Wild Rift News April 2023

Bulan ini kami berkongsi kemas kini tentang promosi Arcade, Ultimate Spellbook dan Mod Frame Rate Tinggi!

Selamat datang ke Wild Rift News bulan April! Bulan ini kami masih di tengah-tengah kemas kini High Five kami, tetapi kami ingin bercakap tentang beberapa kandungan yang akan datang dalam patch balance masa hadapan kami! Adakah anda berseronok dengan kemas kini ini? Sudahkah anda menemui binaan tank yang baharu? Atau adakah anda sedang menghancurkan musuh anda menggunakan Urgot? Sila beritahu kami! Tetapi buat masa ini, mari mula bercakap tentang kemas kini itu!

KEMAS KINI DEV: PERUBAHAN JADUAL PATCH, CHAMPION DAN GAMEPLAY

Baru-baru ini, David memberikan kemas kini tentang jadual patch Wild Rift, serta beberapa rancangan daripada pasukan dev untuk tahun 2023 secara keseluruhan. Dia juga membuat cuitan tentang satu skin yang akan datang, anda ada tekaan siapakah gerangannya? Walaupun David bertaruh ia adalah Caitlyn, kami pula bertaruh ia adalah... hmm... Gwen! Siapakah yang anda fikirkan akan mendapat skin itu? Dan sudahkah anda bersedia untuk menghadapi keadaan sejuk? Ia akan datang lebih cepat daripada yang anda fikirkan!

PROMOSI ARCADE

BattleBossVeigar.jpg

Bulan hadapan semasa Patch 4.1c kami akan melancarkan promosi baharu bersama dengan keluaran skin Arcade! Untuk 400 Wild Core, anda boleh membeli satu peti yang anda boleh mendapatkan item berikut:

Item

Peluang

Arcade Ezreal

2.00%

Battle Boss Brand

2.00%

Final Boss Veigar

2.00%

Final Boss Veigar Mythic

0.50%

5 Baucar

87.19%

10 Baucar

5.70%

30 Baucar

0.50%

60 Baucar

0.10%

100 Baucar

0.01%

Selepas membuka kotak dan menerima baucar, anda boleh menebusnya untuk item ini:

Item

Baucar Diperlukan

Arcade Ezreal

12

Battle Boss Brand

12

Final Boss Veigar

15

Arcade Riven

12

Arcade Corki

12

Arcade Ahri

12

Arcade Miss Fortune

12

Arcade Sona

12

Arcade Kai’Sa

12

Battle Boss Blitzcrank

12

Battle Boss Yasuo

12

Battle Boss Ziggs

12

Recall Arcade

7

Emote Arcade Brand

3

Emote Arcade Ezreal

3

Emote Arcade Veigar

3

Ikon Arcade

3

Gaya Arcade Ezreal

3

Gaya Arcade Brand

3

Gaya Arcade Veigar

3

Bingkai Skin Arcade Ezreal

5

Bingkai Skin Arcade Brand

5

Bingkai Skin Arcade Mythic Veigar

5

70 Poro Coin

1

ULTIMATE SPELLBOOK

Pilih satu champ, dan pilih antara tiga ultimate yang berbeza. Mana-mana yang anda pilih akan menggantikan salah satu Spell anda seperti Ignite atau Heal! Di samping itu, dengan setiap kill dan assist yang anda peroleh, semakin besar anda akan berkembang, malah anda juga akan mendapat sedikit tenacity. Tetapi jangan risau, jika anda seperti kami dan cenderung untuk mati lebih daripada mengumpulkan kill, anda akan menjadi kecil dan semakin kecil pada setiap kematian dan mendapat move speed, weee.

Sudahkah anda memilih ultimate tambahan anda dan melihat watak anda kian membesar? Jika tidak, pastikan anda menyertai mod permainan penuh huru-hara baharu ini sebelum mod ini tamat pada 24 April pukul 08:01 pagi GMT+8!

MOD FRAME RATE TINGGI

Akan datang dalam Patch 4.2, Mod Frame Rate Tinggi akan menjadi pilihan yang tersedia untuk dipilih. Hal ini akan membolehkan anda bermain Wild Rift dalam 90hrz/120hrz, bergantung pada kadar segar semula yang dibenarkan oleh peranti anda. Ini tidak akan dijadikan setting asal jadi jika anda ingin menggunakannya, anda perlu memastikan untuk mendayakannya apabila ia dikeluarkan! Tetapi jangan risau, kami akan memasukkan perkara ini dalam Wild Rift News Mei dan Patch Note untuk 4.2, jadi anda akan mendapat banyak peringatan!

WILD FOR WILDLINGS

PENCIPTA

Dengan tikus licik yang terlepas dan mod permainan baharu, jom tengok pencipta-pencipta ini!

WHATTHEJES

UBAMAN

SCELY

KARYA SENI PEMINAT

Kami suka melihat semua tweet anda tentang Event Card Trick Chaos kami dan Jinx—dia teramat gila-gila dalam event itu. Walau bagaimanapun, kami juga suka melihat beberapa karya seni anda bulan ini, terutamanya Yuumi dengan bunga api kecilnya, manisnya!

PAINTOVERS

Seperti yang kami nyatakan dalam Wild Rift News Februari, kami akan memindahkan paintover ke artikel berasingan mereka sendiri! Anda boleh mendapatkan paintover untuk bulan April di sini!


Kami harap anda berseronok sepanjang Patch 4.1 ini, dan kami akan berjumpa kembali di sini untuk Wild Rift News Mei!