Wild Rift News Januari
Selamat datang ke Wild Rift News pertama tahun baharu ini! Kami berharap anda seronok meluangkan masa bersama-sama rakan dan keluarga anda bermain permainan secara bersama dan mungkin membuat beberapa azam untuk tahun 2023! Secara peribadi, kami telah membuat azam untuk cuba tidak bermain terlalu banyak Yuumi dan Sona serta mempelbagaikan barisan champion kami, mungkin dengan Thresh atau Pyke... tetapi kami akan lihat perkara yang akan terjadi. Kami juga teruja untuk membawakan anda patch yang penuh dengan barangan dan event Tahun Baru Cina untuk membantu dengan perayaan yang mungkin anda adakan bersama dengan rakan dan keluarga anda!
PENERANGAN RINGKAS PATCH 4.0 - RISING SPARK
CHAMPION
Zoe dirancang untuk dikeluarkan semasa Patch 4.0 pada |
Zeri dirancang untuk dikeluarkan semasa Patch 4.0b pada |
Keadaan agak suram dan gelap dengan beberapa champion yang kami keluarkan pada penghujung tahun lalu, jadi kami mengubah keadaan dan memulakan tahun ini dengan percikan cahaya! Menambahkan sedikit kenakalan pada Rift ialah Zoe, the Aspect of Twilight. Dia bersedia untuk membawa sedikit kilauan, sorakan dan huru-hara ke Mid Lane atau peranan Support. Ambil portal, curi spell, dan tembak hendap musuh dengan mage baharu ini. Kami juga sangat berharap dia menang… dia sangat comel! Lewat dalam patch ini, anda juga akan dapat membawa sedikit mizeri dan tenaga elektrik ke Dragon Lane dengan Zeri, the Spark of Zaun! Pecut dan renjat musuh anda dengan carry baharu yang pantas ini!
GAMEPLAY
Sepanjang beberapa patch yang lalu, kami telah meneroka aspek permainan yang berbeza, dan patch ini kami ingin melihat struktur permainan tiga babak untuk Wild Rift, yang membolehkan pemain merasai peningkatan dari awal, ke pertengahan, hinggalah akhir permainan. Kami mendapati bahawa terdapat sedikit ruang untuk penambahbaikan pada peringkat akhir permainan, jadi patch ini kami ingin meningkatkan peluang untuk kemunculan semula sambil mengekalkan gameplay Wild Rift yang pantas dan menyeronokkan.
INHIBITOR*
Kemas kini pertama yang kami akan lakukan ialah menambahkan respawn inhibitor. Apabila inner turret dimusnahkan, inhibitor akan respawn selepas tempoh masa tertentu di tempat inner turret tersebut dimusnahkan. Inhibitor tidak boleh menyerang, dan apabila terdapat inhibitor, minion super musuh tidak boleh spawn di lane itu. Inhibitor yang dimusnahkan juga akan respawn selepas tempoh masa tertentu. Penambahan ini akan membantu permainan tersebut masih berasa boleh dimenangi walaupun anda kehilangan inner turret lebih awal, dan akan memberi anda dan rakan sepasukan peluang untuk memberikan lebih tumpuan untuk berhadapan dengan pasukan musuh dan kurang pada minion mereka yang melanda base anda.
*Sila ambil perhatian bahawa perubahan kepada Inhibitor & Turret tidak akan dikeluarkan semasa Patch 4.0 awal, tetapi anda boleh menantikannya dalam salah satu patch balance berikutnya semasa kemas kini ini!
TURRET*
Meneruskan pelarasan kami kepada keadaan akhir permainan, kami juga menambahkan mekanik yang akan mengehadkan berselindung di base anda.
Sebaik sahaja anda mencapai minit ke-22 dalam permainan, turret paling luar anda di setiap lane akan mula terbakar serta kehilangan 25 magic resistance dan 25 armor. Kemudian mereka terus terbakar dan mula kehilangan 3% nyawa maksimum setiap 3 saat. Walau bagaimanapun, anda dan pasukan anda masih perlu berkumpul dan menamatkan permainan bersama-sama atau dengan minion anda kerana turret dan inhibitor di base pasukan lawan tidak lagi akan menerima damage akibat terbakar apabila nyawa mereka jatuh di bawah 25%. Kami tidak menjangkakan kesan ini akan dicetuskan dengan kerap, tetapi kami mahu anda merasakan keperluan mendesak memanfaatkan kelebihan anda atau cuba melakukan kemunculan semula melalui team fight daripada menunggu dan berselindung di base anda untuk cuba farming.
Kami akan memantau perubahan ini dengan teliti pada patch ini dan tidak sabar-sabar untuk mendengar perasaan dan kesan kemas kini baharu ini kepada anda dalam permainan anda!
