Wild Rift News 13 Oktober 2022

Dalam edisi Wild Rift News ini, Josh “Nextdoor” Menke bercakap tentang Legendary Queue dan menjawab beberapa soalan anda! Kami juga membincangkan event Supreme Cells yang akan datang!

Berita hangat! Wild Rift News kembali lagi! Kami tidak boleh percaya kami hampir separuh jalan melalui 3.4! Kami berharap anda menikmati keraian dan ganjaran-ganjaran yang diberikan sekarang sepanjang Spike Power Party kami! Dalam edisi ini, kami akan mendengar daripada pasukan matchmaking tentang Legendary Queue, berkongsi butiran event Supreme Cell yang akan datang, dan menonjolkan anda semua! Mari teruskan!

LEGENDARY QUEUE

Hai semua! Josh “Nextdoor” Menke di sini untuk bercakap tentang Legendary Queue! Kami seronok melihat begitu ramai daripada anda telah menikmati queue baharu ini, dan kami ingin memberi kemas kini tentang situasi semasanya, membincangkan tentang perkara yang akan datang untuk queue ini, dan menjawab beberapa soalan yang telah kami dengar sepanjang musim pertama.

Queue ini seperti yang sedia ada menunjukkan peratusan-peratusan pemain berikut dalam setiap rank utama, data ditangkap pada awal bulan September 2022:

Rank

RoW

Legend

0.19%

Immortal

0.92%

Vanquisher

4.49%

Guardian

15.16%

Commander

66.80%

Warrior

12.44%

Ini mengikut matlamat kami untuk bilangan pemain yang berada dalam setiap rank untuk memastikan ianya berdaya saing. Perlu diingat bahawa memandangkan semua orang bermula di Commander, rank yang lebih rendah akan sentiasa mempunyai jumlah pemain yang lebih besar kerana ia termasuk pemain yang kami jangkakan akan masuk ke rank yang lebih tinggi tetapi belum memainkan perlawanan yang cukup sahaja lagi.

Apabila musim seterusnya bermula lewat bulan ini, kami akan menetapkan semula setiap rank pemain kembali kepada Commander IV sekali lagi bagi memberi peluang kepada semua pemain untuk sekali lagi membuktikan bahawa mereka layak memegang rank mereka. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menetapkan semula MMR. Ini bermaksud bahawa walaupun anda beralih daripada Immortal kepada Commander, dan semua rakan sepasukan anda ialah Commander, matchmaker akan tetap memastikan rakan sepasukan anda semuanya merupakan pemain dengan MMR, dan kemahiran yang serupa kepada anda semasa anda melakukan pendakian sekali lagi.

Di samping itu, untuk membantu pemain yang mempunyai rank yang tinggi dalam pendakian musim sebelumnya, mereka akan diberikan LP bonus dalam perlawanan awal mereka untuk membantu mereka mendaki lebih cepat.

Sepanjang musim pertama Legendary Queue, kami melihat beberapa soalan yang sering ditanya yang ingin kami jawab sebelum anda memulakan pendakian anda pada Musim 2:

Ramai pemain mendapat +55 untuk kemenangan dan -25 untuk kekalahan? Bukankah itu bermakna bahawa kebanyakan pemain akan naik ke rank tertinggi akhirnya?

Pemain yang mendapat +55/-25 ialah mereka yang rank semasa mereka adalah jauh lebih rendah daripada rank sasaran mereka. Setiap pemain mempunyai rank sasaran yang merupakan perbandingan MMR Legendary Queue mereka dengan pemain lain dalam Legendary Queue. Sudah tentu, rank sasaran ini akan berubah sejajar dengan perubahan kemahiran anda. Peringatan bahawa Legendary Queue mempunyai MMR yang baharu dan tersendiri, terasing sepenuhnya daripada queue lain, termasuk ranked.

Walau bagaimanapun, pada awal musim, semua orang bermula berhampiran bahagian bawah dan bahkan pemain kurang daripada sederhana berada di bawah rank sasaran mereka. Sebagai contoh, pemain yang kini Commander dengan rank sasaran Guardian I akan mendapat kenaikan LP yang sama.

