Wild Rift News Julai 2023

Patch 4.3 sudah hampir tiba, kami menyediakan kepada anda ringkasan semua kandungan yang akan datang semasa Kemas Kini Fighting Spirit kami!

Selamat datang ke Wild Rift News Julai! 

Bulan ini kami bersiap sedia untuk Patch 4.3, Fighting Spirit dan Tournament of Souls yang penuh legenda! Kami harap anda bersedia untuk bertempur dan memecut melalui Rift apabila patch ini keluar dalam masa beberapa hari! Jika tidak, tidak mengapa, kami menyediakan kepada anda ringkasan Pratonton Patch dan beberapa kandungan yang akan datang! Anda juga boleh menonton Pratonton Patch terbaharu di sini: 

Sebelum memulakan ringkasan kami, kami berharap John dan David tidak apa-apa. Keadaan kelihatan agak menakutkan di hujung video itu… Apa-apa pun, pakailah sarung tangan tempur anda dan mari berlatih melalui ringkasan ini bersama-sama!

PENERANGAN RINGKAS PATCH 4.3

CHAMPION

Nilahsplash.jpg

HecSplash.jpg

Vladsplash-.jpg

Kami memecut masuk ke Patch 4.3 dengan kegembiraan yang tidak terbatas dan sedikit kegelapan. Nilah bersedia untuk menyertai pertempuran dan menyebat musuh-musuhnya di Dragon Lane. Tetapi jika anda tidak berminat dengan kegembiraan, jangan risau! Terdapat juga banyak kegelapan dengan Hecarim dan Vladimir! Dan sementara Hecarim dan Vladimir yang pasti boleh menimbulkan ketakutan kepada musuh mereka, terdapat seseorang yang akan datang akhir tahun ini yang akan membuatkan anda lebih ketakutan...

GAMEPLAY

Rework untuk beberapa champion klasik, rune baharu, kemas kini pada penglihatan (poro akan datang), dan sedikit lagi kasih sayang untuk support yang sentiasa menyelamatkan kami! Kami membawakan sedikit daripada segala-galanya dalam patch ini, dan seperti biasa kami akan menyimpan butiran terperinci untuk Patch Note, tetapi kami mahu menyentuh beberapa kemas kini yang akan datang!

REWORK CHAMPION

Kami tahu anda sama teruja seperti kami melihat rework Annie dan Janna yang kami nyatakan dalam Pratonton Patch, tetapi mereka tidak akan dikeluarkan pada hari pertama Patch 4.3. Masing-masing akan dikeluarkan semasa patch balance yang berasingan. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang keluaran mereka dalam artikel dan Patch Note akan datang!

KEMAS KINI RUNE

Salah satu kemas kini gameplay kami yang lebih besar pada patch ini ialah rework sistem rune semasa kami. Matlamat utama kami dengan perubahan ini adalah untuk memberi anda lebih fleksibiliti bagi loadout anda dari satu permainan ke permainan lain. Mungkin anda menghadapi pasukan yang penuh dengan burst damage tinggi, atau mungkin anda mahu bermain fasa laning dengan lebih agresif. Pembaharuan sistem rune ini sepatutnya menawarkan lebih banyak kombinasi rune dari satu permainan ke permainan lain dan dari satu champion ke champion lain!

Kami tidak mahu membongkarkan segala-galanya sebelum keluaran Patch Note, tetapi terdapat beberapa tambahan baharu seperti Last Stand dan Legend: Alacrity, serta beberapa pelarasan kepada rune kegemaran ramai seperti Triumph dan Font of Life!

MOD PERMAINAN

Untuk meraikan Soul Fighter, kami akan mengolah mod 1v1 klasik kami! Mod ini akan dipanggil Tag Duel dan anda boleh memilih tiga champion yang mahu digunakan untuk menentang lawan anda. Inilah masa yang terbaik untuk mencuba binaan percubaan atau champion mencolok baharu itu, kerana anda sentiasa boleh menyimpan pilihan rahsia anda sebagai jalan terakhir!

Dalam tempoh patch ini kami juga akan membawa kembali beberapa kegemaran lama seperti URF dan OFA, kemudian mengeluarkan mod baharu yang mencampurkan Ultimate Spell book dengan ARAM!

SOUL FIGHTER

Sebagai tambahan kepada mod permainan baharu yang dicipta khas untuk Soul Fighter, terdapat juga skin-skin baharu ini:

  • Soul Fighter Nilah
  • Soul Fighter Xin Zhao
  • Soul Fighter Irelia
  • Soul Fighter Yasuo
  • Soul Fighter Draven
  • Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

Kami juga akan mengadakan event Soul Fighter berserta event pass, pengalaman naratif dalam klien dan Soul Fighter Bounty!

