E-Sukan Wild Rift Memulakan Musim Rasmi Pertamanya

E-Sukan Wild Rift memulakan Musim Pertama pada tahun 2022!

Hari ini, semasa strim langsung Musim 2022 Riot Games, E-Sukan Wild Rift memulakan musim rasmi pertamanya dengan mengumumkan 8 liga serantau yang akan menyertai ekosistem kompetitif kami. Semua rantau ini akan menjadi asas kepada struktur kompetitif global E-Sukan Wild Rift, membawa ciri dan gaya unik mereka sendiri kepada sukan ini.

Liga serantau Asia Tenggara, Wild Rift Champions SEA (WCS), akan melibatkan 6 subrantau kompetitif termasuk Hong Kong & Taiwan, Malaysia & Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pendaftaran untuk kelayakan terbuka kini dibuka sehingga 15 Januari, dan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) orang pemain
  • Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang pemain yang bermastautin di subrantau tersebut dan tidak lebih daripada dua (2) orang pemain import
  • Setiap pemain mestilah berumur 17 tahun ke atas pada masa pendaftaran

Kelayakan terbuka WCS akan dijalankan dalam format Bracket Swiss. Setiap pasukan akan bermain 7 pusingan perlawanan best-of-3, dan pasukan akan tersingkir jika kalah 3 perlawanan. 8 pasukan teratas akan maju ke peringkat knockout, dan mereka akan bertanding dalam bracket penyingkiran berganda untuk layak mendapat tempat dalam musim biasa.

Pergi ke halaman berikut untuk mendaftarkan pasukan anda dan mengetahui tarikh serta butiran lanjut bagi kelayakan terbuka setiap subrantau:

Musim biasa akan bermula pada 25 Februari dan berlangsung selama 5 minggu sehingga 27 Mac dalam format round-robin berganda. 8 pasukan - termasuk mereka yang maju melalui kelayakan terbuka dan mereka yang dijemput secara langsung - akan bermain sebanyak dua kali menentang semua pasukan lain dalam perlawanan best-of-3. Kemudian, 6 pasukan teratas akan maju ke WCS Playoffs yang akan berlangsung dari 1 - 10 April.

E-Sukan Wild Rift juga telah mengumumkan kejohanan global rasmi pertamanya, Wild Rift Icons Global Championship, yang akan berlangsung pada musim panas ini di Eropah! Wild Rift Icons akan menjadi tahap permainan kompetitif tertinggi, dan akan menobatkan juara dunia Wild Rift yang pertama.

WRE_Gesture_8_RGB.png

Kejohanan ini akan menampilkan 24 pasukan - 8 akan layak terus dari pertandingan serantau, manakala 16 lagi akan bertarung melalui peringkat play-in. Selepas peringkat play-in, acara utama akan merangkumi peringkat kumpulan dan peringkat knockout dengan hari peringkat akhir yang meriah untuk menentukan pasukan juara.

Kami sangat teruja untuk melihat penyertaan anda dalam musim rasmi pertama E-Sukan Wild Rift kami! Pastikan anda mengikuti @wildriftesports dan laman media sosial Wild Rift serantau anda untuk berita terkini sepanjang musim ini!