Tetapi apabila pemain itu akhirnya mencapai Guardian I dan rank semasa mereka mencerminkan kemahiran semasa sebenar mereka, kenaikan itu akan berubah menjadi +40/-40, yang kembali kepada kenaikan LP biasa. Jika pemain ini kemudiannya melepasi rank sasaran mereka melalui nasib dan bukannya kemahiran, dan mencapai, contohnya Vanquisher IV, mereka akan mendapat kenaikan negatif sehingga mereka kembali ke Guardian.

Setakat ini, data menunjukkan ini berfungsi dengan baik, dengan pemain berada di dalam golongan kemahiran yang sesuai dengan mereka, dicerminkan oleh gameplay mereka.

Saya mengambil bahagian dalam Legendary Ranked pada awal musim dan mempunyai win rate yang lebih rendah daripada yang saya jangkakan. Ini tidak masuk akal kepada saya, adakah matchmaking berfungsi dengan baik?

Apabila musim pertama Legendary Queue bermula, setiap pemain bermula dengan MMR dan Rank yang sama. Ini bermakna bahawa beberapa pemain lebih daripada sederhana juga bermula dengan peratusan kemenangan yang agak rendah kerana mereka menghadapi pemain yang lebih baik dalam perlawanan awal mereka. Ini berlaku kerana pada mulanya matchmaker tidak tahu siapa yang bagus dan siapa yang tidak.

Apabila musim telah berkembang dan MMR telah stabil, dan rank telah tersebar, kejadian ini akan semakin kurang berlaku. Ia juga akan berkurang lagi pada musim akan datang kerana MMR semua orang sudah diukur.

Saya mencapai Legend pada awal musim, tiba-tiba penyelesaian EOG saya berubah secara drastik, adakah itu normal?

Ya. Disebabkan kami mahu rank Legend dalam Legendary Queue mengekalkan pemain yang terbaik, kami sentiasa memantau peratusan pemain yang kini berada di setiap rank. Kami perhatikan pada awal musim bahawa bilangan pemain yang lebih besar daripada yang dirancang telah menuju ke rank teratas (Legend) dan telah melakukan perubahan untuk menjadikan jumlah itu lebih sesuai dengan rancangan asal kami. Sebilangan kecil pemain berjaya melebihi rank sasaran mereka pada masa ini dan pemain-pemain tersebut akan menyaksikan kenaikan LP mereka berubah daripada kebanyakannya positif kepada negatif secara purata. Ini adalah untuk membantu mereka kembali ke rank sasaran yang mencerminkan kemahiran mereka dengan tepat.

Mengapakah beberapa pemain naik rank pada win rate yang lebih rendah?

Seperti yang telah disebutkan di atas, terdapat berbagai cara win rate seseorang pemain boleh berubah-ubah, terutamanya awal dalam queue yang baharu. Pada permulaan queue baharu, matchmaking masih mempelajari kemahiran setiap pemain. Ini kadangkala boleh menyebabkan pemain kalah dalam banyak perlawanan awal. Apabila ini berlaku, MMR pemain akan pulih dengan cepat apabila sistem menyedari bahawa perlawanan itu adalah sukar, dan pemain tersebut masih akan naik rank. Walau bagaimanapun, peratusan kemenangan mentah mereka akan kekal lebih rendah kerana permulaan yang tidak bernasib baik. Dengan itu, memenangi permainan masih merupakan faktor yang paling penting bagi sistem untuk mencari golongan kemahiran yang sesuai untuk para pemain dalam jangka panjang.

Di samping itu, ingatlah bahawa walaupun kami memulakan semua orang hampir di bahagian paling bawah, kebanyakan pemain akan naik ke tengah-tengah sistem yang lebih dekat dengan Guardian tinggi / Vanquisher rendah. Hampir semua pemain kecuali yang paling teruk dalam Legendary queue pada umumnya akan naik sedikit pada awalnya. Rank Warrior tidak dimaksudkan untuk menjadi rank tetap bagi kebanyakan pemain, tetapi sebaliknya tempat untuk jatuh buat sementara waktu ketika diperlukan. Ia juga berfungsi sebagai peringatan bahawa queue ini lebih kompetitif kerana anda boleh bermula dengan menurun dan bukan menaik sahaja. Tetapi secara umumnya, kebanyakan pemain akan menaik sekurang-kurangnya sedikit dan anda pasti akan melihat pemain win% rendah sekurang-kurangnya, contohnya di Commander III dan bahkan sehingga Guardian.

