Wild Rift News Jun 2023

Skin baharu yang groooovy, promosi dan kembalinya URF! Selamat datang ke Wild Rift News Jun!

Selamat datang ke Wild Rift News Jun! Bulan ini kami masih di tengah-tengah kemas kini Playhem kami, tetapi kami ingin bercakap tentang beberapa kandungan yang akan datang sepanjang bulan Jun dan Julai! Adakah anda berseronok dengan kemas kini ini? Sudahkah anda menemui binaan marksman yang baharu? Atau mungkin marksman kegemaran baharu? Sudahkah anda mencuba Ornn dan Volibear? Mencapai puncak papan pendahulu dalam event baharu ini? Sila beritahu kami! Tetapi buat masa ini, mari mula bercakap tentang kemas kini itu!

SPACE GROOVE

SpaceGrooveLulu.jpg

Sudah tiba masanya untuk bangkit dan menari mengikut rentak kosmik itu! Sepanjang Patch 4.2b pada 8 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8, anda boleh mendapatkan Space Groove Lulu, Space Groove Nasus dan Space Groove Blitzcrank dari kedai! Kami berharap anda menyukai pakaian yang teramat groooovy ini!

PROMOSI SHAN HAI SCROLLS

Bulan ini semasa Patch 4.2a kami akan melancarkan promosi baharu bersama dengan keluaran skin Shan Hai Scrolls! Anda boleh mendapatkan Shan Hai Scrolls Jhin, Nautilus dan Volibear dari kedai, tetapi anda juga boleh mendapatkannya daripada promosi ini! Untuk 400 Wild Core, anda boleh membeli satu peti yang memberi anda peluang untuk mendapatkan item berikut:

Item

Peluang

Shan Hai Scrolls Aatrox

1.00%

Shan Hai Scrolls Volibear

7.00%

Shan Hai Scrolls Nautilus

1.00%

Shan Hai Scrolls Jhin

1.00%

5 Tiket

86.39%

10 Tiket

3.00%

30 Tiket

0.50%

60 Tiket

0.10%

80 Tiket

0.01%

Selepas membuka kotak dan menerima tiket, anda boleh menebusnya untuk item ini:

Item

Tiket Diperlukan

Shan Hai Scrolls Aatrox

24

Shan Hai Scrolls Volibear

12

Shan Hai Scrolls Nautilus

12

Shan Hai Scrolls Jhin

12

Bauble Shan Hai Scrolls

3

Ikon Shan Hai Scrolls

3

Gaya Peringkat Tinggi Shan Hai Scrolls Aatrox

5

Gaya Shan Hai Scrolls Aatrox

3

Gaya Shan Hai Scrolls Volibear

3

Gaya Shan Hai Scrolls Nautilus

3

70 Poro Coin

1

Emote Shan Hai Scrolls Aatrox

3

Bingkai Skrin Pemuatan Shan Hai Scrolls Nautilus

4

Bingkai Skrin Pemuatan Shan Hai Scrolls Aatrox

4

Bingkai Skrin Pemuatan Shan Hai Scrolls Jhin

4

Bingkai Skrin Pemuatan Shan Hai Scrolls Volibear

4

PROMOSI BATTLE CAT JINX

Kami juga akan mengadakan satu lagi promosi untuk Prestige Battle Cat Jinx semasa kitaran Patch 4.2a! Anda boleh mendapatkan Battle Bunny Miss Fortune dan Battle Cat Jinx dari kedai, tetapi anda juga boleh mendapatkannya daripada promosi ini! Untuk 500 Wild Core, anda boleh membeli satu peti yang memberi anda peluang untuk mendapatkan item berikut:

Item

Peluang

Battle Cat Jinx

4.0%

Battle Bunny Miss Fortune

2.0%

Prestige Battle Cat Jinx & Bingkai Skin

0.5%

Skin Rawak

45.5%

Skin Rawak

26.0%

Skin Rawak

14.0%

Skin Rawak

8.0%

MOD ULTRA RAPID FIRE (URF)

Sudah tiba masanya untuk mula meregangkan ibu jari anda, kerana Mod Ultra Rapid Fire (URF) akan kembali! Bermula 15 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 19 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8 anda akan dapat masuk queue dan spam spell anda dalam mod permainan berentak pantas ini!

WILD FOR WILDLINGS

FAN ART

Soda Pop Ahri telah menjadi kegemaran peminat dan kami suka melihat semua karya seni peminat anda! Berikut ialah beberapa lagi kegemaran kami:

PENCIPTA

Kami kini berada di tengah-tengah patch Playhem kami, tontonlah pencipta-pencipta ini untuk melihat perkara yang mereka fikirkan tentang kemas kini ini!

After Rift

Bogdan Gaming

Matute Wolf

PAINTOVER

Jom tengok paintover bulan lepas di sini, dan kami akan kongsikan paintover baharu bulan Jun yang ranggi lewat bulan ini!


Kami seronok berkongsi berita terkini dengan anda sepanjang patch Playhem kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi lebih lanjut tentang perkara yang akan datang untuk Patch 4.3 dalam Wild Rift News Julai! Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!