SOUL FIGHTER BOUNTY

Soul Fighter Bounty merupakan promosi yang memberi anda peluang untuk mendapatkan Soul Fighter Draven (Edisi Khas)—walaupun Draven mungkin akan berhujah bahawa semua skinnya adalah “edisi khas.” Untuk mengambil bahagian, anda perlu membeli kotak yang berharga 400 Wild Core untuk sebuah. Untuk setiap kotak yang anda buka, anda akan berpeluang menerima perkara berikut:

Item

Peluang

Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

0.50%

5 Baucar

88.35%

10 Baucar

10.00%

30 Baucar

1.10%

100 Baucar

0.05%

Selepas membuka kotak dan menerima baucar, anda boleh menebus baucar untuk item berikut:

Item

Baucar Diperlukan

Soul Fighter Yasuo

15

Soul Fighter Xin Zhao

12

Soul Fighter Irelia

12

Soul Fighter Draven

12

Soul Fighter Nilah

12

Peti Skin Rawak

11

Recall Soul Fighter

7

Emote Soul Fighter Yasuo

3

Emote Soul Fighter Xin Zhao

3

Emote Soul Fighter Draven

3

Emote Soul Fighter Nilah

3

Bauble Soul Fighter

3

Ikon Soul Fighter

3

Gaya Soul Fighter Yasuo

3

Gaya Soul Fighter Xin Zhao

3

Gaya Soul Fighter Irelia

3

Gaya Soul Fighter Draven

3

Gaya Soul Fighter Nilah

3

Gaya Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

3

Bingkai Soul Fighter Yasuo

5

Bingkai Soul Fighter Xin Zhao

5

Bingkai Soul Fighter Irelia

5

Bingkai Soul Fighter Draven

5

Soul Fighter Nilah

5

Bingkai Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

5

70 Poro Coin

1

RANKED

Pelancaran Patch 4.3 juga akan membawa bersamanya musim ranked baharu—Ranked Musim 10! Kami akan menambahkan pangkat rank baharu yang terletak di atas Challenger yang dipanggil Sovereign, serta membuat pelbagai kemas kini pada ranked dan Legendary Queue! Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perubahan ini dalam kemas kini terkini dan blog Soalan Lazim kami!

WILD PASS

Pada masa lalu, Wild Pass kami sentiasa berlangsung selama kira-kira dua bulan, kerana Wild Pass bermula pada hari pertama patch dan berakhir pada hari terakhir. Walau bagaimanapun, semasa kemas kini terakhir kami, kami mengumumkan bahawa patch kami akan menjadi lebih lama, kerana kami akan bertukar daripada enam kepada lima patch dalam setahun.

DreamraiderThresh.jpg

Oleh sebab itu, kami ingin memastikan tiada tempoh kosong apabila anda sudah selesai dengan Wild Pass semasa, tetapi yang seterusnya masih belum bermula. Jadi, bermula dengan patch ini, kami menambahkan Wild Pass kedua! Hal ini bermakna dua kali ganda skin dan ganjaran!

Wild Pass pertama kami akan menampilkan Dream Raider Thresh, dan di manakah penyiasat peribadi kami di saat kami memerlukannya? Dengan penjahat ini berkeliaran, semua impian kami dalam keadaan berbahaya! Dan setelah battle pass Dream Raider Thresh tamat, Food Spirits Yuumi akan tiba! (Kami masih tidak percaya kami menukarkannya menjadi Sandwic Daging Ham dan Keju.)

SKIN

Beberapa gadis Star Guardian kegemaran kami akan membuat kedatangan mereka pada patch ini serta beberapa skin futuristik, sekiranya anda perlu mengembara ke dimensi yang berbeza. Kami akan berkongsi semua tarikh keluaran dalam Patch Note yang akan datang tetapi lihatlah perkara yang akan datang:

  • Star Guardian Kai’Sa
  • Star Guardian Sona
  • Star Guardian Soraka
  • Star Guardian Ahri Mythic Chroma
  • Mecha Sion
  • Mecha Aatrox
  • Mech Urgot
  • Mecha Galio
  • Stargazer Jax
  • Stargazer Vex
  • Stargazer Twisted Fate Mythic Chroma
  • Pulsefire Caitlyn
  • Pulsefire Fiora

WILD FOR WILDLINGS

KARYA SENI PEMINAT

Sementara champion kami bersiap sedia untuk Tournament of Souls, kami bersiap sedia untuk melihat karya seni peminat legenda anda! Berikut adalah beberapa kegemaran peribadi kami sejak pengumuman Soul Fighter dan Pratonton Patch:

PENCIPTA

Dengan Patch 4.3 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, mari melihat pendapat pencipta berikut tentang semua kandungan baharu itu!

After Rift

Bogdan Gaming

PAINTOVER

Seperti biasa anda boleh mendapatkan Paintover untuk bulan Jun di sini, dan kami akan mengeluarkan Paintover bulan Julai lewat bulan ini!


Kami harap anda bersedia untuk semua kandungan baharu yang menyeronokkan yang akan datang dalam Patch 4.3! Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!