Wild Rift News Mei 2023

Sudah hampir masanya untuk Patch 4.2! Sertai kami untuk melihat perkara yang akan datang sebelum patch keluar!

Selamat datang ke Wild Rift News Mei! 

Bulan ini kami bersiap sedia untuk Patch 4.2, Playhem! Sudah agak lama sejak Pratonton Patch terakhir kami, tetapi kami suka melihat David dan Maddy memenuhi impian wartawan mereka dan memberikan maklumat terkini tentang perkara yang boleh dijangkakan pada bulan ini! Yang mana satukah bahagian kegemaran anda dalam laporan mereka itu?

Memandangkan sudah agak lama sejak Pratonton Patch itu, kami akan memberikan imbas kembali tahap tinggi tentang perkara yang boleh dijangkakan sebelum keluaran 4.2! Jadi pakailah jaket, kerana keadaan akan menjadi semakin dingin!

RINGKASAN PATCH 4.2

CHAMPION

05172023_WRNewsMay2023Article_Base_Ornn_Splash.jpg 05172023_WRNewsMay2023Article_Volibear-Classic-Wild-Rift-Splash.jpg
05172023_WRNewsMay2023Article_Swain-Classic-Wild-Rift-Splash.jpg

Patch ini kami akan mendinginkan keadaan dengan sedikit persaingan adik-beradik dan membayangkan jalan menuju kemenangan dengan ketibaan Ornn, Volibear, dan Swain! Kami berharap champion baharu ini membawa kegembiraan kepada permainan anda, dan kami tidak sabar untuk menonton klip dan panduan anda apabila mereka dikeluarkan!

GAMEPLAY

Seperti yang David nyatakan, kami masih memantau peranan yang berbeza, dan patch ini kami memfokuskan pada carry kami di Dragon Lane: marksman! Kami akan menambahkan dan mengemas kini item berikut, dan semua butiran terperinci akan terkandung dalam Patch Note:

  • Immortal Shieldbow
  • Collector
  • Phantom Dancer
  • Manamune

Sebagai tambahan kepada item baharu, kami juga akan mengeluarkan monster epik baharu eksklusif di Wild Rift yang pertama, Ice Dragon! Musuh dingin ini bersedia untuk menurunkan suhu, dan akan tersedia untuk dibunuh pada hari pertama Patch 4.2! Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat tentang makhluk berais ini dalam /dev daripada pasukan reka bentuk kami pada hari-hari mendatang!

KEMAS KINI BALANCE

Dalam Patch 4.2, kami akan membuat sedikit perubahan pada beberapa sistem dalam permainan. Semuanya akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Patch Note kami, tetapi kami ingin berkongsi sebahagian daripadanya dengan anda semua sekarang.

Awal tahun ini kami menyatakan bahawa kami ingin membuat beberapa pelarasan pada peringkat awal, pertengahan dan akhir permainan. Pada awal tahun ini kami menambahkan respawn inhibitor dan pembakaran turret, tetapi dalam Patch 4.2, kami akan melihat sekali lagi pada peringkat pertengahan hingga akhir permainan.

Pelarasan pertama yang anda akan lihat ialah Baron dan Elder Dragon akan respawn lebih awal, masa antara setiap spawn Dragon juga akan dipendekkan, dan kami akan membuang spawn Rift Herald yang kedua. Matlamat kami dengan perubahan ini adalah untuk mengekalkan rentak Wild Rift, sambil memastikan peralihan antara pertengahan dan akhir permainan lebih lancar dan lebih jelas.

Di samping itu, kami juga akan mengurangkan nyawa Dragon secara keseluruhan, mengurangkan beberapa statistik Baron, dan membuat pelarasan pada buff yang diberikan oleh Baron kepada pasukan yang membunuhnya. Buff yang diberikan oleh Baron akan dikurangkan, tetapi sebagai balasan jika anda mati dengan buff itu, anda tidak akan kehilangannya lagi dan apabila anda respawn, anda masih mempunyai buff itu sepanjang tempohnya. Kami berharap perubahan ini akan menambahkan lagi keseronokan dan impak pada pertengahan dan akhir permainan!

Satu lagi matlamat yang kami nyatakan pada awal tahun ini ialah kami ingin memberi anda lebih banyak peluang untuk membuat kemunculan semula. Kami mengembangkan perkara itu dalam patch ini dengan meningkatkan masa respawn pada peringkat awal permainan, mengurangkan sedikit peringkat respawn pada peringkat akhir permainan, mengurangkan gold yang diberikan oleh beberapa minion dan mengurangkan sedikit jumlah gold yang diberikan oleh kill dan ganjaran. Perubahan ini akan memberikan bantuan tambahan yang mungkin anda perlukan jika anda ketinggalan sedikit dalam permainan, dengan cara itu lawan anda tidak boleh terlalu menggunakan kelebihan mereka untuk menuju kemenangan.

Dan akhir sekali, kami akan membuat beberapa perubahan pada movement speed. Kami akan memberikan setiap champion movement speed asas tambahan, serta menambahkan sedikit movement speed tambahan pada boot. Hal ini akan membantu anda kembali ke lane dengan lebih pantas atau pun berkumpul dengan rakan sepasukan anda dengan lebih pantas untuk merebut objektif seterusnya atau menutup permainan!

Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah gambaran ringkas tentang perubahan yang akan datang dalam Patch 4.2, dan kami akan mempunyai semua butiran serta sedikit lagi konteks daripada pasukan reka bentuk kami dalam Patch Note! Seperti biasa kami berharap dapat mendengar maklum balas anda dan akan sentiasa berusaha untuk membuat pelarasan berdasarkannya!

PERUBAHAN KUALITI KEHIDUPAN

Patch ini akan menumpukan pada pemeribadian! Beberapa patch yang lalu kami memperkenalkan ciri Galeri Set Skin, dan kini kami akan mengembangkan ciri tersebut. Jika anda mempunyai satu koleksi skin lengkap, anda akan dapat mengaktifkan ganjaran khas!

Kami juga akan menambahkan keupayaan untuk memeribadikan butang anda dalam permainan! Jika butang standard kami tidak sepadan dengan gaya anda, jangan risau, anda kini boleh menukarnya!

Kami juga akan menambahkan ciri baharu pada Ranked! Pernahkah anda ingin mengimbau kembali untuk melihat tempoh masa yang anda ambil untuk mencapai Diamond musim ini? Atau mungkin musim lepas? Atau bagaimana pula jumlah permainan Eve yang anda mainkan dalam satu musim? Patch ini anda dapat melakukannya dengan pengenalan Statistik Musim!

WILD PASS

05172023_WRNewsMay2023Article_SodaPopAhri.jpg

Kami membawakan sesuatu yang men-ahri-k untuk Wild Pass ini dengan ketibaan Soda Pop Ahri! Jika anda berjaya sampai ke penghujung Wild Pass, anda juga berpeluang untuk mendapatkan rasa yang baharu!

HEXTECH CRAFTING

Hextech Crafting juga akan dilancarkan pada patch ini! Untuk maklumat lanjut tentang sistem ini dan cara sistem ini berfungsi, lihat artikel terkini kami yang mengandungi semua butiran! Dan nantikanlah artikel Sokongan Pemain pada hari-hari mendatang!

PROMOSI

Terdapat dua promosi yang akan dijalankan semasa Patch 4.2! Shan Hai Scrolls dan Battle Cat Prestige Jinx. Seperti promosi sebelumnya, kami akan berkongsi maklumat yang lebih mendalam tentang cara promosi ini akan dijalankan dalam artikel berasingan sebelum keluarannya, dan menyebutnya dalam Patch Note.

SKIN

05172023_WRNewsMay2023Article_ShanHaiScrollJhin.jpg

Ikon, kucing, arnab dan banyak keseronokan! Dalam patch ini, kami akan membawakan sesuatu untuk semua orang! Beritahu kami skin yang paling mengujakan anda!

Akan dikeluarkan semasa Patch 4.2*

  • Dark Star Malphite
  • Iconic Garen
  • Mythic Battle Academia Ezreal
  • Tyrant Swain
  • Sentinel Diana
  • Sentinel Graves
  • Sentinel Olaf

Akan dikeluarkan semasa Patch 4.2a*

  • Battle Bunny Miss Fortune
  • Battle Cat Jinx
  • Prestige Battle Cat Jinx
  • Dragon Guardian Galio

Akan dikeluarkan semasa Patch 4.2b*

  • Shan Hai Scrolls Aatrox**
  • Shan Hai Scrolls Jhin
  • Shan Hai Scrolls Nautilus
  • Shan Hai Scrolls Volibear**
  • Thunderlord Ornn

* Jika terdapat perubahan pada masa keluaran, kami akan memberitahu anda!

**Skin Pertama ke Wild Rift

WILD FOR WILDLINGS

KARYA SENI PEMINAT

Walaupun David sukar meneka cuitan itu adalah Ahri (kami juga, kami bersumpah itu adalah Gwen), kami suka melihat semua karya seni peminat soda Ahri anda, comel tidak soda-h!

PENCIPTA

Patch 4.2 akan tiba, tontonlah pencipta-pencipta ini untuk melihat binaan baharu yang terbaik dan mendengar pendapat mereka apabila Patch Note dikeluarkan!

Học Viện Tốc Chiến

Bractwo Rift

SkratiTv

PENTAKILL

Baru-baru ini kami melihat sedikit bualan komuniti tentang Pentakill. Kami ingin tahu berapakah Pentakill paling banyak yang pernah anda capai? Kami pemain support utama jadi kami tidak pernah mendapatnya… tetapi selepas membaca kisah-kisah anda, anda telah memberikan inspirasi kepada kami untuk masuk ke Rift dan mencuba buat kali yang pertama!

PAINTOVER

Seperti yang kami nyatakan dalam Wild Rift News Februari, kami akan memindahkan paintover ke artikel berasingan mereka sendiri! Anda boleh mendapatkan paintover untuk bulan Mei yang akan datang lewat bulan ini!


Kami harap anda bersedia untuk semua kandungan baharu yang menyeronokkan yang akan datang dalam Patch 4.2! Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!