Wild Rift News Ogos 2023

Rework Annie sudah hampir tiba! Kami sangat teruja dengan rework ini dan tidak sabar untuk memainkannya dalam permainan kami. Namun sebelum perkara ini dikeluarkan, baca lebih lanjut mengenai rework ini daripada pasukan dev kami dalam Wild Rift News bulan ini!

Selamat datang ke Wild Rift News Ogos!

Kami berharap anda telah seronok menyebat musuh anda dengan Nilah, dan juga bereksperimen dengan binaan baharu dengan semua rune dan boot yang baharu! Kami juga berharap anda telah seronok menyertai Tournament of Souls! Walaupun kejohanan itu telah berakhir, masih terdapat banyak lagi yang akan datang sepanjang patch Fighting Spirit jadi mari terus melihat perkara yang akan datang pada bulan Ogos!

ANNIE

Rework Annie akan tersedia untuk anda mainkan lewat hari ini! Kami teruja untuk anda mencubanya, tetapi sebelum anda berbuat demikian, kami ingin berkongsi beberapa cerapan daripada pasukan dev kami.

Annie merupakan seorang champion klasik—malah dia antara champion yang pertama ditambahkan pada League of Legends apabila ia dilancarkan! Beruangnya yang sangat ganas, Tibbers, sentiasa berada di sisinya dan adalah sebahagian daripada kitnya yang ikonik. Walau bagaimanapun, selepas memerhatikan persembahannya sejak dikeluarkan di Wild Rift, kami merasakan terdapat sedikit ruang untuk kami membuat penambahbaikan pada kitnya. Kami mahu memastikan bahawa semua champion berasa seronok dimainkan pada telefon anda, jadi kami membuat beberapa pelarasan untuk membantu dia berasa lebih baik untuk bermain pada telefon bimbit! Kami juga telah mengamati beruang ikoniknya, Tibbers dan menaikkan tarafnya supaya mereka berdua mempunyai lebih banyak impak pada Rift! Berikut merupakan gambaran keseluruhan yang ringkas tentang ability yang telah kami ubah!

(3) Molten Shield

  • Annie akan menyediakan kepada dirinya dan Tibbers dengan satu shield menyerap damage yang juga akan memberi mereka movement speed bonus.

(4) Summon: Tibbers

  • Kami memberikan ultimate Annie satu kesan baharu. Apabila anda menggunakan semula ultimatenya, ia kini akan mengarahkan Tibbers untuk menerkam sasarannya, mengenakan magic damage dan menghentam mereka ke atas.
  • Tibbers kini juga akan mendapat movement speed dan attack speed tambahan apabila disummon, selepas menerkam musuh dan apabila Annie mati.
  • Kami juga memberikan Ultimatenya ikon baharu! Setiap kali anda menggunakan semula Ultimatenya supaya Tibbers menerkam musuh anda, ikon baharu ini akan muncul!

GANJARAN HEXTECH

Kami juga akan membawa masuk beberapa item baharu ke sistem Ganjaran Hextech! Pilihan berikut akan tersedia di Kedai Mythic Essence pada 10 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8:

Item

Mythic Essence Diperlukan Dengan Diskaun

Mythic Essence Diperlukan Selepas Diskaun

Hextech Annie

800

1000

Gaya Peringkat Tinggi Hextech Annie

100

125

Bingkai Skin Hextech Annie

32

40

Kami akan menambahkan skin baharu pada kedai Mythic Essence sekali lagi pada bulan September dan akan berkongsi dengan anda dalam Wild Rift News September! Ada apa-apa tekaan tentang siapakah champion itu? Sila beritahu kami!

MOD ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE (ARURF)

Mod permainan rawak kegemaran ramai akan kembali lagi pada bulan ini! Regangkan jari anda dan bersedialah untuk permainan berentak pantas dan benar-benar rawak! ARURF adalah sama seperti URF, kecuali daripada memilih champion anda, ia akan dipilih secara rawak untuk anda dan rakan sepasukan anda! Kami berharap anda berseronok melompat dalam meriam dan menggunakan ability anda dengan pantas!

Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF) akan tersedia untuk dimainkan dari 18 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 22 Ogos pukul 07:59 pagi GMT+8.

WILD FOR WILDLINGS

KARYA SENI PEMINAT

Kami suka melihat semua seni anda daripada event Soul Fighter jadi kami terpaksa mempamerkan lebih banyak lagi bulan ini!

PENCIPTA

Berikut merupakan beberapa pencipta kegemaran kami untuk bulan ini, lawatlah mereka

ZELUSWR

WHATTHEJES

PAINTOVER

Seperti biasa anda boleh mendapatkan Paintover untuk bulan Julai di sini, dan kami akan mengeluarkan Paintover bulan Ogos lewat bulan ini!

Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda dalam Rift!