Wild Rift News Mac

Di atas, di bawah, awak terlalu perlahan—Selamat datang ke Wild Rift News Mac! Bulan ini kami membuat liputan tentang semua kandungan yang boleh anda jangkakan sepanjang Patch 4.1!

Di atas, di bawah, awak terlalu perlahan—Selamat datang ke Wild Rift News Mac!

Bulan ini kami bersiap sedia untuk Patch 4.1, High Five! Pratonton patch terbaharu kami telah dikeluarkan baru-baru ini, dan kami suka menonton Alan, Maddy, dan David bertepuk ria antara satu sama lain dan berkongsi semua kemas kini menarik yang akan datang! Yang mana satukah bahagian kegemaran anda? Jika anda terlepas Pratonton Patch, atau hanya ingin mengimbas kembali secara ringkas tentang perkara yang akan datang untuk bulan Mac dan dalam Patch 4.1, kami sedia membantu anda!

PENERANGAN RINGKAS PATCH 4.1 - HIGH FIVE

CHAMPION

UrgotSplash.jpg

Urgot dirancang untuk dikeluarkan semasa Patch 4.1 pada pukul 08:01 pagi GMT+8

TwitchSplash.jpg

Twitch dirancang untuk dikeluarkan semasa Patch 4.1 pada pukul 08:01 pagi GMT+8

Patch ini kami akan melepaskan mesin-mesin pembunuh cekap berwarna hijau di Rift dengan Urgot dan Twitch. Namun berwaspadalah apabila bersama dengan kedua-dua mereka... anda tidak tahu bila mereka akan menyelinap ke arah anda dan melepaskan kuasa chemtech mereka. Kami tidak sabar untuk melihat binaan dan taktik baharu yang akan anda tempa apabila champion-champion baharu ini dikeluarkan di dalam permainan.

GAMEPLAY

Patch sebelum ini kami telah melihat rakan kami yang gagah dan membawa masuk beberapa kemas kini untuk mereka, tetapi itu hanyalah permulaan! Patch ini kami akan menambahkan dan rework item berikut untuk mereka:

  • Amaranth Twinguard
  • Mantle of the Twelfth Hour
  • Searing Crown dan Sunfire Cape
  • Abyssal Mask dan Thornmail

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang item-item ini daripada Nick “Endstep” Frija, salah seorang pereka yang mengusahakan item tersebut dalam /dev terbaharu kami!

Lewat bulan ini kami juga akan mempunyai video daripada David Xu yang membincangkan lebih banyak perkara yang boleh anda jangkakan pada tahun 2023 daripada Wild Rift, termasuk beberapa bayangan dan bidang tumpuan untuk gameplay!

SISTEM PENINGKATAN LEVEL AKAUN

Kami akan mengubah cara sistem peningkatan level berfungsi. Mencapai level 40 dalam Wild Rift bermaksud mencapai pencapaian yang penting, dan memandangkan kami telah melihat begitu ramai daripada anda yang mencapainya sepanjang tahun lepas, kami ingin memberikan cara tambahan kepada anda untuk anda merasai dan melihat pelaburan yang telah anda buat dalam Wild Rift.

Account-Levels.jpg

Bermula patch ini, selepas anda mencapai level 40, anda akan mengaktifkan sistem level prestij yang level tambahan akan memberikan "bintang" kepada anda, yang dipamerkan dalam profil anda dan kawasan lain yang boleh dilihat. Semakin anda naik level, semua bintang anda akan menunjukkan perkembangan anda. Kami ingin menambahkan lagi ganjaran pada sistem ini kemudian, jadi tengok-tengoklah untuk masa akan datang.

RANKED

Ahoy rakan kalian! Sudah tiba masanya untuk barisan skin Glorious Crimson bagi terjun dari kapal! Namun begitu, jangan risau, kami mempunyai sesuatu yang baharu akan datang ke darat untuk Ranked Musim 9!

TFrankedSkin.jpg

Glorious Armada Twisted Fate akan menjadi anugerah anda kerana meneroka lautan baharu yang mengagumkan pada musim ranked ini! Anda juga boleh membawa warna-warna baharu dengan Naik Taraf Augment Senjatanya yang boleh dibeli dalam Kedai Ranked!

KEMAS KINI RANKED

Sebagai tambahan kepada skin ranked baharu, kami juga mempunyai beberapa perubahan untuk peringkat tertinggi. Bermula pada Musim 9, kenaikan kepada Grandmaster kini akan memerlukan 40 Markah. Maksudnya, bilangan markah yang diperlukan untuk berada dalam peringkat tersebut akan kekal sama sepanjang musim tersebut, dan bukannya berubah berdasarkan peratusan teratas pemain dalam pelayan anda.