*Sila ambil perhatian bahawa perubahan kepada Inhibitor & Turret tidak akan dikeluarkan semasa Patch 4.0 awal, tetapi anda boleh menantikannya dalam salah satu patch balance berikutnya semasa kemas kini ini!
KEMAS KINI TANK
Patch baharu, kemas kini peranan baharu! Patch yang lalu kami menumpukan pada perubahan kepada Jungle, kali ini kami akan mengalihkan tumpuan kami kepada Baron Lane dan membuat pelarasan yang sangat diminta sekali lagi kepada peranan fighter... bergurau sahaja! Kami melakukan kemas kini kepada rakan-rakan gagah kami, para tank! Kami tahu bahawa kemas kini ini adalah sangat diminta dan kami gembira dapat membawakannya kepada anda dalam Patch 4.0. Kami tidak sabar untuk mendengar perasaan anda apabila ia dikeluarkan!
Kami tahu bahawa tank boleh melakukan taktik yang memenangi permainan dan boleh menjadi tulang belakang untuk pasukan mereka, tetapi kadangkala rakan sepasukan mereka tidak dapat melihat kesan yang mereka berikan. Jadi kami mahu menjadikan pemain tank lebih menonjol kepada semua orang dalam permainan mereka. Secara umum, item tank pada masa ini menyediakan banyak utiliti tetapi memandangkan kesannya selalunya halus, sukar untuk anda dan rakan sepasukan anda menyedari apabila anda menggunakannya dengan baik. Jadi mari kami mulakan dan lihat perkara yang pemilik kedai akan sediakan untuk tank apabila kemas kini ini dikeluarkan.
DAWNSHROUD
Kami akan melancarkan item baharu untuk Wild Rift: Dawnshroud! Item ini sesuai jika anda seorang support tank yang agresif yang mahu maju melalui laning. Apabila anda immobilize champion, pasif Dawnshroud akan mengenakan damage dan mendedahkan champion musuh berdekatan. Kesan ini juga akan tercetus jika anda menjadi immobilized.
RANDUIN’S OMEN
Kami juga akan mengubah Randuin's Omen dan memberikannya pasif baharu. Sebaik sahaja anda terkena critical strike, anda akan mendapat stack Determination selama 5 saat. Sebaik sahaja anda menyerang champion, anda akan dapat menggunakan semua stack Determination anda dan pulih untuk jumlah yang digunakan. Perubahan ini bermakna anda perlu attack untuk menggunakan sepenuhnya pengurangan damage anda dan bukannya memperolehnya secara pasif, yang akan memberikan ganjaran lebih kepada anda apabila membuat keputusan yang baik.
FROZEN HEART
Kami juga akan melakukan pelarasan pada kesan Frozen Heart. Basic attack dan magic damage yang anda kenakan, atau yang dikenakan ke atas anda dan sekutu berdekatan anda, akan memberikan stack Chill kepada champion musuh. Stack Chill akan memperlahankan attack speed musuh, sehingga satu had. Kami berharap dengan debuff yang stack dan bukannya kesan yang berterusan akan menjadikan kesan Frozen Heart lebih ketara secara keseluruhan.
SPIRIT VISAGE
Akhir sekali, kami akan melengkapkan penambahbaikan tank kami dengan beberapa pelarasan balance dan kemas kini pada Spirit Visage. Pereka kami akan membincangkan kemas kini itu dalam Patch Note!
Anda juga akan terus melihat kemas kini seperti ini dari patch ke patch, kerana kami sentiasa memerhatikan setiap peranan supaya kami boleh terus meningkatkan kesihatan umum permainan ini.
MOD ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE (ARURF) DAN PETA TAHUN BARU CINA
Semasa patch Rising Spark, kami juga akan membawa kembali satu mod klasik: Mod All Random Ultra Rapid Fire! Mulakan regangan jari anda dan bersedialah untuk masuk queue dan bermain champion rawak sepenuhnya dengan spell serba pantas
Untuk meraikan Tahun Baru Cina, kami juga akan menghiasi Rift dengan seri Tahun Baru Cina, termasuk meriam bertema dalam ARURF! Kami juga semakin bersemangat dan menambahkan kesan baharu untuk perayaan ini—setiap kali anda membunuh musuh, bunga api akan dilepaskan ke udara!
EXECUTE SMITE
Di ARURF, kami juga akan memperkenalkan sesuatu yang baharu untuk diuji, Execute Smite. Dalam skrin pemilihan champion, anda akan dapat memilih Execute Smite, bersama dengan dua spell lain. Walau bagaimanapun, Smite bukan lagi spell yang boleh dipilih dalam mod ini.
