Wild Rift News September 2023

Kami sudah menghampiri penghujung kemas kini Fighting Spirit kami! Dalam edisi ini, kami berkongsi beberapa perkara yang kami sediakan sebelum kami memasuki Patch 4.4!

Bulan ini terdapat banyak perkara yang akan dibawakan untuk anda, dengan kembalinya beberapa Star Guardian kegemaran kami, Hecarim menyertai Rift, dan keluaran Ultimate Spellbook ARAM! Kami berharap anda menikmati semua kandungan yang akan datang, mari teruskan dengan berita!

BARISAN SKIN MECHA

Semasa patch Fighting Spirit kami telah membawakan barisan skin Mecha! Kami telah mendengar banyak maklum balas anda bahawa anda telah berseronok dengan skin ini, jadi kami ingin berkongsi beberapa seni konsep serta beberapa pandangan di sebalik tabir!

Tematik ini adalah mengenai mesin futuristik berteknologi tinggi, yang boleh menjadi konsep yang sukar untuk digabungkan dengan champion fantasi tinggi. Apabila kami mencipta skin, kami mulakan dengan panduan dunia untuk mencipta sempadan bagi membantu kami memastikan bahawa kami berpegang pada tema tersebut. Bagi Mecha, asasnya terletak pada unsur logam dan teknologi dengan keupayaan untuk melakukan transformasi. Transformasi adalah sesuatu yang kami benar-benar ingin ketengahkan, jadi kami kini telah menjadikannya sebahagian daripada animasi pengenalan setiap champion.

Kami juga telah menambah beberapa butiran unik dan sedikit easter egg yang mungkin telah diperhatikan oleh sebahagian daripada anda yang merupakan peminat tegar League. Semasa kami mengemas kini perisai gergasi Mecha ini, kami mahu menjadikan mereka lebih seperti mesin perang. Jadi anda akan memperhatikan bahawa attack tertentu mempunyai sedikit cas semula atau kesan anjalan yang sepatutnya membuatkan anda berasa seperti champion anda benar-benar menembak senjata mekanikal. Dan apabila kami mereka animasi Mecha Galio untuk ultimatenya, Hero’s Entrance, kami ingin memberikan penghormatan kepada penampilannya dalam Warriors, apabila dia turun dari langit untuk melindungi sekutunya.

09222023_WildRiftNewsSeptember2023Article_image2.gif

GANJARAN HEXTECH

Kami juga akan membawa masuk beberapa item baharu ke sistem Ganjaran Hextech! Seperti biasa untuk minggu pertama item ini tersedia dan akan ditawarkan pada harga diskaun, kemudian selepas itu ia akan kembali kepada harga biasa. Pilihan berikut akan tersedia di Kedai Mythic Essence pada bulan September dan Oktober:

Item

Mythic Essence Diperlukan Dengan Diskaun

Mythic Essence Diperlukan Selepas Diskaun

Prestige Valiant Sword Riven

800

1000

Gaya Peringkat Tinggi Prestige Valiant Sword Riven

100

125

Bingkai Skin Prestige Valiant Sword Riven

32

40

Star Guardian Ahri Mythic Chroma

400

500

Bingkai Skin Star Guardian Ahri Mythic Chroma

100

125

Ashen Knight Pyke

400

1000

Gaya Peringkat Tinggi Ashen Knight Pyke

32

40

Bingkai Skin Ashen Knight Pyke

100

125

REWORK JANNA

Sebelum kami menuju ke Patch 4.4, terdapat satu lagi patch balance pada 12 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8. Hal ini termasuk beberapa kemas kini balance, rework Janna dan skin Stargazer Jax yang akan dikeluarkan pada 23 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8! Kami berharap anda akan berseronok dengan patch balance terakhir ini, dan kami tidak sabar untuk anda melihat perkara yang kami sediakan untuk anda dalam Patch 4.4!

ULTIMATE SPELLBOOK ARAM

Kami membawa Ultimate Spellbook ke Rift yang lebih beku! Anda akan dapat memilih daripada pilihan ultimate champion lain setiap perlawanan untuk menggantikan salah satu spell anda. Kali ini anda juga akan berada di peta ARAM dan bukannya Rift biasa kami! Masuklah queue untuk menikmati keseronokan berais untuk masa yang terhad!

Ultimate Spellbook ARAM akan tersedia untuk dimainkan dari 28 September 08:01 pagi GMT+8 hingga 19 Oktober 07:59 pagi GMT+8.

WILD FOR WILDLINGS

KARYA SENI PEMINAT

Kami suka melihat seni peminat anda untuk beberapa champion dan barisan skin baharu yang telah kami keluarkan sepanjang kemas kini 4.3 kami, jadi kami ingin mempamerkan beberapa di sini:

PENCIPTA

Berikut merupakan beberapa pencipta kegemaran kami untuk bulan ini, lawatlah mereka!

JUMPY ALLEN

NAVALHA

PAINTOVER

Seperti biasa anda boleh mendapatkan paintover untuk bulan Ogos di sini, dan kami akan mengeluarkan paintover bulan September lewat bulan ini!


Oh, jangan lupa juga untuk mengambil topi parti anda, kerana anda akan memerlukannya untuk kali seterusnya kami bersembang semasa Pratonton Patch kami yang akan datang. Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!