Wild Rift News December
Bersedia untuk mewarnakan edisi Wild Rift News ini serba merah... maaf kami tidak mampu menahan diri. Tetapi memandangkan Lillia akan tiba bulan ini, kami mempunyai satu lagi Pengenalan Ringkas dengan Riot Roguefool daripada Pasukan Champion untuk membantu anda berjaya melakukan permainan akal bulus kancil. Dan, sudah tentu, menonjolkan anda semua! Oleh itu, tanpa berlengah lagi, mari kami berlari anak bersama-sama memasuki edisi Wild Rift News ini!
PENGENALAN RINGKAS: LILLIA
Hai sekali lagi semua, ini Mike "RogueFool" Breese daripada Pasukan Champion! Semasa Patch 3.5b Lillia akan masuk terhuyung-hayang ke dalam Rift! Rusa malu ini mula-mula muncul di League PC pada bulan Julai 2020, dan memandangkan dia adalah champion baharu yang berasa cukup baik dimainkan menggunakan kawalan mudah alih, kami tidak perlu melakukan terlalu banyak pelarasan dan penalaan kepadanya. Jika ini kali pertama anda mendengar tentang Lillia atau anda hanya mahu lebih menyayanginya, sila lihat Champion Insights nya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengetahuan dan pembangunannya di PC!
Baiklah, jadi kini anda sudah menjadi peminat Lillia, mungkin anda agak malu, mempunyai semangat yang tinggi dan keinginan untuk mengejutkan orang lain dengan sakit kepala yang berdenyut, dan kinilah baru anda ingin menyediakan asas untuk permainan Lillia yang hebat.
Lillia merupakan jungler Ability Power, yang juga boleh digunakan di Baron Lane. Jika pasukan anda penuh dengan Physical Damage dan anda ingin mengimbangi keadaan dengan sedikit magik, Lillia ialah pilihan yang bagus! Dia membawa banyak mobiliti, alat peninjau yang hebat dengan ability ketiganya, Swirlseed, dan satu kesan Sleep (berpotensi) seluruh pasukan dengan ultimatenya, Lilting Lullaby.
Lillia paling kuat dalam akhir permainan kerana damagenya meningkat dengan jumlah ability power—dan nyawa maksimum musuhnya—yang tinggi, menjadikannya hebat dalam menari di sekeliling tank dan menghancurkan squishy seperti semut. Kekurangan crowd control dalam awal permainan bermakna dia memerlukan sekutu untuk menyediakan gank semasa dia berlari masuk dan keluar untuk mengenakan damage. Namun begitu, sebaik sahaja dia mendapat ultimatenya, semua itu tidak penting lagi kerana dia boleh membalikkan kedudukan dengan crowd control yang melelapkan musuhnya.
Selepas banyak permainan dalam playtest dalaman kami (saya adalah Lillia yang terbaik, tetapi jangan beritahu sesiapa), saya ada beberapa petua dan helah untuk dikongsi dengan anda bagi membantu anda melelapkan lima orang serentak sambil melantun-lantun di pinggir pertempuran.
Petua Ability:
- (1) Blooming Blows
- Apabila bermain Lillia, cuba mengenakan musuh dengan hujung luar Blooming Blows (1), ini akan menyebabkan ia mengenakan True Damage bonus!
- (2) Watch Out! Eep!
- Mungkin sukar untuk mengenakan musuh tepat pada pusat ability ini, tetapi jika anda boleh melakukannya (dengan bantuan sekutu atau crowd control) musuh anda benar-benar perlu berhati-hati, kerana anda akan mengenakan 200% damage.
- (3) Swirlseed
- Swirlseed merupakan alat tinjauan berkuasa yang boleh dilemparkan melepasi tembok atau digunakan untuk menandakan champion musuh dari jauh untuk Lilting Lullaby jarak jauh.
- (4) Lilting Lullaby
- Cuba untuk mengenakan ability ini pada seberapa banyak champion yang mungkin, lebih banyak champion musuh yang terjejas oleh Dream-Laden Dough (P) lebih banyak sasaran yang boleh anda lelapkan apabila anda menggunakan ability ini.
Item yang Disyorkan:
- Rod of Ages
- Lillia memerlukan sedikit mana dalam awal permainan, dan paling mengambil berat tentang penskalaan ke peringkat akhir permainan. Rod of Ages membolehkannya menggandakan perkara ini dengan ketahanan yang sangat diperlukan.
- Liandry’s Torment
- Lillia suka mengelak daripada berada di tengah-tengah pertempuran, dan mengenakan damage secara berkala. Pasifnya akan mengenakan pasif Liandry supaya kesakitan itu datang tanpa henti.
- Rylai’s Crystal Scepter
- Watch Out! EEP! (2), mempunyai spot elok di tengah-tengah bulatannya. Mungkin sukar untuk mengenakannya dengan tepat menentang lawan yang bersedia untuk mengelak. Rylai's akan memperlahankan musuh, menjadikannya lebih mudah untuk mengetuk kepala mereka.
- Cosmic Drive
- Ability Haste Cosmic Drive yang tinggi dan ledakan Movement Speed tampak disesuaikan khas untuk champion yang ingin mengenakan ability mereka berulang kali dan bertahan dengan bergerak di pinggir pertempuran. Item ini disyorkan jika anda ingin memperkuatkan lagi perkara yang boleh dilakukan oleh Lillia.
Saya harap petua ini membantu anda semasa anda berlari-lari anak melalui jungle sebagai Lillia. Silalah hantarkan kepada kami sebarang lelapan lima orang yang anda lakukan serta sebarang seni peminat Lillia anda, kami suka melihat ciptaan anda. Jumpa anda di Rift!
WILD FOR WILDLINGS
PENCIPTA
Perlukan beberapa petua tentang laluan jungle terbaik untuk Lillia? Ingin tahu cara untuk mengoptimumkan Event Spirit Blossom? Atau adakah anda hanya mahu menonton orang lain melancarkan poro? Jom tengok pencipta-pencipta ini memainkan Lillia dan melalui event yang akan datang bulan in
KARYA SENI PEMINAT
Setiap kali barisan skin baharu dikeluarkan, kami suka berlari ke Twitter untuk melihat ciptaan anda sendiri mengenainya. Chroma Crasher ini mungkin membawa warna kepada Rift, tetapi kami suka melihat warna yang anda bawa kepada mereka dalam ciptaan anda sendiri!
PAINTOVER
Sama ada anda melawat alam spirit dan menjalin persahabatan baharu, atau mewarnai Rift dengan permainan anda yang mengagumkan, terdapat sesuatu untuk semua orang dalam patch ini. Kami berharap anda menikmati paintover untuk kandungan dalam Patch 3.5 dan tidak sabar untuk melihat cara anda menggunakannya!
Kami harap anda berseronok berkawan di alam spirit serta melancarkan poro untuk beberapa ganjaran yang menyeronokkan. Dan kami akan kembali ke sini dalam sekilas untuk Wild Rift News Januari.