Setiap kali anda mengenakan damage pada monster dan menyebabkan nyawanya jatuh di bawah jumlah damage Smite, spell itu akan dicetuskan secara automatik, secara asasnya ia akan smite kem itu untuk anda. Tiada cooldown untuk kesan ini, jadi anda tidak perlu risau tentang membazirkannya di kem secara tidak sengaja sebelum anda dan pasukan anda cuba merebut Baron.
Kami tahu bahawa perubahan ini adalah baharu, tetapi ini hanyalah ujian pertama kami bagi Execute Smite, dan versi terakhir mungkin berbeza sedikit bergantung pada keputusan playtest kami. Tetapi pemain utama jungle, nantikan kemas kini baharu ini dalam permainan ARURF anda dalam patch ini!
KUALITI HIDUP
Kami mempunyai beberapa kemas kini kualiti hidup yang akan datang pada patch ini. Kami akan berkongsi sedikit tentang kemas kini tersebut di sini, tetapi seperti biasa semua kemas kini besar dan kecil akan disenaraikan dalam Patch Note yang akan datang!
GELARAN ARAM
Gelaran ARAM telah berada dalam permainan untuk beberapa patch sekarang, dan kami akan menambahkan beberapa subperingkat baharu pada beberapa gelaran supaya lebih mudah untuk menjejaki pendakian anda.
PAPAN PENDAHULU PERANAN
Adakah anda support yang terbaik dalam kumpulan rakan anda? Bermula dengan patch ini, anda akan dapat membuktikannya! Kami menambahkan Papan Pendahulu Peranan agar anda dapat membandingkan markah peranan anda dengan rakan anda. Anda juga akan dapat melihat pemain terbaik untuk setiap peranan di rantau anda—bahkan pemain terbaik daripada yang terbaik akan menerima gelaran istimewa. Adakah anda akan naik ke puncak dan membuktikan andalah yang terbaik di rantau anda?
MARKAH PERANAN
Dengan kemas kini baharu ini, kami juga melaraskan cara markah peranan berfungsi secara keseluruhan. Pada permulaan musim ranked baharu, markah peranan anda akan ditetapkan semula. Namun begitu, anda akan mendapat boost untuk perolehan markah peranan pada masa hadapan berdasarkan prestasi anda dalam musim sebelumnya.
PENAMBAHBAIKAN MOD RANKED & GANJARAN
Kami juga memperkenalkan susun atur baharu yang imersif kepada Pilihan Mod Ranked yang akan meraikan champion terbaik pemain dan statistik yang terkini. Di samping itu, kami juga akan membuat penambahbaikan pada Penjejak Ganjaran Ranked dan kandungan Kedai Ranked. Akan terdapat lebih banyak perkara yang menyeronokkan untuk diperoleh semasa anda membuat pendakian!
LOADOUT
Kami juga akan membuat beberapa pelarasan pada loadout, supaya ia mencerminkan binaan popular dan bukannya binaan asal.
XBOX GAME PASS & LOG MASUK
Log masuk Xbox akan dikeluarkan dalam patch ini! Jika anda memautkan akaun Xbox anda, anda akan menerima satu Peti Emote Rawak! Xbox Game Pass juga akan dihidupkan, dan pelanggannya akan menerima faedah dalam permainan—semua champion Wild Rift diaktifkan dan 20% boost XP!
KEMAS KINI PERANTI ETC:
Apabila Patch 4.0 dilancarkan, kami akan menghentikan sokongan kami untuk peranti lama yang menggunakan format tekstur ETC. Jika ini memberi kesan kepada anda, anda akan menerima pemberitahuan dan e-mel daripada kami!
RANKED
Sudah tiba masanya untuk terjun ke dalam kolam dan mula mendaki! Ranked Musim 8 semakin hampir, dan sudah tentu musim Ranked baharu bermakna skin Glorious Crimson baharu! Musim ini, anda akan dapat memperoleh Glorious Crimson Nami daripada tab Ganjaran Musim. Anda juga boleh mendapatkan Naik Taraf Augment Senjatanya daripada Kedai Ranked. Selamat berjaya dalam permainan anda!
WILD PASS
Seorang lagi penjahat sedang berkeliaran dan bersedia untuk mengharungi badai Wild Pass ini! Supervillain Graves adalah ganjaran anda untuk mencapai penghujung Wild Pass Musim 8! Anda juga boleh mendapatkan versi Augmentednya!
