Kemunculan Musuh Berais

Rasakan kedinginan itu? Jerempak dingin akan datang ke Rift apabila Ice Dragon membuat penampilannya pada permulaan Patch 4.2! Ketahui lebih lanjut tentang makhluk dingin ini daripada pasukan reka bentuk kami sebelum ketibaannya!

Hai semua, maaf kerana bersikap dingin terhadap anda, tetapi kami kembali untuk membincangkan tentang beberapa perubahan berfros yang akan datang ke Rift! Ya betul, kami sedang bercakap tentang Ice Dragon, dragon unik Wild Rift yang pertama dan ancaman langit keempat kami secara keseluruhan!

DRAGON BERHATI DINGIN

Jadi apa sebenarnya yang dilakukan oleh makhluk berais ini? Selepas membunuh dragon ini, pasukan anda akan mendapat ability haste yang stack dengan setiap dragon yang telah anda tumbangkan. Dan secara jujur, siapa yang tidak suka menggunakan ability mereka dengan lebih kerap?

05182023_AnIcyFoeAppearsWildRiftIceDragonArticle_IceDragonArticle.jpg

Seperti dragon-dragon sebelumnya, Ice Dragon mempunyai peluang untuk spawn di lubuk naga, sehingga Elder Dragon mengambil alih. Walau bagaimanapun, peraturan yang sama masih digunakan, jadi tidak lebih daripada tiga dragon boleh spawn sebelum Elder Dragon memasuki arena.

Perkara ini bermakna dengan penambahan dragon keempat, anda tidak akan dapat melihat setiap dragon dalam tempoh satu perlawanan, tidak mengira betapa cepat anda menumbangkannya. Hal ini akan menambahkan sedikit lagi variasi dalam kuasa apabila pasukan-pasukan membunuh berbilang dragon secara berturut-turut.

MUSIM SEJUK AKAN TIBA

Bersama dengan Ice Dragon baharu, datang juga beberapa terrain baharu yang licin, tetapi awas, terrain ini boleh membahayakan sesiapa sahaja yang tidak bersedia untuk menghadapi ribut itu.

LALUAN LICIN

Cuaca sejuk telah menyebabkan ais membeku di sisi tembok utama, mewujudkan laluan berais yang akan meningkatkan movement speed anda semasa anda meluncur sepanjangnya. Gunakan ini untuk bergerak dengan cepat melalui jungle atau mengakali lawan anda dalam pertempuran seterusnya.

LALUAN BEKU

Sesetengah tumbuhan hanya tumbuh dengan lebih baik dalam iklim yang lebih sejuk, dan salah satu tumbuhan sedemikian ialah Cryoblossom. Tumbuhan baharu ini menyukai persekitaran yang mencabar, jadi anda hanya akan menemuinya apabila suhu turun di bawah paras beku. Cryoblossom juga akan membawa kesan baharu kepada tumbuhan di Rift: Sebaik sahaja anda menyerangnya, ia akan melepaskan projektil menyejukkan, yang akan freeze unit musuh pertama yang disentuhnya untuk seketika. Cara menyasarkannya adalah seperti cara anda membaling bola salji di ARAM, jadi semua perlawanan bola salji dan waktu bermain di ARAM anda itu mungkin akan berguna.

Harus diingat bahawa ini hanya akan freeze musuh, jadi anda tidak perlu risau akan sekutu yang baru sahaja menyertai pertempuran. Tumbuhan ini sesuai digunakan jika anda ingin menangkap lawan yang melarikan diri, memasang gank, atau hanya meninggalkan seseorang kebekuan!

KE ARAH MASA HADAPAN

Kami berharap ini membantu rakan-rakan kami di Hemisfera Utara mengalami musim panas yang sejuk, tetapi mengujakan. Dan berfungsi sebagai permulaan musim sejuk yang bagus untuk rakan-rakan kami di Hemisfera Selatan. Kami amat teruja untuk mendengar maklum balas anda, dan melihat serangan hendap Cryoblossom manis anda. Kami sentiasa mengusahakan ciri baharu yang menarik untuk masa hadapan yang kami tidak sabar untuk berkongsi. Terima kasih kerana membaca dan semoga berjumpa lagi!