Selain itu, dengan pelarasan untuk kenaikan kepada Challenger ini, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 60 Markah, ditingkatkan daripada 40 dalam musim sebelumnya. Kami akan terus memantau cara pelarasan Grandmaster ini akan mempengaruhi pengedaran pemain teratas dalam Ranked, dan terdapat lebih banyak perubahan yang akan datang dalam Musim 10!

WILD PASS

SuperheroVi.jpg

Dengan semua penjahat ini berkeliaran, sudah tiba masanya untuk kemunculan wira lain bagi menyelamatkan atau menghancurkan dunia… Superhero Vi akan menyertai perjuangan dalam Wild Pass ini! Anda boleh mendapatkannya dan versi Ascendednya semasa anda mengharungi Wild Pass ini!

EVENT

Kami berharap anda telah mengkaji fakta Urgot anda… Jika tidak, tidak mengapa masih ada masa untuk sesi berpulun sebelum patch itu tiba! Dan percayalah, mengkaji fakta untuk Dreadnought ini adalah berbaloi kerana anda akan mendapat ganjaran tambahan untuk jawapan yang betul!

Kami juga berasa agak semberono, jadi jangan terkejut apabila melihat kenakalan mencuit hati daripada kami semasa April Fools. Hal ini akan sama seperti tahun lepas: Selesaikan beberapa misi untuk mendapatkan ganjaran, namun pada tahun ini kami akan menambahkan sedikit huru-hara. Jinx akan berada di sana untuk membimbing dan harapnya dapat membantu anda dengan cabaran kami yang paling serius setakat ini!

Licik, betul-betul licik! Akhir sekali, dan tidak kurang pentingnya, apabila tikus ini akhirnya membuat penampilan pertamanya di Rift, kami juga akan mengadakan event untuk meraikannya!

PROMOSI

Patch ini juga akan termasuk promosi untuk skin Arcade yang akan datang. Promosi akan bermula dalam salah satu patch balance selepas ini, tetapi kami akan mengeluarkan artikel berasingan lewat bulan ini yang akan mengandungi semua maklumat tentang promosi tersebut, dan memaparkannya sekali lagi dalam Wild Rift News & Patch Note yang berikutnya.

SKIN

DarkCosmicLux.jpg

Sama ada anda ingin melihat bintang untuk mendapatkan inspirasi atau bersikap semberono dengan penampilan anda, kami sedia membantu anda dengan patch ini! Untuk meraikan juara dunia Wild Rift pertama, Nova Esports, skin NOVA akan tiba di Rift dalam patch yang akan datang! Mungkin skin NOVA Morgana itu akhirnya akan membantu kami mengenakan satu atau dua ikatan lagi… Tahniah kepada mereka sekali lagi!

Dikeluarkan dalam Patch 4.1*

  • High Noon Urgot
  • Dawnbringer Karma
  • Dawnbringer Yone
  • Nightbringer Lillia
  • Birdio

Dikeluarkan dalam Patch 4.1a*

  • Cosmic Defender Xin Zhao
  • Cosmic Queen Ashe
  • Cosmic Reaver Kassadin
  • Cosmic Lux
  • Dark Cosmic Lux

Dikeluarkan dalam Patch 4.1b*

  • Omega Squad Twitch
  • NOVA Lee Sin**
  • NOVA Lucian**
  • NOVA Morgana**
  • NOVA Nasus**
  • NOVA Riven**

Dikeluarkan dalam Patch 4.1c*

  • Arcade Ezreal
  • Battle Boss Brand
  • Final Boss Veigar
  • Mythic Final Boss Veigar Chroma

*Kami akan memastikan anda menerima perkembangan terkini jika terdapat perubahan

** Skin Pertama ke Wild Rift

WILD FOR WILDLINGS

PENCIPTA

Patch Note akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari, inilah orang yang akan kami tonton untuk penerangan penuh!

WHAT THE JESS

UBAMAN

SCELY

KARYA SENI PEMINAT

Kami ini mudah orangnya, kami sentiasa menandakan buku karya seni Star Guardian Seraphine. Kami juga suka melihat sekilas karya seni peminat Urgot anda! Kami juga akan berbesar hati jika anda menghasilkan sedikit karya seni peminat bagi tikus busuk itu, hanya untuk kami! Kami tahu dia busuk, tetapi dia agak comel… dari satu segi. Dan kami ingin melihat lebih banyak lukisan memaparkannya.

PAINTOVER

Seperti yang kami nyatakan dalam Wild Rift News Februari, kami akan memindahkan paintover ke artikel berasingan mereka sendiri! Anda boleh mendapatkan paintover untuk bulan Mac di sini!


Kami harap anda bersedia untuk semua kandungan baharu yang menyeronokkan yang akan datang dalam Patch 4.1! Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!