Mengapakah saya mempunyai rakan sepasukan di Legendary Ranked yang telah jatuh ke Emerald dalam Ranked? Bukankah mereka sepatutnya telah ditendang keluar dari queue?

Matlamat Legendary Queue itu sendiri bukan untuk menjadi elitis secara sendirinya. Walaupun kami berhasrat untuk mempunyai pemain yang terbaik dari yang terbaik mendaki ke bahagian ATAS queue, kami masih mahu membenarkan akses kepada ramai pemain. Keperluan Diamond adalah lebih untuk memastikan pemain mempunyai banyak pengalaman Wild Rift sebelum memasuki queue, dan kurang untuk membenarkan pemain teratas sahaja. Jadi selagi anda sekurang-kurangnya berjaya mencapai Diamond sekali musim ini, anda boleh bermain dalam Legendary Queue.

Walau bagaimanapun, matchmaking masih dilakukan menggunakan MMR sebagai tambahan kepada rank, jadi anda pada umumnya hanya mempunyai rakan sepasukan dengan kemahiran yang sama dengan anda sendiri, tanpa mengira rank semasa atau sebelumnya mereka di Ranked.

Kami telah mendengar maklum balas bahawa sesetengah pemain tidak bermain dengan serius seperti yang diharapkan untuk Legendary, dan untuk itu kami meningkatkan sistem pengesanan kelakuan dan melaksanakan peraturan baharu seperti keperluan champion mastery minimum yang akan berkuatkuasa pada Musim 7.

Bagaimanakah peraturan baharu seperti champion mastery minimum berfungsi? Bagaimana jika saya diberikan jungle secara automatik tetapi saya tidak mempunyai mastery untuk sebarang jungler? Berapakah mastery minimum yang diperlukan?

Kami tahu salah satu masalah utama untuk Legendary Queue adalah bahawa dalam beberapa permainan anda akan mempunyai rakan sepasukan yang pertama kali bermain sesuatu champion dan ia sangat mengecewakan. Untuk memastikan queue yang kompetitif, kami menambah penghadang baharu berdasarkan Markah Champion Mastery anda.

Apabila ia dilancarkan, markah champion yang diperlukan pada mulanya akan sangat rendah (anda hanya perlu beberapa permainan dimainkan). Kami berhasrat untuk menala sistem ini dan tidak mahu ia terlalu ketat sejak awal lagi.

Jadi bagaimanakah ia berfungsi di Pemilihan Champion? Anda akan sentiasa mempunyai akses kepada SETIAP champion yang anda punyai mastery yang mencukupi, tanpa mengira peranan yang diberikan kepada anda. Sebagai contoh, jika anda bermain mid tetapi diberikan peranan support, semua champion mid lane yang anda mainkan dan mempunyai mastery seperti Lux, Morgana, Brand, Annie, dan lain-lain masih terbuka.

Untuk memastikan pemain tidak dipaksa untuk memainkan pilihan luar peranan oleh sistem ini, kami telah melaksanakan sedikit perlindungan. Jika anda diberikan sesuatu peranan dan mempunyai kurang daripada 3 champion tersedia untuk dipilih yang ditandakan untuk peranan itu dengan mastery yang mencukupi, sistem ini akan melonggar untuk membolehkan anda memainkan champion dengan mastery tertinggi anda dalam peranan tersebut. Kami melaksanakan ini agar jika sebagai contoh seorang ADC utama diberikan jungle secara automatik, kami ingin memastikan mereka tidak akan dipaksa untuk memainkan MF hebat mereka sebagai jungler tetapi sebaliknya akan mempunyai sesuatu yang lebih sesuai untuk dimainkan.

Mengapakah queue tidak boleh dibuka untuk tempoh yang lebih lama? Mengapakah queue tidak boleh dibuka untuk tempoh yang lebih singkat?

