Wild Rift News November 2023
Banyak perkara yang akan berlaku pada bulan ini! DJ kegemaran kami akan mendapat baik pulih, Sivir sedang memecut ke Rift, dan Choncc akan berguling masuk. Kami tidak sabar untuk anda semua mendapatkan semua ciri baharu ini!
SIVIR, THE BATTLE MISTRESS
Sivir ialah seorang pemburu ganjaran yang terkenal dari padang pasir Shurima. Berbekalkan crossbladenya yang membawa maut, dia akan memotong dan mengejar semua musuhnya, memberi dia banyak potensi untuk meninggalkan kesan besar di Dragon Lane! Kami tahu anda telah sabar menunggunya dan kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Sivir akan tiba di Rift pada 24 November pukul 08:01 pagi GMT+8. Kami mungkin berat sebelah tetapi modelnya sama cantik dan garang, dan kami harap anda menyukainya seperti kami!
REWORK SONA
Sona akan menerima rework pada 7 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8. Berikut ialah beberapa pendapat daripada John, ketua produk di Wild Rift!
“Sona dimaksudkan untuk menjadi support yang mudah dimainkan pemain. Abilitynya jelas dan mudah. Sebaliknya, pasifnya adalah lebih kompleks, yang memerlukan pemain untuk mempertimbangkan kesan yang lebih baik dalam situasi yang berbeza. Dia agak lemah pada awal permainan dan kurang meninggalkan kesan pada pertengahan dan akhir permainan. Walaupun ultnya berkuasa, dia memerlukan kerjasama yang kuat daripada 4 pemain lain untuk benar-benar menyerlah. Pada pendapat kami, isu ini adalah sebab dia tidak popular seperti support lain. Rework ini diharapkan akan membolehkannya menyerlah sebagai pilihan popular untuk Dragon Lane. Pasif baharu akan membolehkannya menjadi lebih agresif dalam fasa laning, dan ult baharunya bukan sahaja akan kelihatan lebih hebat tetapi lebih berkesan dalam team fight dan pertempuran kecil. Kami berharap anda seronok menggunakan kit baharunya seperti kami! Dan seperti biasa sila beritahu kami pendapat anda!”
PARADISE CHONCC
Anda tidak lagi akan berasa keseorangan! Pet comel akan dilancarkan ke Rift, yang bersedia untuk menyertai pertempuran bersama dengan anda! Anda akan dapat memilih salah satu daripada empat Choncc untuk menemani anda dalam misi. Mereka merupakan makhluk kecil setia dan suka berseronok yang akan mengekori anda melalui setiap gank dan recall!
Setiap permainan, pemain akan melihat tiga pet spawn di kedai pet, Paradise Choncc: Choncc, Sun Kissed Choncc, Lifeguard Choncc, dan Splash Town Choncc. Setiap hari anda boleh memilih salah satu daripadanya dan membawa mereka bersama dengan anda dalam pengembaraan anda di Rift.
Sistem pet ialah ciri terhad masa dan tidak akan mengganggu permainan anda. Walau bagaimanapun, Choncc akan bersorak hebat untuk setiap pencapaian anda. Jadi bersedia untuk aksi, kesan dan emoji yang sangat chonccy!
Choncc di sini untuk masa yang seronok, bukan masa yang lama. Jadi dapatkan mereka selagi boleh!
KEMAS KINI SKIN AKAN DATANG
Beberapa bulan yang lalu, kami berkongsi bahawa kami sedang dalam proses mengupah lebih ramai pembangun untuk pasukan Wild Rift dan kami mungkin menghadapi beberapa masalah sambil proses itu sedang berjalan. Baru-baru ini, kami telah mengusahakan semua kandungan yang akan kami bawa kepada anda untuk Patch 4.4 dan patch awal tahun 2024. Semasa mengusahakan beberapa skin yang akan datang dalam patch tersebut, kami menghadapi beberapa masalah pengeluaran.
Oleh sebab isu tersebut, kami tidak akan dapat mengeluarkan skin yang berikut kepada beberapa pelayan semasa Patch 4.4:
- Supreme Cells Akali
- Supreme Cells Darius
- Supreme Cells Samira
Kami tahu ini bukan sesuatu yang ideal, tetapi kami menghargai kesabaran dan pemahaman anda semasa tempoh peralihan ini supaya kami dapat mengelakkan keluaran lewat seperti ini dengan selamat pada masa hadapan.
Selain itu, beberapa skin yang kami akan keluarkan pada awal tahun 2024 akan dikeluarkan pada beberapa pelayan tanpa baris suara yang unik. Kami tahu betapa mengecewakannya perkara ini, terutamanya bagi anda yang tidak sabar untuk mendengar baris suara baharu daripada champion kegemaran anda. Berdasarkan perbezaan ini, kami akan mengeluarkan skin-skin ini pada pelayan yang terjejas dengan potongan harga. Untuk rantau yang tidak terjejas, skin-skin ini masih akan ditawarkan pada harga biasa. Kami akan berkongsi dalam Wild Rift News masa hadapan skin-skin yang akan terjejas apabila skin tersebut diumumkan.
Walaupun pada masa ini kami tidak mempunyai garis masa untuk tempoh keluaran penuh kandungan ini, kami akan terus berkongsi kemas kini dengan anda pada bulan-bulan akan datang apabila kami menerimanya.
WILD FOR WILDLINGS
PENCIPTA
KDU
RauxTV
Tealzlol
KARYA SENI PEMINAT
Mari lihat karya seni yang indah daripada artis-artis berbakat ini:
Itu sahaja daripada kami! Kami akan kembali mengusahakan lebih banyak barangan baharu untuk anda semua. Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!