Wild Rift News Februari

Ketahui beberapa petua pantas tentang cara untuk menggemparkan Rift dengan Zeri daripada Riot Zhanos dalam Wild Rift News untuk bulan ini!

Selamat datang ke Wild Rift News Februari! Kami harap agar anda telah menikmati hidangan lazat yang dimasak bersama Mythmaker kami dan meluangkan sedikit masa dengan rakan dan keluarga!

Kami tiada berita yang banyak pada bulan ini kerana kami sedang bersiap sedia untuk Patch 4.1 yang akan tiba tidak lama lagi… Kami akan kembali pada bulan Mac dengan penerangan ringkas tentang patch baharu dan juga beberapa kemas kini daripada pasukan dev kami berkenaan dengan beberapa item hebat yang sedang mereka usahakan dalam tahun ini untuk dibawakan kepada anda!

PENGENALAN RINGKAS: ZERI

Zeri akan tiba di Rift pada bulan ini. Oleh sebab itu, salah seorang pereka yang membantu dalam menghasilkannya, Simon “Riot Zhanos” LeBlanc Bastien ingin berkongsi beberapa petua pantas untuk membantu anda menjadi seorang pakar yang pandai menggunakan carry ini dengan sepantas kilat!

Hai semua, ini Riot Zhanos! Zeri merupakan marksman terkini kami yang bersedia untuk muncul di Dragon Lane! Jika anda ingin berlari sambil berlawan dengan kelajuan sepantas kilat dan menembak musuh anda dari jarak jauh dengan mahir, anda patut menggunakan Zeri! Anda akan boleh kekal selamat sambil memastikan musuh anda sentiasa jauh dengan kitnya yang menggemparkan!

Zeri akan mengecas sepenuhnya pada akhir permainan apabila dia memperoleh beberapa item dan statistiknya telah membantu dia dalam menskala. Dia amat pandai memecut di sekeliling tank dan mengenakan tekanan berterusan pada pasukan musuh. Dengan pergerakannya, dia boleh meluncur di sekeliling mereka sambil mereka cuba mengenakan serangan padanya. Dia agak lemah pada peringkat awal permainan, jadi dia akan memerlukan sedikit bantuan daripada sekutu-sekutunya untuk menskala naik. Gank jungle awal dan Support yang boleh membantu dia berinteraksi atau mendapatkan kill awal itu betul-betul boleh menentukan kejayaannya! Berikut merupakan beberapa petua dan helah untuk membantu anda

Petua Ability:

  • (1) Living Battery
    • Semasa berhadapan dengan musuh yang mempunyai shield, cuba menyasarkan mereka terlebih dahulu untuk memberikan shield dan boost movement speed yang kecil kepada diri anda sendiri.
  • (2) Ultrashock Laser
    • Cuba menyasarkan Ultrashock Laser anda melalui tembok untuk meningkatkan kawasan mereka dan mengenakan serangan hendap pada musuh!
  • (3) Spark Surge
    • Spark Surge boleh meliputi jarak yang amat besar apabila disasarkan pada sudut yang betul, pastikan anda mencubanya.
  • (4) Lightning Crash
    • Lightning Crash memberikan stack yang menjadikan Zeri lebih berkuasa semakin dia mengenakan serangan pada champion musuh, tetapi tempohnya adalah terhad. Pastikan anda mendapat takedown untuk memastikan buff dan stack itu berterusan!

Item yang Disyorkan:

  • Stormrazor
    • Cetusan energized Stormrazor membolehkan anda slow sasaran anda, menjadikan mereka sasaran yang mudah untuk attack susulan anda.
  • Infinity Edge
    • Zeri suka mengenakan damage yang banyak dan memperkasakan critical strike anda merupakan cara yang pasti untuk mencapainya.
  • Trinity Force
    • Jika anda ingin mengenakan damage yang banyak, item ini mungkin bukan pilihan terbaik untuk anda. Namun, pilihan ini akan memberikan pelbagai statistik kepada anda yang akan membantu anda menjadi marksman yang serba boleh.

SAMSUNG STORE

Mulai 16 Mac 8:01 pagi GMT+8, Wild Rift tidak lagi tersedia melalui Galaxy Store.

Perubahan ini akan berlaku dalam Patch 4.1, tetapi anda boleh muat turun semula sekarang agar pengalaman anda tidak terganggu. Semua kemajuan anda disimpan pada akaun anda, jadi hanya log masuk pada aplikasi baharu untuk meneruskan seperti biasa.

WILD FOR WILDLINGS

PENCIPTA

Para pencipta ini menjadikan Rift lebih mengujakan! Ketahui lebih lanjut tentang Zeri, saksikan mereka bermain melalui event PROJECT: Surge pada bulan ini atau saksikan pendakian Ranked awal musim mereka!

WHAT THE JESS

BRACTWO RIFT

VEX 190

KARYA SENI PEMINAT

Adakah kami taksub dengan Mythmaker Seraphine? Ya, tetapi bolehkah anda salahkan kami? Pada pendapat anda, adakah Mythmaker Seraphine dan Zoe boleh berkawan? Apa-apa sekali pun, karya seni peminat mereka ini sungguh comel! Kami juga suka melihat hasil karya anda untuk PROJECT Zeri

PAINTOVER

Untuk membantu anda betul-betul mendalami dunia distopia masa hadapan, nikmatilah paintover PROJECT ini!

Sila ambil perhatian, ini kali terakhir paintover akan berada di dalam Wild Rift News secara langsung. Mulai bulan Mac, kami akan mengeluarkan artikel asing yang khusus, kemudian memautkannya di sini!

02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTZERI.png 02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTLucian.png
02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTRenekton.png 02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTMasterYi.png
02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTVayne.png 02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTKatarina.png
02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTVi.png 02172023_WRNewsFebArticle_PROJECTAkali.png

Kami tidak sabar untuk melihat anda menggemparkan Rift dengan Zeri dan event PROJECT: Surge! Jumpa anda di Rift!