Matlamat kami dengan waktu semasa ini adalah untuk cuba mencari tetingkap yang sesuai untuk setiap rantau. Kami mahu memastikan queue dibuka semasa waktu perdana dan mengelakkan tempoh yang mempunyai tidak cukup pemain untuk membuat matchmaking yang berkualiti. Rantau yang berpenduduk lebih tinggi juga bergelut ketika pukul 3-4 pagi waktu tempatan.

Bagi sesetengah rantau, tetingkap ini harus besar kerana mereka mempunyai sejumlah besar zon waktu, dan ia akan menjadi kurang optimum untuk cuba memilih masa yang cukup bertindih untuk semua orang di rantau ini. Ia juga boleh menyebabkan pemain yang kurang daripada yang dimaksudkan kerana zon-zon tertentu tidak akan muncul sama sekali, sedangkan sekurang-kurangnya hari ini mereka mungkin boleh bermain “satu lagi permainan” walaupun sudah lewat kerana mereka bermula lebih awal.

Bagi rantau-rantau lain, tetingkap ini mungkin lebih kecil kerana terdapat jumlah zon waktu yang lebih rendah dan penumpuan jam permainan yang lebih tinggi.

Ini adalah sesuatu yang kami masih menilai dan kami akan menyesuaikan waktu yang diperlukan untuk setiap rantau.

Sebagai peringatan, inilah semua tarikh dan masa untuk musim Legendary Queue yang akan datang:

Pengaktifan

19/10/2022 Waktu Tempatan Malaysia

Malaysia (GMT+8)

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Waktu Pembukaan

18:00

18:00

18:00

18:00

18:00

12:00

12:00

Waktu Penutupan

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59




Pengaktifan

Pengaktifan pertama: 8 malam 26/10/2022 Rabu PDT

Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8

Pelayan AMER & Brazil

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Waktu Pembukaan Harian (PDT)

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

Waktu Pembukaan Harian (GMT+8)

03:00

03:00

03:00

03:00

03:00

03:00

03:00

Waktu Penutupan Harian (PDT)

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

Waktu Penutupan Harian (GMT+8)

14:59

14:59

14:59

14:59

14:59

14:59

14:59









Pengaktifan

Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis Waktu Beijing

Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8

Pelayan ASIA

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Waktu Pembukaan Harian (Waktu CN)

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

Waktu Pembukaan Harian (GMT+8)

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

Waktu Penutupan Harian (Waktu CN)

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

Waktu Penutupan Harian (GMT+8)

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59









Pengaktifan

Pengaktifan pertama: 5 pagi 27/10/2022 Khamis Waktu Musim Panas Eropah Tengah (CEST)

Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8

Pelayan Eropah

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Waktu Pembukaan Harian (CEST)

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

12:00

Waktu Pembukaan Harian (GMT+8)

18:00

18:00

18:00

18:00

18:00

18:00

18:00

Waktu Penutupan Harian (CEST)

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

23:59

Waktu Penutupan Harian (GMT+8)

05:59

05:59

05:59

05:59

05:59

05:59

05:59

Ribuan terima kasih atas semua maklum balas anda, kami harap anda menikmati musim Legendary Queue ini dan berjaya mencapai semua matlamat anda!

SUPREME CELLS

10132022_WRNewsArticle_Martial-Arts-Tournament-Sett-VS-Zed-joint-Splash-Brief-Wild-Rift-Splash-Final2-(1).jpg

Kami tidak sabar untuk memulakan arka latihan kami, dan pada 1 November pukul 08:01 GMT+8 kami semua akan boleh melompat masuk ke dojo! Anda akan boleh memilih pejuang anda dan melatih mereka untuk menjadi lebih kuat sepanjang event tersebut. Anda juga akan boleh maju dan berkembang menjadi lebih kuat, tanpa bermain permainan. Ini adalah kali pertama kami menjalankan event seperti ini, jadi beritahu kami pendapat anda apabila ia dilancarkan!