EVENT
Patch ini tiba masanya untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan menuju ke Lunar Feast! Kami akan meraikan Tahun Baru ini dengan kuih-muih halus, hidangan lazat dan rakan-rakan kami. Dalam event ini, anda akan membuat kumpulan dan menyampaikan hadiah Tahun Baru Cina kepada champion Mythmaker melalui gerai makanan mereka yang selesa tetapi sudah tentu sibuk! Anda akan mendapat banyak ganjaran jadi pastikan anda tidak terlepas sambutan ini! Akan terdapat lebih banyak maklumat tentang event itu sebaik sahaja ia dikeluarkan yang boleh anda baca di Halaman Sokongan Pemain kami. Kemudian dalam patch ini kami juga akan mengadakan event PROJECT apabila PROJECT Zeri memecut ke dalam Rift!
MYTHMAKER WORKSHOP
Selain Lunar Feast, anda juga boleh berkecimpung dalam kraf tangan dalam Bengkel Lunar Papercutting bersama dengan Caitlyn. Sediakan gunting anda untuk menggunting dan melipat Lunar Papercutting bersama dengan Caitlyn untuk memperoleh skin, ganjaran dan banyak lagi! Dalam Bengkel Mythmaker, anda akan dapat membeli gunting dengan harga 400 Wild Cores, menukarnya kepada papercutting dan menebus item dengan papercutting anda! Item yang anda boleh tukarkan dengan gunting anda ialah:
2 Lunar Papercutting | 90.0% |
8 Lunar Papercutting | 9.5% |
92 Lunar Papercutting | 0.5% |
Salah satu skin yang anda dapat peroleh ialah Mythmaker Caitlyn Edisi Khas! Anda akan memperolehnya dengan membuka 15 kotak (gunting), atau dengan memperoleh 92 Lunar Papercutting! Anda juga boleh menggunakan Lunar Papercutting anda untuk menebus item yang berikut:
Item | Lunar Papercutting Diperlukan |
Firecracker Vayne | 8 |
Firecracker Teemo | 8 |
Firecracker Tristana | 8 |
Firecracker Xin Zhao | 8 |
Firecracker Diana | 8 |
Firecracker Sett | 8 |
Firecracker Jinx | 8 |
Radiant Wukong | 8 |
5000 Poro Energy | 4 |
Bingkai Skin Firecracker Vayne | 2 |
Gaya Firecracker Vayne | 1 |
Bingkai Skin Mythmaker Caitlyn Edisi Khas | 2 |
Gaya Mythmaker Caitlyn Edisi Khas | 1 |
Gaya Peringkat Tinggi Mythmaker Caitlyn Edisi Khas | 2 |
Recall Mythmaker | 3 |
Bingkai Profil Mini Mythmaker | 2 |
Recall Ring of fire | 3 |
Emote Rosey Connection | 1 |
Emote Just Gifted | 1 |
Emote Big Hearted | 1 |
Bauble Light ‘Em Up | 1 |
Emote Not. Now. | 1 |
Emote KA-POW | 1 |
Emote Everything’s Ruined | 1 |
Emote Mind: Blown | 1 |
Emote You See That? | 1 |
Recall Sparklers | 3 |
1000 Poro Energy | 1 |
SKIN
Rahsia sudah bocor dan kelas sudah bermula! Pakai pakaian terbaik anda dan sediakan gunting anda supaya anda boleh mencapai beberapa kemenangan bergaya dengan pakaian terkini yang datang dalam Patch 4.0!
Dikeluarkan dalam Patch 4.0*
- Dragon Fist Lee Sin
- Firecracker Vayne
- Mythmaker Caitlyn†
- Mythmaker Caitlyn Edisi Khas†
- Mythmaker Gwen†
- Mythmaker Seraphine†
- Mythmaker Camille†
- Mythmaker Zoe†
Dikeluarkan dalam Patch 4.0b*
- PROJECT Lucian
- PROJECT Master Yi
- PROJECT Renekton
- PROJECT Zeri†
Dikeluarkan dalam Patch 4.0c*
- Battle Academia Leona
- Battle Principal Yuumi
*Kami akan memastikan anda menerima perkembangan terkini jika terdapat perubahan
† Skin pertama ke Wild Rift
WILD FOR WILDLINGS
PENCIPTA
Patch Note akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari, inilah orang yang akan kami tonton untuk penerangan penuh!
WHAT THE JESS
UBAMAN
SCELY
KARYA SENI PEMINAT
Kami menyukai karya seni peminat, salah satu perkara kegemaran kami adalah untuk mencari di media sosial setiap kali kandungan baharu dikeluarkan. Kami teruja untuk melihat semua karya seni peminat anda daripada perayaan Mythmaker dan Tahun Baru Cina yang akan datang, tetapi kami masih suka melihat karya seni yang anda cipta semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas! Berikut merupakan beberapa kegemaran kami! Dan ya, kami benar-benar menanda buku ini setahun yang lalu. Tanda buku kami penuh dengan ciptaan-ciptaan anda yang mengagumkan!