + 80 % Attack Damage Bonus

TEEMO

Prestasi awal permainan Teemo telah meningkat dengan ketara berbanding dengan patch sebelumnya. Memandangkan jumlah damage yang tidak dapat dielakkan yang boleh dia kenakan, kami mengurangkan damagenya pada awal hingga pertengahan permainan. Selepas pelarasan ini, menghadapinya di lane sepatutnya terasa kurang mengecewakan.

Toxic Shot

  • Damage asas pada impak: 10 ~ 38 (Berdasarkan level) β†’ 8 ~ 36 (Berdasarkan level) 

  • Damage asas setiap saat: 11 ~ 53 (Berdasarkan level) β†’ 8 ~ 50 (Berdasarkan level) 

Blinding Dart

  • Damage Asas: 60/110/160/210 β†’ 50/95/140/185

AMUMU

Amumu membawa banyak crowd control bersama dengan damage berterusan yang ramai mudah terlepas pandang, menjadikannya sangat kuat dalam sesetengah peringkat permainan. Dengan perubahan ini, kami ingin mengehadkan sedikit utilitinya supaya anda mempunyai lebih banyak cara untuk melawan apabila berhadapan dengannya.

Despair

  • Damage Asas: 1.4/1.8/2.2/2.6% β†’ 1.2%/1.5%/1.8%/2.1%

Tantrum

  • Slow: 20% β†’ 10%

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM 

Forbidden Idol

Kami telah menambah pemulihan mana pada Forbidden Idol, Harmonic Echo, Staff of Flowing Water dan Ardent Censer untuk meningkatkan pengalaman bermain bagi support mage/enchanter kami.

Statistik Asas 

  • Mana Regen: 0 β†’ 25%

Harmonic Echo

Statistik Asas: 

  • Mana Regen: 0 β†’ 50%

Staff of Flowing Water

Statistik Asas: 

  • Mana Regen: 0 β†’ 50%

Ardent Censer

Statistik Asas: 

  • Mana Regen: 0 β†’ 50%

Ionian Boots of Lucidity

Statistik Asas: 

  • Mana Regen: 0 β†’ 50%

Trinity Force

Trinity Force telah menguasai ruang item fighter terlalu lama, jadi kami akan membuat pelarasan pada kedua-dua kesan dan statistik item ini. Movement speed yang tinggi telah menyebabkan champion yang lebih perlahan, terutamanya mereka yang tidak dapat memanfaatkan Trinity Force sepenuhnya, berada dalam keadaan tidak menguntungkan. Peminat Trinity Force dapat kite musuh, melakukan rotasi antara kawasan jungle atau melaksanakan taktik dengan mudah hasil daripada kelajuan tambahan ini. Oleh itu, kami akan membuang bonus movement speed pada takedown dan mengalihkan profil statistik item ini lebih kepada ketahanan.

Statistik Asas: 

  • Nyawa: 250 β†’ 333
  • Ability Haste: 25 β†’ 20

Valor: 

  • [Removed] Kill memberikan 60 Movement Speed. 

Navori Quickblades

Keadaan pencetus semasa menyukarkan pengguna sasaran Navori Quickblades, iaitu marksman yang bergantung pada ability dan attack, untuk mendapat manfaat pada awal hingga pertengahan permainan, dan juga menjadikan masa binaan terbaik item ini tidak jelas. Kami telah mengoptimumkan cara kesan ini diaktifkan dan memfokuskan lagi statistik item ini.

Statistik Asas: 

  • Harga: 3000 β†’ 2800
  • Attack Damage: 40 β†’ 0
  • Attack Speed: 15% β†’ 45%
  • Movement Speed: 0 β†’ 5%
  • Laluan binaan: Noonquiver (1350) + Cloak of Agility (1000) + 650 β†’ Zeal (1400) + Dagger (500) + Dagger (500) + 400 

Impermanence 

  • [Removed]

Deft Strikes: 

  • [Adjustment] Attack mengurangkan baki cooldown ability asas anda sebanyak 15%.

Nashor's Tooth

Pengguna Nashor’s Tooth secara amnya kurang berprestasi (kecuali Teemo, yang akan kami laraskan), jadi kami akan memberikan sedikit peningkatan kepada item ini. 

Statistik Asas: 

  • Harga: 3000 β†’ 2800

BUG FIX

  • Membaiki isu yang Attack Speed Senna berfungsi secara tidak normal.

  • Membaiki isu dengan VFX Quicksilver Enchant.
  • Membaiki isu dengan VFX Glorious Enchant.
  • Membaiki isu dengan penerangan rune Battle Zeal.
  • Membaiki isu dengan penerangan rune Cut Down.
  • Membaiki isu dengan penerangan rune Ixtali Seedjar.

PERUBAHAN MOD PERMAINAN 

ARAM

Pelarasan Medan Pertempuran

  • Detik mati pada minit ke-15 dilaraskan kepada 50 saat (menjejaskan ARAM, AAA ARAM dan Spellbook ARAM).

AAA ARAM

Pelarasan Medan Pertempuran

  • Titik permulaan ala perlumbaan: pengemudian menjadi lebih fleksibel selepas pelancaran.

Pelarasan Ubahsuaian

Tenacity Livery
  • Meningkatkan Nyawa 200 β†’100
Master of Duality
  • Bonus akan dibuang apabila mati
Full Steam Ahead
  • Pelarasan sudut pengemudian
Race car Enhancement Kit
  • Kad Prismatic baharu β€œRace car Enhancement Kit” telah ditambah, Ubahsuaian Race car Enhancement Kit Standard tidak akan lagi muncul dalam kumpulan Ubahsuaian.

Bug fix

  • Membaiki isu yang Stackosaurus Rex tidak berinteraksi dengan Ubahsuaian β€œHubris” secara betul.
  • Membaiki isu yang beberapa Ubahsuaian mobiliti ditawarkan secara tidak tepat kepada champion yang tiada ability mobiliti (contohnya, Dashing, Outlaw's Grit dan sebagainya).