Selepas latihan di dojo, anda boleh memakai pakaian seni mempertahankan diri yang terbaik dan membawa duel anda ke arena di Rift dengan skin Supreme Cell yang baharu! Anda akan memperoleh salah satu daripada tuan dojo kami, Supreme Cells Kennen sebagai ganjaran log masuk. Akan terdapat satu pass yang anda boleh beli dengan Wild Cores dan selepas log masuk selama 7 hari, anda akan mendapat Supreme Cells Kennen dan beberapa ganjaran lain! Supreme Cells Sett dan Zed akan ditawarkan di dalam peti yang anda boleh beli dengan Wild Cores dari kedai. Apabila setiap peti dibuka, anda akan mendapat salah satu yang berikut:

  • Peti Skin Rawak Peringkat 2
  • Peti Skin Rawak Peringkat 3
  • Peti Skin Rawak Peringkat 4
  • Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells
  • 400 Poro Coins

Terdapat juga jaminan bahawa 1 dari setiap 10 peti akan sentiasa menjadi peti skin. Kami akan membuat liputan lebih mendalam tentang event ini dan peti-peti ini dalam artikel Sokongan Pemain sebaik sahaja event ini dilancarkan! Seperti yang telah disebutkan pada permulaan tahun ini, kami akan mencuba pelbagai cara baharu untuk anda memainkan event dan mendapat kandungan. Sila beritahu kami pendapat anda tentang event ini!

SUDUT DEV

Sepanjang patch ini, kami telah mengeluarkan beberapa video dengan dev kami membincangkan kandungan yang telah mereka keluarkan ke Rift dalam patch ini. Ingin tahu tentang item-item Quest Support dan mengapakah mereka memberi anda cooldown enchant dan bukan ward? Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai membawa Gwen ke mudah alih? Atau adakah anda benar-benar ingin tahu apakah pesanan kopi kegemaran kami? Apa pun yang anda ingin tahu, kami mempunyainya.

DEV BOCORKAN RAHSIA: ITEM SUPPORT

Dapatkan secawan kopi atau teh kegemaran anda dan sertai pereka permainan Sean “Zekramen” Mason sambil dia bercakap tentang item Quest Support yang dia telah reka untuk Wild Rift!

REPLAY: GWEN

Duduklah dengan Maddy “Maddizzlee“ Wojdak dan dengar bagaimana Gwen telah dihidupkan di Wild Rift! Kami juga akan mengeluarkan dua lagi RePlay dalam patch ini tentang Supreme Cells dan Vex!

https://www.instagram.com/p/CigakIjBOnu/

WILD FOR WILDLINGS

PENCIPTA

Patch 3.4 telah membawa beberapa item dan champion baharu ke Rift. Dengan Vex dan Warwick akan tiba tidak lama lagi, lihatlah pencipta-pencipta berikut untuk melihat build mereka dan bagaimana mereka mendekati patch baharu ini.

Học Viện Tốc Chiến

Bractwo Rift

SkratiTv

SENI PEMINAT

Kami seronok melihat semua seni peminat anda untuk kandungan baharu yang kami umumkan dalam patch ini. Secara jujurnya melihat Sett menggunakan semua latihannya daripada dojo untuk membantu melakukan kerja-kerja harian telah membuatkan kami menjerit keriangan.

PAINTOVER

Beberapa champion kegemaran anda sedang memakai pakaian paling menakutkan mereka. Tetapi jika Zombie Willump tidak menakutkan anda, kami juga memasukkan beberapa champion yang tinggal di Dragon Lane yang masih menghantui impian kami untuk anda muat turun.

10132022_WRNewsArticle_BewitchingVexPaintover.png 10132022_WRNewsArticle_BewitchingMorgana.png
10132022_WRNewsArticle_NunuWilliamPaintover.png 10132022_WRNewsArticle_ZombieJinxPaintover.png
10132022_WRNewsArticle_DeathSwornZedPaintover.png 10132022_WRNewsArticle_ThreshPaintover.png
10132022_WRNewsArticle_PykePaintover.png 10132022_WRNewsArticle_NautPaintover.png

Itu sahaja untuk edisi Wild Rift News ini! Kami berharap anda terus seronok dengan Spike Power Party bersama-sama dengan keluaran Vex dan Warwick! Kami akan kembali bulan hadapan untuk bercakap tentang 3.5!